Posts

Showing posts from January, 2020

Angah Goes To Work!

Image
Ini anak mak yang nombor 2, Laila. Dia sekarang ni tengah tunggu result SPM, so dia memang kat rumah jelah tak pegi mana2, Tapi sejak hujung bulan 12 baru baru ni dia sudah pon mula bekerja part time sementara result nak keluar ni. Lagipon dari dok rumah buat taik mata buat semak  kan bagus dia pegi kerja, Ada jugak hasilnya. Mak memang galakkan anak mak untuk bekerja sementara. Masa Sophea dulu pon gitu jugak mak memang suruh dia cari kerja sempat lah juga dia kerja 2 bulan, Tapi memang mak suruh jelah, hehe, Apa yang dia nak kerja, kat mana nak kerja tu pandai pandai la diaorang cari dan usaha sendiri. Eh, yelah...kan mak dah hantar pegi sekolah pandai pandai takkan nak cari kerja pon nak kena mak yang carikan? Besok2 kalau dah habis belajar dekat U pon memang kena cari sendiri jugak. Tak boleh nak harapkan Mak ayah. Sebagaimana Sophea dulu, Laila pon dia sendiri yang usaha cari kerja kosong. Mula mula tu dia kata nak kerja di Giant sebab dia suka kerja susun susun baran...

Dari Dapur Mak Janna : Resepi Whipped Potato

Image
Baru baru ni saya telah memuatnaik gambar bekal anak iaitu kentang putar dan sosej di Facebook saya, tak sangka lah pula ramai yang mintak resepinya. Jadi, sebelum saya terlupa eloklah saya segera update resepi whipped potato yang telah diminta berserta bonus resepi gravy nya sekali. Pergh. Siap ada resepi bonus. Hihihi. Bagi saya senang je nak buat kentang putar ni. Tambahan pula anak2 memang suka makan. jadi kalau cukup bahan2 memang saya akan buat selalu. Ia boleh dipadankan dengan sosej atau nugget, dan kalau rajin sikit boleh buat isi ayam yang di panggang simple. Jadi, ini lah resepinya, Whipped Potato ( Kentang Putar) Bahan2: 500gram Kentang, dibuang kulit dan di potong 4 ( apa jenis kentang pon boleh) 1 1/2 cawan susu segar ( di panaskan sekejap) 50g butter garam secukup rasa lada hitam secukup rasa (jika tak suka boleh abaikan) Cara caranya: -Rebus kentang di dalam periuk sehingga empuk ( kira2 15 minit di atas dapur gas dan 7 minit di dalam periuk...

Selamat Tahun Baru 2020

Image
Assalamualaikum semua.. Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2020 . Akhirnya bertemu juga kita dengan tahun 2020 ni, Macam biasa saya tak ada azam tahun baru pon. Haha. Mungkin sebab dah tua kot. Cuma macam biasalah, mak mengharapkan agar tahun ni lebih baik lagi dari tahun sebelum2 ni, Tahun 2020 ni Mak tak ada anak yang sekolah rendah, Nana dah masuk tingkatan 1, Kak Chik tingkatan 2, Umar pula dah tadika 6 tahun, Lin masih di rumah dengan Mak. Kakak dah masuk semester ke-2 di matrik and Angah pula tengah tunggu result SPM. So tak ada anak2 yang ambil exam besar tahun ni. Mak pon tentulah semakin tua, Haish. Bukan mengeluh apa pon tapi lebih kepada merasa betapa pantasnya masa berlalu. LinLin akan genap 4 tahun bulan 2 nanti, Tapi Mak masih belom nak hantar dia pegi tadika, Biarla dia kat rumah dulu dengan Mak, Lagipon kakak2 dan abang nya pon hanya mula bersekolah bila umur 5 tahun. Umar pula dah masuk tadika 6 tahun, Umar ni Mak sedikit r...