Posts

Showing posts from May, 2011

Susah Hati.

Saya rasa macam tengah susah hati la. Saya mula jadi malas bercakap. Isolate myself. Tanda2 susah hati lah tu. Tapi saya tak mahu susah hati sebenarnye. Sebab setiap masalah pasti ada penyelesaiannye. Lagi pon, this is not the end of the world. Saya memang dah menjangka kan semua ni cuma bila ia datang dengan tiba2 dan secara mendadak memang boleh buat saya sangat la susah hati. Tak apa lah. Life must go on. Ada hikmah setiap sesuatu yang berlaku. Think positive.

Ini lah masa nya.

Ada masa2 saya rasa macam tidak mahu bercakap dengan sesiapa pon. Ada masa2 terasa macam ingin menyendiri sekejap. Just to keep myself together again. Dan sekarang adalah masa nya. Do not fee like talking to anybody, do not feel like to be around anybody.

Hari yang sibuk

hari ni sangat la penat. tak cukup rehat, tak cukup tido, tak cukup makan, tak cukup masa, semua la tak cukup rasanya. Tapi syukur Alhamdulillah....rezeki....adatlah, nak rezeki lebih, kerja pon kena la lebih. Hari ni siap kan kek kawin 5 tingkat. Orang nak amek petang .Pastu plak nak kena buat krim puff 150bijik, ada lagi kek kawin 3 tingkat untuk esok. Tiba2 pulak ada lagi orang last minute order kek untuk hantaran kawin 2 bijik....aiseh....terima la jugak . Lagi ada kek Barbie Doll sekor...ehhh, ke sorang ? Belasah lah. Belum kira order2 yang last minit. Hari ni oder...hari ni jugak nak. Yang senang2 kita terima lah. Mana yang nak pelik....pulas2 ayam bak kata Ustaz Fuad (jangan tanya siapa Ustaz Fuad tu ) kita cakap mintak maaf lah. Gitu jelah. Macam ni lah cuti sekolah saya. Di mulakan dengan hari yang sibuk. Ada juga antara kawan2 yang balik kampung. Kami semua tak ke mana2. Cuma esok ada penghantaran kek ke Tambunan. Hari Ahad plak hantar kek ke KK. Anak2 yang besar dah cakap t

Happy birthday Kak Chik Nin !

Image
Hari ni birthday Yasmin. Yasmin pon tak tahu hari ni birthday dia. Maka saya pon telah menanya dia ..dia nak kek apa. Anin kata nak kek yang ada krim dan coklat kat tepi2 dia macam kek orang. Mak pon jenuh la fikir kek apa...pastu mak pon teringat la..ooooooo...kek black forest. Okay lah. Senang je. Maka hari ni..hari yang di tunggu. Sophea and Laila dah siap2 beli hadiah. Mereka berdua dah buat budget...hadiah bernilai tidak lebih dari RM2 sahaja. Tu pon kertas hadiah mak yg sponsor. Ayah bawak kami semua pegi KFC. KFC jela tempat yang proper dan sejuk sikit. Pizza plak...ntah. Kek besday mak telah mengamanahkan Cik Sophea yang membawa nye. Sesampai je di Kepci kami pon terus la ke kaunter nak oder makanan. Alhamdulillah..orang tak ramai sangat. Semua la dok bertenggek kat kaunter. Yasmin sibuk la nak mainan nombor 4. Kejap2 tukar nak yang nombor 2 pulak. Last2 mak suh cashier tu bagi semua nombor...1 sampai 4. Pilih la korang 4 beradik. Cik Sophea ni telah meletakkan kotak kek di a

He came, He Saw, He Conquered.

Image
Yup. He definitely made it. Walau macam nak putus nafas, walau macam nak putus asa dah...tapi alang2 menyeluk pekasan biar sampai ke pangkal lengan. Tahniah untuk incik suami kerana berjaya sampai ke puncak gunung kedua tertinggi di Malaysia, Gunung Trusmadi. Dia kata memang mencabar giler lah gunung ni. Kalau nak banding dengan Gunung Kinabalu...Gunung Trusmadi 4 x ganda lagi susah. Sampai krem2 kaki...jalan mengengkang. Ahahaha...nak adventure punya pasal. Belum panjat gunung lagi dah mencabar dah. Mana tak nya, nak sampai ke base camp dari jalan raya pon amek masa 2 jam lalu jalan balak. Memang tak boleh guna kenderaan biasa tidak dapat tidak kena guna 4WD jer. Kepada hikers...sila la ke Gunung Trusmadi kalau nak rasa pengalaman mendaki gunung yang mencabar minda dan fizikal. Amacam ? Ada bran ? eheheeh.... (cakap mcm la aku ni berani, tengok pacat pon dah lembik kepala lutut....ahahahaha)

Promotion !

*Mother's Day and Teacher's Day Promotion ! (this is a sticky post,scroll down for latest posts) RM1 Discount for every half kg cakes ! RM2 Discount for every set of Cupcakes (16cuppies) ! RM3 Discount for every 1kg Cakes ! Order Now For Your Mothers/Wife/Teachers ! Express Your Love and Appreciation with Janna's Homemade Bakery Cakes ! Call/SMS : 014-5691618 (janna) * Promotion starts by May 7 and ends by May 20, 2011.

Cannot Wait !

Suka nya lah. Hari ni suami saya balik. Tak sabar sungguh rasanya....bukan gelojoh yer. Saya masak kari kepala ikan siakap hari ni. His peberet la tu. Harap2 suka la dia...yer la..dok dalam utan 2,3 hari...ntah makan apa la agaknyer . Pukul berapa nak sampai pon saya tak tahu. Tak boleh nak agak. Apa pon nak kena pegi mandi neh. Tak mandi lagi.hahahaha...kena la wangi2 nak sambut somi kan ? Tu je nak bitau !

Edisi Muntah Ijau.

Warning : ini edisi muntah ijau. ehh...tak rasanya ..separuh muntah ijau. Mereka yg mempunyai perut serta tekak yang tidak kuat, di larang membaca nya sama sekali. Sekian. Sila masukkan paswed. Show encrypted text

Good Luck Mr. Husband and Friends !

Image
My husband has left for Gunung Trusmadi with a group of his colleagues and students. Actually, he just came home from a 3 days trip to Kota Belud on Sunday and now he's gone again. Tak apa lah . he has been looking forward for this trip since this is his first time there. Well, it's everybody's first time since not so many people know about the Trusmadi mountain. Gunung Trusmadi ? Where is that ? Gunung Trusmadi is the second highest mountain in Malaysia. It stands at 2462m above sea level, almost half of Gunung Kinabalu's height. It is situated in Tambunan, approximately 40minutes drive from Keningau. According to people who has successfully conquered its peak, climbing Trusmadi is definitely a different and challenging experience compared to Kinabalu since so many part of its virgin forests has not yet been explored. Unlike the Kinabalu, Trusmadi is not provided with proper tracks and overnight cabins that makes it much more harder for hikers. Why Gunung Trusmadi ? W

Wes2

Image
Kadang2 rasa macam malas dah nak buat baik dengan orang. Bukan apa, hari ni dia cakap elok2 dengan kita. Boleh cerita macam2, mesralah yang amat. Siap mengadu2 masalah dia . Alih2 esok...tader angin, tader ribut, tader taufan lalu depan kita pon tak pandang. Masam. Diam tak cakap sepatah pon. Mana ntah perangai peramah yang semalam tu pergi pon tak tahu. Semalam dia mengadu pasal orang dengan kita...hari ni dia pegi mengadu kat orang tu..pasal kita pulak. Sampai saya pon konfius. Yang mana satu kah sifat dia yang sebenar? Yang peramah itu kah, atau yang masam2 tu ? Saya kata saya serik. Tapi tiap2 tahun macam tu lah. Last2 hati saya jugak yang sakit. Saya dah cakap, kita jangan harap kan pertolongan orang, selagi kita boleh buat sendiri, kita buat je sendiri. Kita susah tak apa, jangan susah kan orang. Cukup la kita tengok muka orang yang menolong tu masam mencuka sebab terpaksa tolong kita. Sedih kan ? Lagi satu.....jangan la pinjam barang orang. Orang tak suka . Itu peringatan untuk

How ?

Baru2 ni bapa mertua sahabat di alam maya saya meninggal dunia. Maka saya pon merakamkan ucapan takziah saya pada wall dia. Saya sebenarnya tak tahu nak cakap apa kalau saya melawat mereka yang kematian ahli keluarga. Sungguh saya tak tahu nak mula cakap macam mana. Biasa lepas bersalam2...peluk2....saya tak tahu nak kata apa. Nak cakap "Takziah yer.." lain macam je bunyi nyer , sebab tak biasa kan. Kalau tulis atau taip tu...boleh la. Kalau orang putih diaorang kata " I'm so sorry for your lost" ....kalau kita nak cakap macam mana ? lagi satu ...saya risau juga kalau tersalah cakap, tersalah tanya.macam mana yer ?

Dah OK dah.

OOOOooooOOOOOooooooooOOOOOO.........! Dah ok dah yer ....? Ape nye ? Ala....Blogger ni lah......dah ok dah.

Sehari Semalam.

Image
Apa pulak saya nak temberang hari ni yer ? Hmm...apa kata kita cerita apa yang saya buat semalam ? Tader apa yang menarik pon cuma tu la...tangan ni gatal nak bercerita jugak. Semalam ada oder 2 bijik kek je. Saya pulak berpuasa ganti. Hari ni pon alhamdulillah....masih lagi terus berpuasa. Iyer lah...alang2 dah start berpuasa...elok la di teruskan sementara mood tu masih ada. Kalau hari ni berjaya puasa...ada lagi balance 4 hari utang puasa. Malam nye lepas hantar kek ke Kg. Tudan Baru kami pon ke pekan mencari barang. Stok telur dah tinggal sebijik je lagik. Nak wat telur mata sapi untuk kami sorang sebijik pon tak lepas. Apa lagi nak buat kek. Asal nye nak dalam kepala ni nak beli telur ajelah....tapi biasala bila dah sampai Hiap Lee macam2 yang di sambar nya. Nampak susu....baru tingat susu dah kurang, tengok gula amek gula. Minyak masak pulak kena catu, sorang boleh beli sekilo jer. Sabor jelah. Belom campor yang anak2 amek lagi. Jajan2 ajelah pon , maam biskut chipsmore ke...bis

Hari Ibu Saya.

Image
Owh .....lately malas sungguh la nak update blog. Tapi mana boleh tak update lama2 kan ? Nanti semua peminat marah. hahahaa....sungguh la perasan. Ok lah....Mari kita cerita pasal hari ibu. Hari ibu semalam ibu sangat la sibuk. Sebab banyak la pulak oder kek untuk hari ibu. Ibu sendiri pon tak buat kek utk hari ibu. Tapi tak apa. Tade kek pon ibu tetap happy. Untuk hari ibu kali ni anak2 yang 4 orang tu semua bagi kad. Iyer! Nana and Yasmin pon bagi kad. Tapi Kakak la yang tolong tulis kan. Kakak tanya...depa jawab..pastu kakak pon tulis....hehehe. comel je. Jadi mari kita tengok kad2 yang ibu dapat tu yer... Ni dari anak nombor 1...sophea.... Ni isi dalam dia lah....dah lain skit dah kalau banding ngan kad2 yang lepas2....ada nampak sedikit matang lah..... Ni pulak dari Angah, anak nombor 2.... Ni isi dalam nya......hmm.....sila klik gambar untuk imej yang lebih besar yer...hehehe...kot tak nampak apa yang angah tulis tu.....especially yang Mak garis tu..... Pastu ada lagi angah bagi

Pengajaran Hari Ini.

Today I learned that apa2 tugas ..apa2 pekerjaan....selagi kita boleh buat, kita buat lah sendiri. Selagi kita mempunyai kudrat buat la sendiri....jangan harapkan pertolongan orang lain. p.s. Tetapi,jika orang lain memerlukan pertolongan kita, jangan la pula kita berat tulang....tolong semampu yang boleh.