Salam Aidilfitri 1433/2012




Salam Aidilfitri ! 

Maaf lah lama tak update, sibuk beraya. Hehehe.

Well, tahun ni macam2 juga tahun2 yang lepas kami sekeluarga beraya di Keningau sahaja walau pon memang ramai juga sahabat2 yang pulang beraya di kampung ...sedih juga. Tapi...tak apa lah....insyaAllah nanti sampai juga giliran kami untuk beraya di kampung . Cuma jangan nanti bila dah boleh balik beraya di kampung bergaduh pulak nak balik kampung sapa dulu....hahahaha. Kalau gaduh2, kita raya di KEningau ajelah....

Kami dah buka pintu rumah untuk tetamu2 datang pada 2 Syawal. Menu simple2 jer ....satay, kuah kacang, nasi impit, kuah lodeh dan juga sambal sotong. Itu jer. Simple2 jer. Hari tu kami memang dok kat rumah sungguh2 tunggu tetamu datang. Ingat kalau line clear nak la cabut kejap pegi ke rumah jiran yang membuka pintu pada hari tu juga ....tapi tak dapat, tetamu tak putus2 datang so memang tak boleh nak tinggal langsung.

3 Syawal terus la sambung ke open house lagi....makan tak henti2. Tapi tetap beringat2 agar tak ikut nafsu makan sangat ..jadi tiap2 rumah yang pegi tu makan sikit2 jer sebab banyak lagi undangan yang nak di penuhi.











4 Syawal pulak kami pegi jalan2 ke KK. Lepas pegi open house terus bertolak ke  KK. Saja2 jer bawak anak2 jalan2...tengok wayang. Pastu singgah beraya di rumah dua pupu cik abang di Bukit Sepangar. Tido satu malam je kat Tang Dynasty. Ingatkan kami je yang jalan2 di musim raya ni...sekali tengok ramai juga yang jalan2 macam kami juga, hehehe. Balik dari KK terus pegi open house lagi, tak terus balik rumah. Hahaha.







Hari ni pon ada 2 open house. InsyaAllah kami akan pegi. Yelah...orang dah jemput kena la pergi. Kan ?

Comments

Effah Mahat said…
ahkak ... sy balik labuan .. kalau tak boleh singgah.. huhu. sy pun sibuk beraya.; tak bukak fb n blog pun
aisey... x dpt tgk pic ke-2 tu!

Neway, Salam Aidilfitri dr kami jua!

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak