Posts

Showing posts with the label bubbly

2 hari yang best.

Apa yang best ? Best sebab tak payah masak. -Jumaat malam kenduri kat rumah Cikgu Fauzi. Makan free. -Sabtu tengah hari kenduri kawin rumah x-boss cik abang. Makan Free. -Sabtu malam patut nya ada kenduri kat umah Cikgu Nik, tp ada salah faham maklumat skit so pegi makan di Restoran Rahmat je. Makan Berbayar. - Ahad tengah hari jemputan makan2 di SMK Bingkor. Makan free la jugak kiranya. Janji tak yah masak .Siap tapau lauk and nasik untuk Ita sekali. - Ahad petang pegi minum2 di Restoran Rahmat (lagi?). Harus la makan kena bayar. - Ahad malam ? Makan aje la apa yang ada. Tak payah makan lagi bagus. - Esok ? kena masak la kot...........2 hari cuti masak kang nanti kuali pon tak kenal. Hahaha..Over. p.s : tadi belek2 album kat laptop,ada gambar Sophea.... " ehh....kakak laa..." , lamaaaa dah mak tak tengok Kakak......rindu plak. Esok mak amek kakak kat skolah yer.

Cerita Tader Gambar

Memandangkan internet pon macam dah bertambah sihat...maka boleh la saya mengupdate blog. Actually, ada benda lain nak cerita beserta dengan gambar la...kira macam cerita bergambar lah, tp gambar2 tu semua dok dalam laptop encik suami...so tak dapat la ai nak bercerita. Tapi tak apa...kita baca la dulu cerita boring saya. Semalam kami semua pergi KK. Ada kenduri kawin cikgu skolah Ayang di Kinarut jadi kami semua telah berkonvoi beramai2. 5 buah kereta semua nya. Oleh kerana pegi tu hari Ahad pagi....dan balik pon mungkin malam baru sampai Keningau maka saya telah gigih meng"iron" semua baju bajan skolah anak2 yang 3 orang tu untuk seminggu.....baju bajan skolah encik suami...ehh...baju kerja la....(cuma baju batik je belom iron untuk di pakai pada hari Khamis)....pada malam nya. Pagi nya pulak gigih menyidai baju2 yang dah di basuh...dengan harapan by the time ai balik nanti...baju2 semua dah kering. Tudung anak2 dah siap iron jugak....stokin incik suami dan stokin skolah an

Mri ce pe sy lis.

Kwn2, hr ni mri kte bljr tulis shtfm. sy ngok zmn skg sume org lis mcm ni. tls pndk2. Lau lis sms sy x hrn, bab de lmt n nk sef kdt, (tp sy xgne piped,sy gne bil) tp lau tls blog sy sgt msykl. mla2 sy fkr mgkn kybd lptp dye de hrf2 yg rsk n xleh tkn...ye, kte ne brsgka bk. sy hrp awk sme leh fhm pe yg sy lis ni. hhhh <---- sedih. sy de tgr sowam blgr br ni, de br stt blggng.de lis mcm ni la lbh krg....sy kta lis la leklok,sy dh tue sy lmbt pikap, lmbt fhm....tp de kta de je mee-cee (de je ceni) jd de kne cpt,srba bi cpt, lau lmbt ti de jwa mlyg, mti la mksd de, jd sbb de bsa je cpt2,tls blg pon de kne cpt2 gk aa...bab 2 de lis ceni. tp sy lis ceni sy rs gi lmbt. hhhhhh! <-----ketawa k la, lnkli sy lis g. tp sy rs kli ni je sy lis ceni. pnt a.

Kalau....

