Baru baru ni ada beberapa orang sahabat yang request resepi tomyam putih style mak. Mak masih belom update lagi resepi nya. So hari ni memandangkan mak berkelapangan marilah kita update sebelum terlupa. TomYam Putih Campur My Style Bahan2: 3 ulas bawang merah, ditumbuk 3 ulas bawang putih ( diketuk kasar) 1inci lengkuas (dihiris kasar) 5 batang serai ( dititik) 5 helai daun limau purut sekeping asam keping 7biji cili padi diketuk ( boleh ejas ikut suka pedas anda) air perahan limau nipis ( dari 2biji limau) 2 batang carrot saiz kecil ( di potong bulat2) 1 mangkuk bunga kobis 1biji bawang holland ( dipotong wedges) 2biji tomato di potong 4 2 pelepah daun ketumbar ( dipotong kasar2) 2 sudu besar susu cair garam dan gula secukup rasa 1 sudu kecil serbuk/kiub pati ayam 4 cawan air Minyak secukupnya untuk menumis Lauk2 untuk tomyam : 1 cawan isi ayam ( dihiris) sedikit bahagian ayam bertulang ( dipotong kecil) 12 ekor udang ( di buang ...
Semalam sempena sambutan Maulidurrasul I had decided untuk buat Nasi Arab....dari hari tu lagi anak2 mintak saya buat sebenarnya....tak terbuat2.....semalam dah kebetulan cuti plak so apa lagi kita buat lah. Alhamdulillah anak2 and cik abang suka sangat. Anak2 siap makan dalam talam lagi haa.... Sebelum makan of kos la kena amek gambar, dah amek gambar kena la pos kat fesbuk ke,,,,share kat IG and Whatsapps la kan ? hehehe....Bila dah kongsi2 gambar ni ramai pulak yang minta resepi. Saya ni memang suka kongsi resepi....lagi pon resepi ni saya amek dari orang juga......so marilah kita berkongsi2 ilmu yang elok kan ? Semoga mereka yang dah berkongsi resepi sebelum ni mendapat pahala yang berpanjangan.... Perangai saya ni....sebelum nak cuba satu2 resepi baru saya akan search kat internet lah. Saya akan search banyak2 resepi....tengok resepi orang ni, baca resepi orang tu....pastu saya akan amek resepi yang saya rasa macam sedap dan senang di buat. Sungguh tak bersemangat nak cuba r...
Bersempena hari bapa ni...saya nak cerita pasal abah saya yang sangat saya sayangi dan kagumi. Lama dah saya tunggu waktu ini untuk bercerita tentang ayah saya. Nama abah saya Wan Muhammad Wan Jaafar. A second child of 7. Kalu ikut I.C ..tahun ni abah baru omo 67 tapi kalu ikut omo betul...abah dah pon masuk 69. I.C baru abah saya tak ingat, tapi kalu I.C lama saya ingat. Hehehe. Abah saya seorang pesara guru. He dedicated his life for 32 years to teaching. To me he was born to be a teacher. But that's not all he did... he also was a national football referee. Just like my late uncle Ayah Sid who was also my abah's brother and best friend. Masa saya kecik2...saya memang tak rapat dengan abah. Boleh dikatakan saya takut lah dengan abah . Saya pernah kena rotan dengan abah saya masa saya omo 6 tahun rasanya. Tak ingat pulak sebab apa. Tapi memang lepas tu...saya memang takut sangat dengan abah. Nak pandang muka abah pon saya tak berani. Apa lagi nak bercakap. Dengar tapak kaki a...
Comments