Dari Dapur Mak Janna : Poori dan Kentang Masala
Sejak musim PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) ramai dari kita yang mengambil kesempatan untuk mencuba bermacam2 resepi. Kalau tengok di Facebook tu macam2 menu yang naik. Tapi Mak suka sebab kita boleh bertukar2 resepi, boleh juga memberi idea kepada orang lain yang dah buntu nak masak apa. So hari ni mak telah cuba buat Poori. Terima kasih kepada sahabat sahabat yang telah memberi idea kepada Mak. Cuma yang mak perhati ada bermacam2 versi resepi Poori ni.
Being me yang mesti nak buat macam yang original so mak telah search banyak resepi dan mak banding2 kan semua resepi2 tu. Rupa-rupanya cara nak buat Poori ni sama juga dengan cara nak buat Chapatti, cuma beza nya chapatti di masak di atas kuali tanpa menggunakan minyak sementara Poori di goreng dengan minyak yang banyak. So marilah Mak kongsikan resepinya di sini.
Poori
Bahan2:
- 500g tepung atta
- secubit garam
- 3 sudu besar minyak sapi / minyak masak biasa pon boleh
- air secukupnya
- 2 cawan minyak untuk menggoreng
Cara2:
- campurkan tepung atta , garam dan minyak. Gaul hingga rata.
- Kemudian masukkan air. sedikit demi sedikit sehingga adunan cukup lembut untuk di uli dan tidak melekat di tangan.
- tutup doh dengan kain dan rehatkannya sekejap. Kira2 15 minit.
- Setelah itu bulat2 kan doh tadi sebesar saiz bola golf. Celup ke dalam tepung dan canai leper doh tadi, tetapi jangan lah terlalu nipis.
- panas kan minyak di dalam kuali dan bila minyak betul2 panas masukkan adunan poori yang sudah dicanai tadi, balik2 kan dan tunggu ia menggelembong. Balik kan lagi dan boleh la di angkat dan ditoskan minyak nya. Ulang sehingga kesemua doh poori habis.
Kentang Masala
Bahan;
- 1 sudu kecil jintan manis
-1 sudu kecil jintan putih
- 1 sudu kecil biji sawi
- 1 tangkai daun kari
- 1 bij bawang bombay ( dihiris)
- 3 ulas bawang merah ( di hiris)
- 2 ulas bawang putih ( diketuk)
- 5 biji kentang bersaiz sederhana kecil ( direbus hingga empuk dan di lecek kasar)
- 1 biji tomato ( dipotong 4)
- 3 tangkai cili kering (di potong 3 sahaja)
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- garam, gula dan pati ayam secukup rasa
- 2 cawan air
- sedikit minyak untuk menumis
Cara2:
- panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis jintan manis, jintan putih, biji sawi dan daun kari hingga wangi, Kemudian masukkan bawang putih, bawang bombay dan bawang merah, Tumis hingga layu.
- masukkan tomato, serbuk kunyit dan cili kering. kacau hingga rata.
- Masukkan pula kentang yang sudah dilecek kasar tadi. Tambah kan garam, gula dan sedikit pati ayam .Kacau rata. Masukkan air , kecilkan api dan biar kan ia menggelegak seketika dan siap!
Selamat Mencuba!
-
Comments