Bila seseorang perempuan sudah bernikah, sudah bersuami...dia kena la mendengar cakap suami nya. ehh..bukan dengar sahaja..dengar dan taat lah. Apa2 kita nak buat tertakluk pada izin suami....kalau kita ada apa2 kebolehan yang boleh memberi manfaat tapi jika tidak mendapat izin suami...maka diam2 saja lah. Contoh la kan..kalau kita ada lesen kereta...tapi suami tak izin kan kita memandu kereta...maka diam2 ajela kita kat rumah...lesen yang ada tu kita boleh frame kan aje..gantung kat dinding....nak pegi mana2 tunggu ajelah suami bawak atau pon bersusah2 lah heret dan dokong anak2 naik bas atau teksi...pasal suami tak bagi izin punya pasal. Atau pon kalau la dulu kita mempunyai minat atau hobi sendiri tapi jika suami tak benarkan...maka simpan la saja hobi yang ada tu di dalam hati. Contoh macam artis2 la....dulu berlakon..atau pon menyanyi..tapi bila dah bersuami dan suami tak izin kan....maka pendamkan lah sahaja hasrat untuk terus menyanyi atau berlakon.....no matter how many albums

Aktiviti Di Musim Cuti Sekolah

Pada musim cuti sekolah ini kami sekeluarga tidak ke mana. Mak sibuk dengan tempahan kek kawin, ayah pula sibuk dengan Sukan Sabah (SAGA) jadi tidak dapat la kami hendak ke mana2. Oleh2 yang demikian Mak telah merancang satu program untuk anak2 sepanjang musim cuti ini. Program itu boleh la Mak nama kan sebagai Program Kemahiran Hidup. Program ini bertujuan untuk melatih anak2 dalam memahirkan diri dengan kemahiran yang perlu di mahirkan oleh setiap orang, tak kira lelaki atau pon perempuan. Ini adalah kerana..Mak berpendapat jika kemahiran asas begini tidak di ajar, tidak di dedahkan..tidak di latih anak2 tidak akan pandai mengurus diri mereka sendiri pada masa akan datang . Aktiviti pertama ialah aktiviti membasuh pinggan . Anak2 di mestikan untuk mencuci pinggan nasi mereka sendiri. Sebenarnya ia tidak terhad kepada pinggan nasi sahaja malah turut melibatkan makanan2 lain serta cawan dan gelas2 minuman. Memandangkan Mak menggunakan pinggan Corelle (motif? hahahaha) maka Mak tidak pe

Wes2

Image
Kadang2 rasa macam malas dah nak buat baik dengan orang. Bukan apa, hari ni dia cakap elok2 dengan kita. Boleh cerita macam2, mesralah yang amat. Siap mengadu2 masalah dia . Alih2 esok...tader angin, tader ribut, tader taufan lalu depan kita pon tak pandang. Masam. Diam tak cakap sepatah pon. Mana ntah perangai peramah yang semalam tu pergi pon tak tahu. Semalam dia mengadu pasal orang dengan kita...hari ni dia pegi mengadu kat orang tu..pasal kita pulak. Sampai saya pon konfius. Yang mana satu kah sifat dia yang sebenar? Yang peramah itu kah, atau yang masam2 tu ? Saya kata saya serik. Tapi tiap2 tahun macam tu lah. Last2 hati saya jugak yang sakit. Saya dah cakap, kita jangan harap kan pertolongan orang, selagi kita boleh buat sendiri, kita buat je sendiri. Kita susah tak apa, jangan susah kan orang. Cukup la kita tengok muka orang yang menolong tu masam mencuka sebab terpaksa tolong kita. Sedih kan ? Lagi satu.....jangan la pinjam barang orang. Orang tak suka . Itu peringatan untuk

Berdua.

Image
Hari Sabtu sambung bengkel memandu di IDA. Haish. Habis bengkel pegi plak kursus kewangan kuarga di Hotel Juta sampai petang. Yang best nye pegi kursus ni sebab pegi berdua dengan incik suami. *wink2. Anak2 sume tinggal kat umah. Time lunch kami pon makan la berdua...... org lain pergi kurus berbaju kurung, ber seluar slack, haku pegi pakai t-shirt,jeans and sneakers. Hantam sajalah. Semalam pulak pegi KK berdua juga. Anak2 tinggal juga. Pergi cari barang. Leh la jalan2 pegang tangan. Tapi Cik abam saya ni mebi sebab dah lama sangat dok berjalan sorang...punya la laju dia jalan,tak terkejar saya. Acaner nak pegang2 tangan kan ? Haish.

Hati Panas.

