Posts

Showing posts with the label people

Syukur Alhamdulillah....

Assalamualaikum semua...  Tiba2 kali ni mak rasa macam rajin plak nak update blog. Ni sebenarnya tengah rehat2 lepas dok tunggang tebalik siapkan kek order seorang sahabat. Well, semua pelanggan saya adalah sahabat saya. Hehehe. Owh..gini sebenarnya... Mak perasan la dekat fesbuk skang ni macam jadi trend plak pasangan suami isteri ( atau isteri sahaja, atau suami sahaja) dok cerita la pasal pengalaman mereka kawin muda.  Dah la muda...masih belajar. Duit pon tak ada. Orang kata zero lah. Ada lah yang dok share ...masa dok bercinta dulu...susah....naik keta buruk je. Pastu pakai beg pon cap Bonia or Carlo Rino je.....sedihnya lah rasa.  Susah nya la hidup ketika tu . Sungguh la mereka tak punya apa2 . Tapi gambar kawin boleh tahan grand jugak Mak tengok. Takde2 duit...tp kawin boleh jugak upah photographer. Owh...mungkin itu di sponsor. Macam mak dulu2 la...hantaran semua di sponsor oleh adik beradik, sepupu sepapat dan makcik pakcik. Alhamdulillah....  Jadi mak ni pon rasa tercuit

Mak Nak Komen Sikit.

Adeh...tengok my last post was during Ramadhan lagi. Punya lama tak update blog. Jangan kata Raya Puasa...ni dah nak raya haji dah plak ! Hahaha. Sabor jelah. Saya sekarang memang bermasalah betul nak update blog, Nak kata beriya sangat  update status di Facebook...pon tak jugak. Sebab rasa macam bebudak skolah je dok update status memanjang. Sekali sehari pon paya. Nampak sangat mak ni dah tua. Yer...Mak ni dah tua dah...nak masuk 4 series dah tahun depan. Maknanya dengan mati pon dah semakin dekat. Ya Allah....takutnya lah . Nak cerita pasal apa ye sebenarnya ni ? Owh..tader ni ha..mak nak kadang nak ketawa jugak kalau tengok status atau komen2 ibu2 muda ...ehh...bukan lah ibu muda but more to first timer mothers/parents. Tapi memang mak notice kalau bab pasal anak2 or husband or wife relationship ramai yang baru ada anak 1 atau baru kawin setahun dua yang beriya bagi tips, bagi pendapat. Well, mak tak nafikan tips2 or nasihat tu berguna juga..tapi kadang2 tu komen2 tu rasa macam k

HIdup kita yang saling bergantungan.

I came accross a friend's Facebook status, and dia komplen pasal kenapa TV dok heboh2 wish pasal Hari Guru sedangkan ketika itu adalah Hari Jururawat. So dia sangat la sentap dan sedih sbb seolah2 jururawat ni tak di hargai and bla bla bla. Maka ramailah kawan2 nya datang berbondong2 menambah perisa di ruang komen....macam2 lah. Cuma yang saya ingat tu siap nak suh semua nurses in this world cuti sehari. Nak tengok cemaner la konon. Sememangnya bulan May ni banyak sambutan hari2 tertentu...ada Hari Pekerja...tapi setakat ni tak penah plak dengar orang komplen pasal hari pekerja neh. Pastu ada Hari Ibu plak....yang ni pon ada orang kata hari2 adalah hari ibu la...tak boleh sambut hari ibu laa...dan macam2 lagi...pastu ada Hari Jururawat...ni pon saya baru tahu sebenarnya....pada tahun lepas.....pastu nanti ada Hari Guru pulak...... Pada pendapat saya ....kalau nak argue sapa lagi lebih patut di hargai antara Jururawat dan Guru ni....sebenarnya dua2 adalah sama penting. Bak kata T

It isn't that bad for not having a phone, until................

Baru2 ni tablet saya which is also my fon buat hal tak boleh nak caj. Ada la dalam 2 hari gitu saya tak dapat bertelefon, tak boleh nak bukak fesbuk, tak boleh nak tengok gambar2 Nora Danish dengan boipren dia Si Nadem Nazri tu dekat Instagram .....hahaha. Agak hangin juga la . Moody je. Pastu ntah cemaner Cik abang saya ejas dah ok dah...dah boleh caj dah. Maka hidup saya pon kembali normal dan bahagia. Hahaha. Over nye la. Sekali.....2 hari lepas tab saya tu buat hal lagi. Kali ni keras kejung dah tak boleh buat apa dah. usik sana, usik sini....takmo idop dah. Aduhaii......tapi ntah kenapa kali ni saya cool je. Rilek je. Pasrah sebenarnya. Cuma risau juga la kalau ada orang yang call/ sms/ whatsapps nak order kek ke ape ke ....habis la kacau bisnes saya yang juta2 tu kan, Hehehe. Tak apa la..nak bisnes ni tak semestinya cuma melalui fon kan ? So memang saya rilek je lah. I guess it's not that bad lah walaupon takde fon.......sehingga lah anda rasa macam tunggul bila orang sebelah

Serupa Tapi Tak Sama

Image
Suami saya tak pernah tak ada misai. Sejak misai mula2 tumbuh dulu memang dia tak pernah sekali pon cukur misai dia. Masa saya kenal dia dulu pon memang dia dah ada misai ,nipis2 gitu...dan saya sangat la suka kan misai dia tu. Bila dah kawin beberapa tahun dia ada cakap kat saya dia nak cukur misai dia. Saya tak bagi. Saya kata nanti dia nampak macam budak form 3 yang baru nak amek PMR. Saya juga kata kat dia, dia nampak lebih hensem kalau bermisai. Tetapi baru2 ni...well, actually, tader la baru jugak....beberapa bulan lepas laa...sebelum raya puasa lagi la...dia akhirnya telah mencukur misai dia. Saya pon redho ajelah. Cuma masa mula2 tu saya tengok muka dia nampak laiiiiin je bila tak bermisai neh. Namun, walaupon misai dah cukur...tapi dia dah simpan janggut plak. OK lah....sunnah lagi pon kan. Tetapi....baru2 ni ada orang kata muka dia dah macam Beto Kusyairy la pulak ! Member ni yang memang langsung tak pernah dengar dan tak kenal pon sapa Beto Kusyairy gigih la google image....

Langkah Kanan

Image
Hari ni pegi pasar nak beli lauk basah. Plan nya nak buat nasi ayam. Dari hari tu lagi nak buat nasi ayam tak jadi2. Hehehe. So pegi pasar tadi beli la sekor ayam....pastu pikir pulak apa menu untuk berbuka esok pulak....tanya2 Kak Chik dia kata nak makan tomyam. So , ok lah tomyam....puasa ni memang belom buat lagi tomyam....maka saya pon pegi la dekat di particular fishmonger....saya memang kalau beli ikan beli dengan dia lah. Saya ni pulak kalau buat tomyam tak sah tak letak udang dan sotong. Tak boleh letak ayam je....ater...peminat seafood la katakan.....so beli la udang setengah kilo....sotong skilo....sekali Beliau yang jual ikan tu datang....di suruh anaknya bungkus sepotong ikan yang agak besar juga la....di bagi nya pada saya....buat berbuka katanya....alahai....terharu sungguh saya...walaupon ini sebenarnya bukan kali pertama saya dapat ikan free dari dia......saya pon nak cakap apa lagi la kan...cakap terima kasih banyak2 ajelah...hehehe....dan he's not even a Muslim

Macam2 ragam maknosia....

Image
BUTTERWORTH – Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah. Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. “Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak  pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,

My plain and dull blog

Saya ada terbaca somewhere pasal this blogger ni kata ada orang bagitahu dia tulisan di blognya semakin lama semakin plain and dull, tak macam dulu. And she admitted it. Dia kata dia pon perasan yang tulisan nya sudah tidak berapa menarik, tak macam masa dia dok di oversea dulu.Masa dia dok oversea dulu dia kata dia boleh buat macam2, ada macam2 aktiviti, ada banyak tempat2 menarik tak macam di Malaysia. So it made me think.......i have been living in Malaysia all my life so my life must be boring la kan? Apa lagi saya cuma seorang surirumah maka tentula double the dullness la kan? Pada pendapat saya...di mana kita tinggal bukanlah faktor utama yang membuatkan kehidupan kita menjadi menarik atau in this case faktor yang menjadikan sesuatu blog tu menarik. Kita yang tentukan sama ada ia akan jadi menarik atau sebaliknya.  Saya bagi contoh blog kakak saya Ramizah ....dia tidak tinggal di luar negara (pergi ke luar negara tu biasa la kan) tapi entry2 dia di blog sangat menarik dan berke

Penghormatan Terakhir.

Jiran sebelah rumah saya meninggal dunia. Itu pon saya tahu setelah saya nampak van jenazah masuk. Maka saya pon tertanya2 la siapa yang meninggal. Setelah di risik2 rupanya uncle yang selalu saya nampak berjalan2 di taman ni.... Saya tak kenal sangat dengan mendiang, tetapi kalau berselisih di jalan mesti kami akan berbalas senyuman.  Jadi bila saya dapat tahu uncle tu yang meninggal ia agak terkesan di hati saya . Maka petang tadi buat pertama kali saya ke rumah mendiang memberi penghormatan terakhir dan itu lah juga kali pertama saya melawat jenazah orang Kristian. Pada mulanya saya memang teragak2 hendak ke sana kerana saya tidak pernah mempunyai pengalaman melawat jenazah orang bukan Islam, Risau juga kalau cara saya tak kena ke atau macam mana ke tambahan pula adalah agak segan nak pergi sendirian. Mujurla petang tadi jiran saya Anis datang ke rumah dan mengajak saya ke sana. Terus la kami berdua ke rumah jiran saya tu. Apabila sampai saya dapati ada beberapa orang tetamu, ada ya

Lost & couldn't be found

Kesian suami saya kehilangan handphone. Tak pasti pulak tercicir kat mana tapi katanya mungkin hilang di kedai makan tempat dia minum dengan kawan dia. Dah patah balik pegi kedai tu tapi tak ada. Cari2 dekat area parking kereta pon tak ada. Alahai...apa boleh buat. Setakat tu jelah rezeki nya. Handphone tu pon baru setahun lebih dia guna. Sayang tu satu hal, satu hal lagi sebab telifon sekarang ni kan macam laptop kecik yang kita simpan macam2. Ini kali kedua dia hilang handphone. Kali pertama hilang dulu kat rumah mak dia sendiri. Time tengah kenduri kawin abangnya. Yelah, kenduri kan ramai orang...nak2 plak orang yang keluar masuk rumah tu pon ramai. Jadi memang tak boleh nak agak sapa. Tidak mustahil kalau orang yang curi telefon tu adalah salah seorang dari tetamu. Masa tu fon yang husband pakai Nokia 3210. Kira paling up-to-date and canggih dah la masa tu....hahahaha, .korang imagine sendiri la tahun berapa tu yer.....time Nokia masih hot gitu.... Saya pon baru juga kehilangan kas

Air Tebu

Image
Saya sangat suka minum air tebu. Nak2 kalau yang baru di mesin dan sejuk2 plak tu. Pergh! Bak macam suami kata ..."masih terasa batang nya...." hahahha. Ini lah gerai jual air tebu yang saya suka singgah beli. Kalau hari tengah panas terik pekena air tebu memang nyaman sekali.  Sebotol kecil 500ml tu di jual RM2, kalau beli botol besar yang 1.5l tu cuma RM5 je. Jimat sikit lah. Boleh kata saya akan beli tiap kalu saya lalu nak balik rumah . Kalau kebetulan ada memang saya akan berhenti beli. p.s : betapa mereka ni berusaha untuk mencari rezeki yang halal..... kan ?

Mode Wakil Rakyat.

Image
Betul la orang kata, banyak berjalan luas pengalaman. Semasa kami berjalan2 ke Brunei melalui jalan darat saya dapat perhatikan perbezaan keadaan jalan raya di Brunei dan Malaysia ( Sabah dan Sarawak) .  Kalau travel ikut udara mungkin kita tak nampak sangat, tapi bila travel ikut jalan darat ni macam2 kita boleh nampak dan perhatikan. Dari Keningau ke Miri kami kena ikut laluan2 ni  Keningau- Sindumin (Sabah)- Merapok (Lawas,Sarawak) - Temburung (Brunei) - Limbang (Sarawak)- Bandar Seri Begawan - Tutong ( Brunei)- Seria (Brunei)- Kuala Belait (Brunei )- Sungai Tujuh ( Miri, Sarawak ) - Bandar Miri. So mahu tak mahu kalau ikut jalan darat memang nak kena keluar masuk Malaysia Brunei lah. Apa yang perhatikan kalau kita drive tu asal kita nampak jalan tu kecik, ada pecah2, jalan nya tak rata, tiada lampu jalan, kita boleh tahu yang kita sekarang sedang memandu di jalan raya di Pedalaman atau kawasan kampung di Malaysia. Tapi asal je kita nampak jalan raya yang lebar, ada lorong

