My MOM is here !!!
Seronoknyer ....my mom is here. Actually both my parents are here. Diaorang sampai KEningau hari Rabu (28/6- *Happy Birthday Kuyu!), tu pon dah malam baru lah sampai rumah. Lepas dok KEningau Abah and Ma nak pegi Sandakan plak , rumah Siti 9hb nanti and dari Sandakan mereka akan balik ke Semenanjung and singgah jap rumah Kak NGoh kat KL. Yelah.....alang2 dah berjalan tu nak ler singgah kat rumah anak2, setakat yg sempat. Actually this is not the first time Ma and Abah ke Keningau. Masa aku bersalin kat Laila dulu (2002) Ma and Abah dah datang dah. Sempat berpuasa kat sini lagi. Kali ni Ma datang boleh la kami bawak jenjalan skit2....skit2 tu bukan aper..pasal bukan cuti sekolah, jadi tak leh nak bawak jauh2 macam gi Ranau ker....Kundasang ker...Kudat ker....so takat Keningau , Tenom boleh la. Hari Ahad lepas pegi Tenom....nak pegi Pasar TAmu Tenom..tapi tu la...dah tak banyak barang dah tamu sana....kalau dulu2 macam2 ada. Nak cari benda pelik2 pon ada. Pastu ingat nak gi terus ke Kemabong, rumah a friend of my sister's (who then eventually become our friends) tapi tak jadi pasal my fahter kata tak payah la kalu jauh lagi....pasal dah tengah hari, kang lambat plak sampai umah. So we decided to head back home but on the way back tu sempat jugak la kami singgah kejap kat Pusat Kebudayaan Murut. Tengok hasil tukangan orang Murut. Kalu Abah dia suker la tgk binaan2 macam rumah2 sumer tuh. LEpas tu kami terus balik umah. Nasib baik la Yasmin pon tak buat hal...tido jer memanjang. Hari Ahad ni Ma and Abah dah nak pegi Sandakan dah. Flight pukul 3.20 ptg dari KK..we plan untuk pegi sumer ke KK...sebab Ma kata nak tengok2 kristal .....pasal Che' Moh aku ada kirim. Anak2 pon seronok Atuk and Nenek diaorang datang. Masa hari mula2 Ma sampai tu, diaorang siap nak tido sesame my mom and abah...tapi hampeh.....! BIla Atuk and Nenek dah lelap diaoran kuar bilik, masuk tido ngan aku. HEhehee....Laila pon asik bertepek jer dgn atuk dia......kat mana atuk dia pegi, dia ikut. Hihihi...
Comments
gelang kristal daa......buh kat tangan lerr...