Image
Picture :Google Hari ni saya telah pergi ke sekolah.sekolah memandu. Belom lagi pergi belajar memandu tapi pergi attend bengkel selama 6 jam. Bengkel ni pon kalau bukan atas inisiatif saya menempah slot bengkel ni dengan menelefon pihak akademi utk book tempat untuk saya, jangan harap la nak tunggu pihak akademi yang telefon saya . Sampai expired awak punya sijil lulus ujian berkomputer pon depa takkan call. Apa2, kita kena buat sendiri. Namun saya tetap bersemangat sebab saya memang telah berazam untuk mendapat kan lesen memandu P by Pesta Kaamatan. Maka seawal jam 8.30 pagi saya dah berada di sana selepas pekena Nasi Lemak di Restoran Pak Kandar. Sampai sana tengok Q kat kaunter pendaftaran tu pon dah agak panjang. Dah siap daftar dan bayar yuran bengkel sebanyak RM300 saya kena tunggu sampai jam 10 baru sesi bengkel bermula. Bengkel ni di bahagikan kepada 3 section section pertama Ceramah...section kedua mengenal kenderaan la...tgk segala isi perut keta...tukar tayar..dan section k

Stock Clearence!

Image
Hari ni saya bersarapan dengan stok terakhir popia otak2 from Otak2 Gombak ..... haih.....sedih ni....sbb lepas ni susah dah nak dapat popia otak2. Tu pon lama saya simpan.....lebih 3 bulan. Hahaha..punya la sayang nak perabih. Stok murtabak raja saya pon baru jugak habis....dekat 3 bulan jugak simpan kat peti ais..... Iena ...awak takmo pos popia otak2 ke kat saya ? hihihih...

Malu bertanya, sesat jalan.

Selama2 dok di sabah ni....boleh kata saya dah pusing hampir seluruh Sabah. .Yer la...Sabah ni kan besar negerinya.....meh kita tengok kat mana bahagian sabah yg saya dah sampai......KK of kos la sudah... Ranau misti la sudah....Kudat pon sudah 2 kali pegi...Sandakan sudah....2 kali jugak....Lahad Datu ....Tawau....Semporna.....Beaufort....Labuan....owh boleh kata dah sekeliling Sabah la saya dah pegi. Tapi pulau2 di Sabah satu apa pon belum pegi walaupon bukan susah pon nak ke sana. Tak berkesempatan lagi. Mujur la jugak suami saya pon jenis suka berjalan. Asal ada kelapangan...keadaan poket pon mengizin kan....maka berjalan la kami ke tempat2 yang menarik. Sama ada kami tahu jalan nya atau tidak itu tidak menjadi masalah. Kami redah jer....kalau agak2 tak tahu...apa susah...tanya orang ajelah. Kalau nak berjalan2 ni...satu je kita kena pegang, jangan malu bertanya. Kalau asik dok rasa malu....memang la payah. Lagi satu kalu kami nak berjalan ke mana2 pon tak semestinya kami kena berj

Lama tak jumpa

Yer..lama kan saya tak update ? Tak ada idea la....lagi pon cuti ni adik saya dari Sandakan datang..jadi tader masa nak online sangat. Nanti la saya cerita lepas ni...ni pon sambil2 buat kek ni.

Cuti

Hari ni saya tak perlu memasak (Weehuuuuuuuuuu...!!!!) sebab ada 2 kenduri kawin. Satu di keningau dan satu lagi di Papar. Terima kasih kepada yang menjemput ya.....kepada yang lain yang nak kawin tu sila jemput saya. Owh..lupa pulak....kebetulan jugak my cousin sorang ni pon kawin juga. Unfortunately I sekeluarga tak dapt attend. To my dear cousin Ahmad Faiz Abdul Azik a.k.a Paih..dan isteri nya Emma....selamat pengantin baru...semoga tabah dan sabar dalam mengharungi alam rumah tangga. Susah kawin ni. To Emma..welcome to the family.... p.s: tengok kad kawin Paih di fesbuk, dekat nama parents pengantin lelaki (my aunt and uncle la) just tulis "Abdul Aziz Wan Yusoff dan Wan Normi Wan Othman " je..tade pon tulis Haji2 kat depan w/p my ayah ziz and mokcik mi dah pegi haji lama dah.... .

