To all mothers out there!
Semalam kemain aku dok perah otak nak cari idea untuk blog aku nih pastu malam tadi bila aku dok belek2 paper terbacalah artikel ni..."kempen penyusuan ibu gagal ". Gagal? Alahai..macam mana boleh jadi macam tu? Aku rasa kecewa sangat bila dapat tahu yang masih ibu2 yang lebih suka bagi anak2 mereka susu formula daripada susu ibu padahal masyarakat sudah sedia maklum betapa susu ibu kaya dengan khasiat dan mempunyai bermacam2 kelebihan yang tidak dapat ditandingi oleh susu formula. Bagi mama2,umi2, ibu2, mummy2 yang berkerja tu nak buat macam mana kan. Dah tak ada pilihan terpaksa la bagi susu formula kat anak2. Rasa2 nya kalu diberi peluang diaorang pun nak breastfeed jugak anak2 diaorang. Tak payah cakap orang lain la macam kakak2 aku yang kerja semua bagi susu formula...masa dalam cuti bersalin 2 bulan tu diaorang bagi la susu ibu pastu bila dah nak start keje balik diaorang akan campur dengan susu formula. Tapi aku memang tabik la kat Kak Ngoh aku nih, walau pun sibuk dengan tugas sebagai pensyarah tapi semua anak2 dia (3 semuanya...setakat ni la) dia fully breast feed sampai cukup umur 2 tahun. Macam mana dia buat? Well, bila dia kat umah dia breastfeed la macam biasa pastu kalu dia gi ofis dia akan perah susu dia masuk kat bekas simpan kat peti ais. Pastu bila anak lapar nanti maid dia akan suapkan dengan sudu...bukan bagi dengan botol. Dengan cara macam tu baby tu akan kenal susu yang dia minum....memang leceh skit la kerjanya. Yela..nak perah la...itu la inila...tapi orang kata hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih. Sebab aku pun rasanya kalu aku kerja macam orang lain jugak aku rasa aku pun belum tentu boleh buat macam Kak Ngoh aku buat...tambah2 macam aku ni lagi la malas nak buat kerja yang leceh2 ni. Hehehe... so I salute you Kak Ngoh!
Cuma aku agak ralat la bila ada ibu2 yang tak bekerja pun masih tak nak susukan anak diaorang dengan susu ibu. Alasan yang selalu aku dengar - "Susu tak banyak..", "tak urut so tak da susu". Entah la....tak paham aku. Memang wujud ke masalah tak ada susu ni...?Setahu aku dan setakat yang aku belajar la.....susu ibu ni, kalau kita tak bagi anak kita start hisap memang susu takkan keluar. Bukan kata bila kita dah bersalin tu susu akan terus otomatik ada ! Lagi kerap baby kita menyusu badan lagi banyak susu yang kita akan produce. There is no such thing lah! Susu ibu ni lah susu yang palin murah dan senang di dunia. Tak payah nak beli kat kedai, tak payah nak bancuh2, tak payah nak basuh botol (botol pun tak payah beli) dan takkan timbul masalah- "Alamak bang, susu anak dah habis la..." Susu ibu lah susu yang paling bagus di dunia dan ini diakui oleh pakar pemakanan sendiri bahawa tidak ada susu formula didunia ini yang boleh menandingi kelebihan susu ibu dan sehebat mana pun teknologi zaman sekarang adalah suatu perkara yang hampir mustahil untuk ahli2 sains mencipta susu formula yang serupa dengan susu ibu. Aku memang bertuah kerana berpeluang untuk menyusu badan anak2 aku secara eksklusif dan mempunyai kesedaran tentang keistimewaan susu ibu. Anak2 jarang kembung perut, cirit birit apalagi demam , batuk atau selsema. Lagi satu, biasanya kalau bayi2 yang menyusu dengan susu formula muntah, muntahnya bau masam yang agak kuat tetapi kalau bayi yang menyusu badan muntahnya tidak masam.
Kedua2 anak aku aku breastfeed . Sophea aku breastfeed dia sampai umur dia 9 bulan jer....(sian kakak..) kemudian lepas tu aku terpaksa stop sebab aku pregnant. Laila pulak aku breastfeed dia sampai umur dia cukup 2 tahun....(and aku tak period for 11 months! Teknik menjarakkan kelahiran secara semulajadi) dan tak susah pulak nak bercerai susu. Aku cuma letak sos tomato jer lepas tu dia tak nak dah. Hehehe...
Kalau dengan member2 pun aku galakkan diaorang supaya breastfeed 'coz breastfeed ni memang banyak sangat kelebihannya. Kalau bekerja tu..bolehla campur dengan susu formula. Ramai juga yang kata sakit bila menyusukan anak buat kali pertama. Well, memang macam tu sebab kita tak biasa tapi sebenarnya menyusukan anak ni tak menyakitkan pun...kalau sakit jugak tu sebab teknik menyusu kita tu tak betul. Kepada ibu2 bekerja yang masih setia menyusukan anak aku ucapkan Tahniah la...dan kepada ibu2 yang bersedia untuk breastfeed anak2....(terutama ibu2 yg tidak bekerja)....aku harap korang bacalah petikan di bawah :
Susu ibu sangat berharga.Selain daripada menjamin kesihatan ibu dan anak, penyusuan susu ibu dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. Seterusnya, penyususan susu ibu juga menjimatkan kos perubatan dan rawatan.
Melabur dalam penyusuan susu ibu, menjamin kesihatan masa depan keluarga, masyarakat dan negara.
Faedah untuk keluarga.
- Keluarga berjimat kerana tidak perlu membeli susu formula, botol susu dan puting.
- Keluarga juga berjimat kerana tidak perlu masak air dan membersihkan botol dan puting susu.
- Bayi yang diberi susu ibu jarang jatuh sakit dan menjimatkan kos rawatan.
Kos susu formula adalah tinggi
- Keluarga terpaksa berbelanja banyak untuk membeli susu formula, botol susu dan puting.
- Keluarga juga terpaksa membazir wang, membuang masa dan tenaga kerana perlu memasak air dan membersihkan botol dan puting susu.
- Menjejas perkembangan fizikan dan emosi ibu dan bayi.
- Tidak membantu ibu menjarakkan kelahiran.
Penyusuan susu ibu secara ekslusif
Untuk 6 bulan pertama, bayi perlu diberikan cuma susu ibu. Makanan dan minuman lain tidak harus diberi sebelum bayi berumu 6 bulan kerana Ini hanya akan mengurangkan penyusuan susu ibu dan seterusnya menjejaskan pembesaran bayi.
(di petik dari homepage Hospital Mersing, Penyusuan Ibu)
Comments