Hmmmm....?
Dah berapa hari aku tak update blog. Ntah la tak tahu nak tulis pasal apa. Sejak dua menjak ni aku tak ada idea nak mengarang, tak ada cerita2 sensasi yang hendak dikongsi maka terbiar la blog aku ni selama beberapa hari. Hari ni pun idea tak timbul2 lagi tapi aku tulislah jugak. Tulis sajalah apa yang terlintas di kepala. Ini belum jadi penulis yang memang kerja nya menulis tiap2 hari. Macam-macam mana pun mesti nak paksa jugak otak berfikir untuk mencari idea. Alahai.....aku cuba tengok sekeliling ...tengok orang, cuba untuk mencari bahan (cewah dah jadi macam wartawan lah pulak!) untuk blog aku nih... tapi entahlah....dekat Yahoo Group aku tu banyak mesej2 baru tapi semuanya dok bincang pasal pegi pertandingan silat (or things that related to silat) sampai ponteng kelas and stuff. Aku ni pon banyak juga cerita pasal tu tapi entahlah aku tak berminat pula nak berkongsi dengan dia orang. Mungkin juga sebab aku sendiri dah lama tak bersilat apalagi masuk pertandingan. Well, kalau dulu zaman muda2 (macam la dah tua sangat) boleh dikatakan apajua pertandingan silat aku mesti masuk kecuali SUKMA la tak sempat sebab dah terlebih umur...pasal ponteng kelas tu well, tipu la kalau kata tak pernah ponteng langsung. Sebab aku ni kalau pasal silat memang nombor 1. Bangun pagi2 buta pun sanggup. Kalu pertandingan pulak wakil negeri pun aku dah wakil beberapa kali...tapi to tell you the truth selama dok wakil negeri ke peringkat kebangsaan aku tak pernah pun wakil negeri sendiri....hehehe, dok wakil negeri orang jer.Nak buat macam mana dah rezeki kita kat situ. Tapi aku tak pulak rasa macam bagus sangat walaupun dah kerap wakil negeri and dapat kumpul beberapa pingat. Yelah setakat wakil negeri tu orang lain pun mungkin dah banyak kali juga wakil negeri macam aku jugak. Lainlah kalau wakil negara...barulah rasa macam grand la sikit. Sebenarnya ada kisah disebalik tu semua. I mean pasal study and silat...but for the time being I'm not ready to share it ....sorry!
Hmmm...dalam tak ada idea dapat jugak akau mengarang seperenggan dua...jadilah kan. Nak upload gambau pun tak der gambau terbaru....nantilah.
:)
Hmmm...dalam tak ada idea dapat jugak akau mengarang seperenggan dua...jadilah kan. Nak upload gambau pun tak der gambau terbaru....nantilah.
:)
Comments