Lama Gila!
Ya Allah....lama gila tak update blog. Last entry was in January ke? Punya la malas nak update. Aduhai. Entah la....sejak dua menjak ni memang malas yang amat nak update. Nak kata tak ada cerita menarik tak la jugak....tp ntah. Cuma sekarang ni memang sibuk la menguruskan anak2. Pagi ,tenghari, petang keje dok amek hantar diaorang je. Nak2 pulak tahun ni Si Angah punya turn pulak amek UPSR, so selalu la ada kelas tambahan la....ko-kum la....itu la ini la. Tu pon nasib baik mak tak hantar dia pegi tuisyen. Kalau tak pakai membesar dalam kereta ajelah yer? Mak sekarang ni pon semakin mengah, lemah. Ehehe. Tapi dalam pada sarat2 gini pon aktiviti harian tetap di teruskan. Oder kek tetap diterima selagi boleh.....selagi tak meletop la kan, hehe. Ok lah. Mak nak sambung buat kek ni. Kang lagi 3,4 bulan mak update la lagi yer? Hehehe....