Cerita Tandas

Image
(Sumber gambar : Google Image Search) Saya tak paham betullaa...kenapa la ada orang yang suka ( sebenarnya tak tahu la mereka ni suka ke tak) menyangkung atas toilet duduk tu. Seriously tak paham . Saya anak2 beranak2 memang prefer toilet duduk. Kalau pegi public places ker....or pegi rumah orang ker memang cari toilet duduk. Macam anak2 saya memang sejak dari dalam perut lagi diaorang memang dah guna toilet duduk ni ! Saya plak dah besar skit baru guna toilet duduk. Gitula sejarah nya. Jadi kalau pegi mall ke kalau nak masuk toilet tu budak2 ni memang akan aim toilet yang ada tandas duduk tu lah. Tapi di mall di Malaysia ni memang diaorang buat jumlah toilet cangkung lebih dari toilet duduk kan ? Kalau dalam tandas tu ada 6 tandas ...2 je yang toilet duduk. Memang kebanyakan orang suka toilet cangkung eh ? Padahal kalau tengok rumah2 sekarang boleh kata semua rumah2 yang pemaju buat tu semua buat toilet duduk rasanya. Saya rasa la kaann... Yang membuatkan saya macam bengang ialah

Dugaan

"Allah menduga kerana Allah menunjukkan kasih sayang-Nya. Allah memberi ujian kerana Allah memilih kita. Bila Allah memilih kita,bermakna Allah INGAT pada kita...beruntunglah bagi insan-insan yang diduga Allah..bersyukurlah kerana menjadi hamba-Nya yang terpilih untuk diduga,mudah-mudahan dugaan itu akan mematangkan kita,menjadikan kita lebih dewasa, memberi pengajaran yang cukup bermakna dan yang lebih penting moga-moga dugaan itu akan menjadi tanda Allah memberi kita masa untuk mengingati-Nya dan satu jalan untuk kita mendekati-Nya." I read this as my sister's in-law's Facaebook status. Dia sekarang tengah di uji dengan ujian yang agak berat. Apabila kita berada di dalam kesusahan, di uji dengan masalah dunia yang pelbagai tiada yang lebih bermakna buat  diri kita apabila seluruh ahli keluarga, rakan2 dan sahabat handai memberi semangat dan sokongan serta tolong mendoakan. Walaupon ia tidak dapat menyelesaikan masalah kita namun sekurang2 kita tahu kita

Sad But True

I read somewhere, tak ingat dah . Kerja2 rumah ni orang hanya akan sebut atau perasan mengenainya only when it's not done. When it's done, nobody seems to care, mention or notice it. Sigh. Sad but true.

Update Cikgu Gigit Murid

Owh ! Masih ingat dengan entry saya pasal guru yang gigit murid tu ? Saya telah mendapat maklumat terbaru dari sumber2 yang boleh dipecayai bahawa cikgu tu rupa2 nya memang tak berapa "sihat" Kalau bergurau ngan budak2 pon kasar la..apa la...cuma part yang kata nya dia dah dipecat tu itu saya tak berapa pasti sebab tak ada bukti kukuh. Cuma cerita2 sahaja. Kalau benar begitu la kan, cikgu tu memang tak patut dibiarkan mengajar. Tidak bagus untuk reputasi sekolah, tidak membawa apa2 manfaat kepada murid2. Malah boleh mencetuskan perkara2 yang tidak di ingini pulak. Sebaik2nya cikgu tu kita bawak pegi spital, cek dengan doktor. Kalau betul cikgu tu tak berapa sihat kita tengok la kot2 ada treatment atau ubat ubatan yang boleh menyihatkan dia balik. Saya percaya cikgu itu sendiri pon mahu menjadi sihat dan waras semula kan ?

