Posts

Showing posts from 2017

September Promotion!

Image
Assalamualaikum... Siapa kat sini yang...: - dah lama berkenan dengan iron best ni? - nak bayar kali2 tapi tak nak main kutu? - nak cepat dan takmau tunggu turn? Haa...sekarang la masa yang sesuai sebab # amway ada buat offer 4 kali bayar. Lepas first payment boleh terus dapat iron. Best tak? So.....cepat2 wassap saya 0146887963. Offer ends on 30th September 2017.

Dari Dapur Janna: Kentang Oregano

Anak2 saya sangat suka makan kentang. Tak kira lah apa cara masakan nya mereka memang suka. Jadi di rumah ni memang kena selalu ada stok kentang. Kali ni saya suka nak berkongsi satu resepi kentang yang mudah, cepat dan yang penting sedap. Saya namakan kentang ni Kentang Oregano. Okay...jom kita tengok bahan bahannya. Kentang Oregano Bahan2: -5,6 biji kentang, di kopek kulitnya dan di potong dadu dan direbus hingga empuk - 100g salted butter - secubit oregano Cara2: - toskan kentang yang sudah direbus tadi dan masukkan ke dalam mangkuk. - ketika masih panas, masukkan butter dan juga oregano. - gaul rata. - siap! Kan saya dah cakap, senang sajakan? Kentang oregano ni sedap kalau kita padankan dengan chicken chop ke..lamb chop ke...makan dgn sosej pom boleh atau pon dengan pasta. Memang sesuai. Jika sula boleh juga drizzle sedikit extra virgin olive oil. Pon sedap. Jadi janganlah lupa untuk cuna resepi yang simple tapi sedap ni.

Dari Dapur Janna : Tuna Pasta

Image
Baru kali ni berkesempatan untuk tunaikan permintaan sahabat yang request resepi Tuna Pasta saya. So tanpa melengahkan masa jom kita tengok apa bahan2 nya. Tuna Pasta Bahan2: 1 pack pasta ( boleh guna apa2 jenis yg anda suka spaghetti, fettuciné ke..macaroni ke)- di rebus hingga ala denté 5 ulas bawang putih- di cincang 1 biji bawang besar - di potong wedges 1 biji capsicum - di potong panjang2 1 tin isi ikan tuna 50g butter Garam secukup rasa Serbuk parmesan cheese Chilli flakes 1 sudu kecil oregano kering Minyak zaitun utk menumis. Cara: -panaskan minyak zaitun dalam kuali atau pan kemudian tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. - kemudian masukkan capsicum dan kacau2. - seterusnya masukkan pasta, isi tuna, garam dan serbuk parmesan cheese. Kacau2 biar rata. - masukkan butter, kacau lagi sehingga butter cair, dan lepas tu boleh la masukkan oregano kering dan chilli flakes. Gaul rata dan siap. Sedap di makan panas2.  Senang saja kan? Saya meman

The day I turned 41.

Image
Yer... 9 Ogos datang lagi maka bertambah lah umur Mak. Sekarang umur Mak dah 41. Haish. Tua dah tu. Gambar kat atas tu adalah hadiah hadiah dari encik suami dan juga anak anak. Hehe. 1) Hand cream tu pemberian dari Sophea. Rupanya dia beli untuk Mak. Mak dah nampak hari tu tapi mak tak terfikir pon ia adalah untuk Mak sebabnya dia memang suka online shopping dan gemar sangatlah beli skin care. Tahun lepas dia bagi Mak sekotak facial mask. Dalam kotak tu ada 5 pack facial mask. Seminggu pakai lah sekeping. So patutnya dalam masa 5 minggu habis lah kesemuanya tu kan. Namun, bukan itu yang berlaku. Selepas setahun dan sehingga hari lahir Mak untuk tahun ini datang lagi Mak masih ada 1 pack lagi facial mask yang belum dipakai. Sori ya kakak, bukan Mak tak suka..tapi mak ni tak cukup berdisiplin nak pakai mask segala tau. So tahun ni dia bagi hand cream. Haa..yang ni Mak rasa mak akan pakai sampai habis sebab mak memang suka pakai hand cream. Best je kalau nak bersalam dengan oran

Perkahwinan itu....

Perkahwinan bukanlah medan untuk bertanding. Siapa yang beri lebih banyak, siapa yang lebih rajin, siapa yang malas, siapa yang lebih banyak menyumbang tenaga dan wang ringgit. It's not a competition. It's a teamwork. We work together, we complete each other. Jika ada perasaan iri, dengki sesama suami isteri apalah maknanya itu? Ungkit mengungkit serta rasa cemburu dengan kejayaan atau kelebihan masing-masing sepatutnya tidak wujud. Andai semua itu wujud di dalam hubungan suami isteri maka istilah perkahwinan yang membawa maksud perkongsian sudah tidak relevan lagi. Cinta sudah mati.

7 Ramadhan 1438H

Image
Hari ni sudah pon masuk 7 Ramadhan. Sekejap je dah seminggu. Cuti sekolah pon ada seminggu lah juga lagi. Persiapan hari raya saya...well, macam biasa...ala kadar sahaja. Beli baju untuk anak2...kasut..asal ada je. Tak sedondon pon. Tak ada warna tema pon. Hehe. Tak apa. Yang penting anak2 happy...dan ada juga baju baru. Baju baru untuk saya sendiri tahun ni tak ada. Tak excited sangat nak soping untuk diri sendiri. Bila dah umur2 macam ni, diri sendiri dah bukan keutamaan. Dan tahun ni..macam tahun2 lepas juga..beraya di Keningau sahaja. Ntah bila la dapat merasa beraya di kampung lagi. Setakat 7 hari puasa ni kami masih berbuka di rumah...masak sendiri. Kecuali hari Rabu dan Khamis baru2 ni...berbuka di KK. Hari ni mak masak ikan masak sambal cili hidup, sambal goreng dan udang goreng kunyit. Pastu mak arahkan anak2 buat onde2. Tapi onde2 mak kali ni warna pink. Hihi. Takde kaler hijau. Tak apa. Onde2 hipster mak kata. Pastu jiran2 pulak masing2 bagai berjanji...semua p

Be Positve.

Sekarang ni sudah pon pukul 12.30 tengah malam. Mak baru je siap cuci muka...gosok gigi yang tinggal berapa batang je lagi ni...dan juga basuh kaki...yela, orang tua tua kata nanti tak mengigau. Hehe.  Elok je tengah landing atas katil ni mak tiba tiba rasa macam nak update blog lah. Nak cerita la sikit kejadian tadi.  Bukan kejadian teruk sangat pon tapi ia cukup membuatkan mak rasa sedih sangat. Rasa putus semangat sangat dan rasa kecewa nya alahai.  Tadi siang mak dah open order untuk brownies. Alhamdulillah.....ramai yang nak order . Jadi petangnya lepas solat Asar mak pon pergilah ke pekan nak beli bahan bahan untuk buat brownies ni lah. Dah cukup semua mak pon balik.  Dah memang jadi tabiat Mak kalau nak buat kerja malam malam mak lebih gemar buat bila Umar dengan Aileen dah tidur. Bukan apa..aman sikit nak buat kerja. Jadi bila kedua dua nya dah selamat ke alam mimpi mak pon nak la start enjin. Siapkan bahan2 semua...cuci telur siap siap. Lepas tu mak pon ambil