Dari Dapur Mak Janna : Resepi Whipped Potato

Baru baru ni saya telah memuatnaik gambar bekal anak iaitu kentang putar dan sosej di Facebook saya, tak sangka lah pula ramai yang mintak resepinya.

Jadi, sebelum saya terlupa eloklah saya segera update resepi whipped potato yang telah diminta berserta bonus resepi gravy nya sekali. Pergh. Siap ada resepi bonus. Hihihi.

Bagi saya senang je nak buat kentang putar ni. Tambahan pula anak2 memang suka makan. jadi kalau cukup bahan2 memang saya akan buat selalu. Ia boleh dipadankan dengan sosej atau nugget, dan kalau rajin sikit boleh buat isi ayam yang di panggang simple.

Jadi, ini lah resepinya,

Whipped Potato ( Kentang Putar)



Bahan2:

500gram Kentang, dibuang kulit dan di potong 4 ( apa jenis kentang pon boleh)
1 1/2 cawan susu segar ( di panaskan sekejap)
50g butter
garam secukup rasa
lada hitam secukup rasa (jika tak suka boleh abaikan)


Cara caranya:

-Rebus kentang di dalam periuk sehingga empuk ( kira2 15 minit di atas dapur gas dan 7 minit di dalam periuk tekanan)
- Kemudian bila kentang sudah empuk toskan dan masukkan kembali ke dalam periuk yang sama.
- Dengan menggunakan masher ( alat untuk melecek) atau lesung batu pon boleh,lecek kentang yang masih panas2 tadi sehingga betul2 hancur dan halus. Mesti buat ketika masih panas barulah kentang mudah dilecek.
- bila kentang sudah hancur dan nampal tidak berketul2 lagi masukkan butter, garam dan serbuk lada hitam. kacau dengan menggunakan senduk sahaja. Kemudian masukkan pula susu segar ( susu uht pon boleh) yang sudah di panaskan sekejap. Kacau sehingga semuanya sebati. Rasakan. Jika sudah cukup rasa nya boleh la di hidang,

note : Jika suka adunan yang sedikit lembut boleh lebihkan susunya. jika suka adunan yang kental sikit boleh di kurangkan. Kentang akan menjadi lebih kental bila sudah sejuk.


Resepi Gravy Ringkas.

Bahan2:

1 sudu besar butter
2 sudu besar tepung jagung ( tepung gandum pon boleh)
1/2 kiub pati ayam ( apa2 jenama)
2 cawan air
garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit kicap manis ( utk gelapkan gravy)

Cara2:

- panaskan kuali , kemudian masukkan butter.
-bila butter sudah cair masukkan tepung jagung, kecilkan api dan kacau hingga rata.
- masukkan air, kiub pati ayam, garam dan serbuk lada hitam. Kacau lagi sehingga menggelegak kecil.
- Masukkan pula sedikit kicap cair, sekadar untuk menggelapkan kuah. Jika kuah terlalu pekat boleh tambah air. Rasakan dan kemudian boleh la d hidang dengan whipped potato tadi.

Okay. Itu sahaja. Senang kan ? Saya harap boleh sahabat2 cuba nanti. Kalau dah cuba bagitahu saya ya!

Comments

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak