That's What We Call...Life.

Saya adalah sejenis orang yang tidak suka bercerita mengenai kesusahan saya kepada orang lain.

Ini memang perangai saya sejak dari dulu lagi. Kalau zaman belajar dulu kalau tak ada duit pon saya takkan bagitahu ma and abah. Kecuali kalau dah terdesak sangat baru lah saya buka mulut.

Kalau balik rumah kakak saya di Bandar Utama atau ke rumah ibu saudara di Subang Jaya pon macam tu juga. Bila di tanya soalan "Ada duit tak?", mesti saya jawab ada. Haha. Biarlah dalam purse cuma ada 10 ringgit. Eh..betullah tu kan ada duit?

Sekarang ni bila dah umur sebegini, sudah ada keluarga sendiri lagi lah saya tak suka orang tahu susah saya. Dengan adik beradik...dengan Ma Abah seboleh2 nya saya takkan sebut masalah saya. Kereta saya dah bunyi ngokngek minta dibaiki, atau empat2 tayar dah botak minta diganti.

Bagi saya semua orang pon ada masalah macam tu. Bukan saya saja. So tidak perlu nak bagitahu mak ayah kita. Yelah, apa tujuan kita cerita dekat mak ayah tu? Nak suruh diaorang susah hati ke...atau nak minta kesian?

Saya rasa mungkin juga sebab saya juga ada ego. Saya mahu orang tahu that I'm doing just fine. I'm doing the best I can. There might be a little hiccups here and there but that's life and saya akan guna semua kudrat saya ni selagi saya mampu.

Wallahua'alam.





Comments

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak