lama tak dengar berita...? hehehe....
Lama benar aku tak menulis yer? Well, sejak balik kampung ni aku memang tak ada masa nak online, apa la gi nak mengarang. Kalau online pun cumer buat perkara yang penting2 sahaja. Tapi malam ni memandangkan aku tengah ada mood ni maka aku pun taip lah.
Ni dah masuk minggu ketiga aku kat semenanjung. Aku sekarang ni kat kampung aku lak kat Penambang setelah 2 minggu kat kampung Ayang aku...(kat Pulau Indah). Setakat ni aper yang aku dok plan2 nak makan sumer dah dapat....jap2, nak recall balik. Murtabak - sudah, Nasi Dagang- sudah, Nasi Lemak- sudah, Yong Tau Fu- sudah, Nasi Belauk- sudah,.....ape lagi yer? Rasa nya sumer dah dapat lah! Hehehe.....
Balik kali ni seronok sebab dapat attend wedding cousin aku. Yelah, aku ni dok jauh...sejak dok Sabah ni dah banyak aku miss wedding cousin2 aku. Jadi kali ni dapat attend lak...grand pulak tu..hehehe. Aper2 hal pon aku ucapkan tima kasih kat and congratulations kat cousin aku Yatie and hubby dia Ajib. Semoga tabah dalam mengharungi kehidupan berumahtangga. Amin.....
Petang tadi aku bawak anak2 and anak2 sedara aku gi pantai. Alah.....bukan jauh pun....PCB tu jer. Jalan kaki pon sampai. Suker betul anak2 dapat main kat pantai. Main kejar2 buih laut dan kutip kulit kerang. PCB sekarang dah berubah sungguh! Hakisan teruk sampai kena letak batu2 kat tepi pantai tu. Rumah rehat Long Beach Resort tu pun dah tak ada.....sebab hakisan.......kalu 5 tahun akan datang aku pun tak boleh nak bayang macam mana la rupa PCB nanti.......
Hari Jumaat nanti kakak aku and family dia dari Singapore sampai. Tak sabar nak jumpa. Actually dah jumpa hari tu kat wedding cousin aku kat Setapak tapi tu la kejap jer....
Comments