Posts

Showing posts from December, 2005

Still Missing Her....

Hari ni dah masuk 8 hari Che' aku 'pergi'. Aku dah tak sesedih masa mula2 tu but I'm still missing her. Kalu aku dekat2 tentu aku dah pegi kubur dia but nak buat macam mana...keadaan tak mengizin kan aku cumer bulih do'a dari jauh. Malam2 aku sedekahkan Yassin untuk dia. Hari tu aku chat dengan my sister - Siti. Dia tanya aku...dah dengar cerita pasal duit che'? Aku kata tak tahu so Siti pon citerlah..... Well, arwah Che' aku nie memang sumer orang tahu that dia nie memang seorang yang sangat cermat pasal duit. Nak kata kedekut tu tak lah.......cumer kalau nak spend duit tak tentu pasal ni memang tak suka lah dia. Tambah2 dia dah tua.....dah tak ada tanggungan, dah tak berkeinginan nak beli itu ini. Mungkin juga sebab dia asal orang susah...sejak dari muda lagi dok kerja keras ngubung loseng (salah satu daripada proses membuat kain songket)cari duit nak bagi anak2 makan and sekolah (and Alhamdulillah anak2 Che' aku boleh skolah tinggi...masuk U w/p...

In memory - My beloved Grandmother

Image
My beloved Che' (second from left) with her sister ,the late Tok Nak (3rd left) and the only brother left, Tok Su. Farewell Che' ........... MY Che' - Wan Hasmah Wan Abdullah, Peacefully departed by 6.30pm on 23rd December 2005. Leaving behind 4 sons,4 daughters,70 grandchildren and 47 great grandchildren.

I'm back....

Image
Tak sabar nak balik kampung nih....hhehehe Aku sekarang dah berada kat Keningau.....letih sepanjang perjalanan pun tak habis lagi. Seronok sungguh balik kampung, sebulan balik rasa macam tak cukup pulak. Hehehe....Nampaknya tahun depan kena la balik lebih sebulan ker......tengok la macam mana kalau plan yang lain2 tu menjadi, bulih la balik lamer skit. Tapi dalam seronok2 tu ada gak part sedih.... tok aku belah my mom (aku panggil Che') sakit. Dua kali pulak tu. Dia sebelum ni memang tak pernah sakit kuat....ada la sekali tu kena mild stroke sekali....tapi dah okay dah.....hari tu lak kena sesak nafas....dia tu mana ada masalah jantung sebab dia tu kalu bab makan memang jaga sangat...ubat pun takut nak makan! HEhehe....kalut jugak la....habis anak cucu dia yang dok jauh2 pakat balik...yelar kan. Dapat la aku jumpa semua sepupu sepapat....dah jadi macam Hari Raya lah pulak. Aku nak balik sini ni pun rasa macam tak sedap hati.....tapi nak buat macam mana....aku cumer do'a biar ...

lama tak dengar berita...? hehehe....

Image
Lama benar aku tak menulis yer? Well, sejak balik kampung ni aku memang tak ada masa nak online, apa la gi nak mengarang. Kalau online pun cumer buat perkara yang penting2 sahaja. Tapi malam ni memandangkan aku tengah ada mood ni maka aku pun taip lah. Ni dah masuk minggu ketiga aku kat semenanjung. Aku sekarang ni kat kampung aku lak kat Penambang setelah 2 minggu kat kampung Ayang aku...(kat Pulau Indah). Setakat ni aper yang aku dok plan2 nak makan sumer dah dapat....jap2, nak recall balik. Murtabak - sudah, Nasi Dagang- sudah, Nasi Lemak- sudah, Yong Tau Fu- sudah, Nasi Belauk- sudah,.....ape lagi yer? Rasa nya sumer dah dapat lah! Hehehe..... Balik kali ni seronok sebab dapat attend wedding cousin aku. Yelah, aku ni dok jauh...sejak dok Sabah ni dah banyak aku miss wedding cousin2 aku. Jadi kali ni dapat attend lak...grand pulak tu..hehehe. Aper2 hal pon aku ucapkan tima kasih kat and congratulations kat cousin aku Yatie and hubby dia Ajib. Semoga tabah dalam mengharungi kehidupa...