Advetorial

Image
Semalam saya telah melawat satu pusat rawatan kecantikan yang baru di buka. Saya sungguh tertarik dengan pusat kecantikan ini sebab ada sesuatu yang istimewa serta lain dari yang lain. Cuma tak tahu la pulak apa nama kedai ni. Sebaik sahaja sampai di pintu hadapan kita akan di sambut dengan "papan tanda" ini... Pusat rawatan ni banyak di tampal dengan pelbagai notis dan papan tanda sebagai peringatan kepada pelanggan dan juga sesiapa yang berada di dalam premis. di bakul sampah pon ada notis Ketika saya sampai di situ terdapat 2 orang pelanggan sedang menunggu giliran di ruang khas untuk menunggu........ setia menunggu giliran dengan sabar. ...dan ada seorang pelanggan sedang menjalani rawatan. Mujurlah saya telah dibenarkan oleh pemilik premis ini untuk merakamkan sesi rawatan yang sedang dijalankan. Saya di fahamkan bahawa pelanggan ini sedang mendapat rawatan untuk melembutkan kulit tangan . Pelanggan di bawah pula datang untuk menjalani rawatan melembutkan kaki. Itulah y

Buhsan la pulak

Hari ni saya merasa sungguh la bosan. Tak tahu kenapa. Mujur la rumah hari ni berkemas elok jer. Jadi tidak la menambah semak di mata dan di kepala ni. Nak kata ada problem..tak pon. Biasa2 jer. Cuma selera untuk makan tu tidak ada tetapi tidak la sampai tak masak. Saya masak tapi saya masak untuk orang lain makan. Bukan untuk saya. Bila anak2 dan suami makan saya duduk semeja tengok mereka semua makan dengan berseleranya. Jam 4 kami semua ke gelanggang squash. Perut saya dah bergendang2 menyanyi lagu hip hop rasanya. Tapi tak terasa jugak nak makan. Bila anak2 warm up ..saya pon warm up. Lepas tu saya berjoget2 sekejap. Keluar la peluh setitik dua. Lepas tu saya duduk ...sampai badan kembali sejuk. Balik rumah terus sambung buat kek dan pizza. Ada orang oder. Pon selera saya tidak terbuka. malah bertambah bosan rasanya. last2 saya minum milo je satu mug. jadik lah. kali terakhir saya makan nasi....pukul 11 pagi semalam.

dialog

Mak : adulaaa...ngantuk weh! (sambil gosok2 mata) Nana : tido la... Mak : tido kat mana? Nana: Tido kat sini la....katil nana dan kak chick ni.. Mak : ok...mekasih Nana,......................................................! v v v v v v v v v v v v v v Nana : ....tapi kena bayar. Mak : ???????

:(

Aduhai....punah segala harapan dan rancangan saya untuk pergi berdating bersarapan berdua dengan suami tahun depan. Huhuhuhuu......nampak gaya kena la bersarapan puas2 dengan cik abe minggu ni dan minggu depan. Lepas raya cina dah tak boleh dah. Yang...esok kita pegi Pak Kandar lagi yerr......?

What about you ?

Image
illustrasi semata2 Saya tengok orang zaman sekarang buat majlis bertunang macam majlis kawin dah kekdahnya. Takut pulak menengok. Harus jugak habis beriban2 juga tu. mana la tak pakai duit banyak nak kawin ni kan? siap ngan khemah...siap ngan pelamin....siap kenduri bagai. untuk apa semua tu sebenarnyer yer ? saya tak berapa faham. sebab kalu belah family saya tunang simple je. mai2...cerita2....sarung cincin dah. makan la skit2. tadak khemah. tadak kenduri. makan dalam rumah jer. hampar saprah, hidang lauk 2,3 jenis. baca bismillah, makan lah. malah ada antara adik beradik saya yang tak bertunang pon. kawin terus. tak tahu la kalau besok2 kot adik saya yang ada belen 2 orang belum kawin ni buat tunang grand2 giler tu..tak tahu lah. harap tidak lah. yang pihak perempuan la selalunya kalau beriya2 pon. tempah baju (tu pon pakai sekali tu jer, kawin esok tempah hak lain pulak!), tempah pelamin, tempah jurumekap,tempah katering, tempah jurugambar, tempah juru hias hantaran.....dan segala

apekah ?