5 sen

Image
(gambar ihsan Google) Semalam saya ke pekan nak beli Dynamo...ater dah habis dah ni,nak basuh baju pon tak boleh. Dah sudah beli Dynamo dan lain2 ( harusla ada jugak lain2 w/p niat cuma nak beli Dynamo) saya pon singgah la Pizza Hut...saja la nak tapau pizza untuk anak2. Yer, Keningau pon ada Pizza Hut you....hehehe. Saya pon oder la 2 pizza saiz regular dan 4 pieces deli wings. Semua nya RM52.15 , so saya pon bayar la cashier tu RM52.20. Pastu saya pon tunggu la dia bagi resit dan baki 5 sen. Sekali masa dia hulur resit tu dia kata ... " Sori, saya tak ada 5 sen ..." , saya pon hangguk je and senyum. Pastu pegi la duduk kat ruang menunggu tu. Sambil saya duduk dan minum air bergas bewarna kuning yang depa bagi free tu  dalam kepala saya ni masih dok teringat baki duit saya yang 5 sen tu. Memang la cuma 5 sen je...tapi itu duit saya. Pihak Pizza Hut sepatutnya tokleh la amek duit saya suka2 hati dia kan ? Hatta 5 sen je pon. Dalam kepala saya ni dok la berfikir...k

Guru Gigit Murid ???

Image
 KAJANG: Angkara tidak dapat menyebut perkataan ‘boy’s’ dengan betul, seorang murid tahun enam digigit gurunya hingga mengalami kecederaan di lengan kiri dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Sri Putra, dekat sini. Berikutan kejadian jam 8 pagi Khamis lalu itu, mangsa yang dikenali sebagai Farhan, 12, yang juga anak bongsu daripada empat beradik kini mengalami tekanan perasaan dan trauma. Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bakar, 49, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu pada jam 12.30 tengah hari selepas melihat anak bongsunya itu murung. Katanya, selepas disoal, anaknya memberitahu seorang guru menggigit di lengannya hingga pecah darah selepas tidak dapat menyebut satu perkataan dengan baik.... p/s : Berita ni di petik dan di copy dair Forum CARI. Sesungguhnya saya berasa sungguh tak boleh nak diterima akal bila saya baca artikel kat atas ni . Seriously laaa...sungguh tak masuk akal ! Guru tu gigit murid sebab murid tu

Ayrton Senna

Image
Hari tu incik suami dok tengok dokumentari pasal Ayrton Senna di HBO. Saya pon duduk la tengok jugak sebab nya masa dia meninggal dulu tu saya tak ingat sangat. Yang saya tahu dia meninggal masa tengah racing in Formula 1. Tu je. So tengok la ...macam mana he started his career..bla bla bla...tapi part yang saya nak tengok sangat ialah part yang dia eksiden tu. Race baru je start and he was leading la masa tu..belakang dia Schumacher dok follow. Sampai satu corner yang panjang and masa tu dia memang tengah speeding laa..dah nama pom berlumba kan...heheeheh....his formula 1 racing car went straight to dinding tepi jalan. Baammm! And dari video tu memang boleh nampak the right side of his head was slamming to the wall...err, if you can call it a wall laa... and the result from the impact memang nampak jelas lepas tu kepala dia terkulai skit and he was not moving. Rasa nya masa tu dia mungkin dah tak ada atau pon dah pengsan. It was totally obvious. And later he was pronounce dead. The wh

Tahniah Shila Amzah !

Image
Sejak Shila Amzah menang Asian Wave   saya balik2 dok tengok Youtube dia nyanyi lagu Forever Love, Zheng fu....alah...semua lah 5 lagu yang di upload di Youtube tu. Actually, sebelum dia pergi final tu lagi saya dah dok tengok. Ye la...ada orang dok tepek kat Facebook, terai la tengok. 20 September tu dia final....beriya la search kat Youtube kalau2 dah ada orang yang terawal upload persembahan dia ....Sekali tengok banyak dah jugak orang upload ! Pantas betul mereka semua nih.  Tapi Shila memang layak untuk jadi juara. Persembahan dia memang tip top lah ! Suara menten je...ish memang meremang bulu roma dengar dia nyanyi lagu Forever Love tuh ! Cuma tu la..a few of my friends dok kata tudung yang dia pakai untuk menyanyi kat sana tu macam ada yang tak berapa sesuai. Ada yang simple la sangat tudung nyer. Tak apa lah...dah menang pon. Mungkin lepas ni ada la pengusaha2 tudung2 kat Malaysia ni yang nak taja Shila jadik model tudung depa ker.... ? Hehehe.... Untuk Shila ...Tahniah and