Hari ni elok je sampai rumah lepas hantar Yasmin ke tadika saya pon masuk la ke dapor hendak memasak. Walaupon saya masih kenyang tapi saya kena masak jugak sebab Angah nak pegi skolah pulak kejap lagi. Dalam kepala ni dah tersedia dah menu apa nak masak. Muehehehe...senang la keje kan bila dah idea nak masak apa dah ada. Saya pon siap2 la potong sayur kacang panjang...terung....err..saya nak buat gulai terung....pastu ikan tenggiri dua keping pon dah saya keluarkan awal lagi untuk self defrost. Ikan ni saya nak panggang tawar jer..untuk makan dengan budu.....adeh...sedapnyer. Pastu saya pon tanak la nasi 3 pot dan rebus telur masin sebiji dalam periuk nasi tu sekali. Sekali bila saya nak hidup kan api dapor api tak hidup2. Aiseyman...gas habis la pulak. Saya pon hendaklah mendail no.telefon gas ...sekali tader la plak dalam phone. Ish2..sabar jelah. Nampak gaya alasan untuk tidak memasak sangat la kukuh. Jadi, tak jadi la saya nak masak. Nasib baik pagi tadi somi saya ada beli nasi le

O yeah!

Image
Hari ni saya berasa agak gembira! kenapa? keputusan saya untuk mengikut somi saya menghantar Yasmin ke tadika pagi tadi juga merupakan keputusan yang bijak! kenapa ? hehehe...alah,tak ada apa sangat pon sebenarnyer sajer2 nak buat gempak...minta puji. Lepas hantar yasmin kami pon pergi bersarapan. incik suami makan roti canai telur ,saya pulak makan nasi lemak. Hmm, Nasi Lemak dekat Restoran Novianty ni tak berapa kena la dengan tekak saya. Sambal dia tak berapa kick lah. Tak mengapa. Lepas dah lepak2 bersarapan incik suami membuat satu cadangan... " apa kata kita pergi kedai Aeropedo tu lepas ni...? " (tu kedai sukan). Tentu la saya setuju sebab rancangan nak ke Kedai Aeropedo tu sebenarnya cadangan saya! Saya dah bagi cadangan malam tadi lagi. Hahaha. Kami pon tunggu la kedai tu di buka...nampak gaya kami la pelanggan mereka yang pertama untuk hari ni. Masuk2 terus pegi kat bahagian raket2 banyak jugak la pilihan...boleh laaa..........setelah di pegang2....di belek2....di

Breakfast : The Kelantanese Way

Image
Yup. Lets do it the Kelantanese do it. And how is that? Start your day with the various selection of breakfast menus. The most popular dish is Nasi Belauk. Steamed rice served with either fish or chicken curry. Err...curry ker ? bukan kari tapi kami panggil gulai darat. Owh...nyum2....if you're anywhere in Kelantan there'll be no shortage of breakfast. Boleh kata setiap tempat mesti ada orang jual nasi belauk kat tepi jalan. My tips untuk pilih gerai yang mana..pergi la gerai yang ramai sekali orang pegi beli...yang dok beratur panjang ...ha mesti gerai tu la yang nasi belauk dia sedap. Saya kalau balik Kelantan mesti pekena Nasi Belauk ni pagi2....biasa saya beli di Pasar Kubang Pasu, not very far from Masjid Muhammadi. My choice of lauk has to be lauk ikan la....and ikan untuk nasib belauk ni plak biasa nye Ikan Tongkol lah...tak pon ikan kering pon ada gak. Tengok tempat. maaf la,dah gaul2 baru nak amek gambor -nasi belauk lauk ayam. Kalau anda tak mahu makan nasi belauk an