Posts

Serupa Tapi Tak Sama

Image
Suami saya tak pernah tak ada misai. Sejak misai mula2 tumbuh dulu memang dia tak pernah sekali pon cukur misai dia. Masa saya kenal dia dulu pon memang dia dah ada misai ,nipis2 gitu...dan saya sangat la suka kan misai dia tu. Bila dah kawin beberapa tahun dia ada cakap kat saya dia nak cukur misai dia. Saya tak bagi. Saya kata nanti dia nampak macam budak form 3 yang baru nak amek PMR. Saya juga kata kat dia, dia nampak lebih hensem kalau bermisai. Tetapi baru2 ni...well, actually, tader la baru jugak....beberapa bulan lepas laa...sebelum raya puasa lagi la...dia akhirnya telah mencukur misai dia. Saya pon redho ajelah. Cuma masa mula2 tu saya tengok muka dia nampak laiiiiin je bila tak bermisai neh. Namun, walaupon misai dah cukur...tapi dia dah simpan janggut plak. OK lah....sunnah lagi pon kan. Tetapi....baru2 ni ada orang kata muka dia dah macam Beto Kusyairy la pulak ! Member ni yang memang langsung tak pernah dengar dan tak kenal pon sapa Beto Kusyairy gigih la google image....

Antara Jalan Kimanis dan Parking Kereta 1Borneo.

Assalamualaikum semua.....Wah, baik pulak ahkak hari ni ,siap bagi salam lagi. Sekarang ni tengah bersiaran dari Menggatal , Kota Kinabalu. Dah ngantuk jugak sebenarnya tapi rasa macam nak update jugak blog. Esok nak pegi jemput Cik Habang di airport. Dia balik dari Melaka. Dah seminggu kat sana ada tournament silat. So minggu lepas ahkak mai hantar dia la...minggu ni plak mai amek dia. Ni akak nak bitau la...masa festaim Cik Habang bagitahu kata nak suh saya drive balik/pergi ke KK sendiri akak memang la berdebar2. Harus la berdebar2 dik....sebabnya : 1) Ahkak ni  masih lagi lesen P, dah la lesen P setahun pon belom sampai lagi tau pegang lesen P neh ! So harus la akak berdebar kan... 2) Jalan KK- Kimanis- Keningau ni agak mencabar jalannya. Dah la berliku2, pastu berbukit bukau..bergunung ganang...bukit nya pulak memang la curam sebab nya ramai la jugak kenalan2 yang dari KK  memang tak berani nak lalu jalan Kimanis tu walau pon jaraknya lebih dekat , tak sampai 2 jam dah sampai da

Fettucini Alfredo

Image
Baru2 ni saya buat fettucini carbornara pastu saya letak la gambar kat Facebook...ater, ramai la pulak yang mintak resepi...hehehe. Resepi tu saya main ejas sendiri je...ikut selera saya ...tapi untuk tidak menghampakan kawan2 yang request so saya letak la resepi nya kat sini...senang, sapa2 pon boleh refer. Cuma...saya ada pembetulan la nak buat....setelah saya google sana sini dan merujuk beberapa resepi rupa2 nya nama resepi yang saya guna tu salah....bukan Carbonara....tap Alfredo ( white sauce), sebab nya kalau Carbonara ada letak telur...and tak letak cream. So nama sebenar resepi yang saya buat tu adalah Fettucini Alfredo lah....hehehehe... Fettucini Alfredo  Bahan2 : - 3/4 packet Fettucini , tapi kalau nak guna pasta jenis lain pon boleh macam spaghetti, penne atau pon shells. (cukup utk 4 orang dewasa makan) - rebus pasta mengikut arahan di packet nya . Rebus hingga pasta masak al dente , iaitu lembut tetapi masih terasa kenyal2 bila di gigit, do not over cooked , nan

You're 12 !

Image
Dah masuk September baru nak mengarang. HEhehe, Tak apa la yer. Yup, my eldest daughter just turned 12 years old last August,18.  Dah besar dah....dah anak dara dah....Dia memang ada request suruh mak buat apa2 kek sebiji untuk dia tapi mak cakap mak tak janji, kalau sempat mak buat sebab nya masa birthday dia tu mak banyak la pulak order, dengan kek kawin nya, kek tunang nye, kek birthday lagi...so Mak tak berani la nak janji. Tapi akhirnya Mak buat juga kek untuk dia walaupon lewat sehari dari tarikh sebenar birthday dia. Mak buat kek Pelangi.  First time mak cuba buat tu. Lepas solat Maghrib mak cuba la search2 resepi di internet and kebetulan kat peti ais tu ada beberapa biji telur putih yang mak dok simpan ( yela...kan raya sibuk dok buat biskut, biskut plak banyak guna egg yolk je, so banyak la egg white yang dok tersimpan di peti ais) so ape lagi , terus la cepat2 cuba buat kek pelangi tu... So, ini lah hasilnya....... Ok la kan ? Jadi la jugak kan ? Memang menar

Jumaat , 30 Ogos 2013.

Hari ni mak sangat la sibuk. Actually, hari lain pon sibuk juga cuma hari ni dari pagi2 hantar Nana sampai la amek Kakak Angah dari skolah tak balik2 rumah pon. Dok pegi mari pegi mari je keje nya. Lepas hantar Nana ke PASTI pergi la bersarapan dulu di Rahmat dengan mem kecik- Kak Chik. Mak pekena rojak ayam, Kak chik plak macam biasa lah - Soto Daging Botak Mangkuk Kecik. Pergh! Sikit punya panjang order Kak chik. Selesai bersarapan pegi bayar bil elektrik dulu. Aduhaii....mahal sungguh bil elektrik skang. Sejak tukar meter baru bil mencanak2 naik. Padahal rumah kami ni aircond pon tader...oven pon guna gas, oven letrik tu jarang la sangat dah guna kecuali kalau buat creampuff je. Pastu mentol2 pon kami dalam proses menukar kepada mentol2 jimat tenaga. Baru tukar 3 biji mentol. Hehe. Tapi peti ais ada dua butir laaa... OK, sambung cerita...lepas bayar bil pecut pulak pegi ke SMK Apin Apin untuk hantar kek. Jauh jugak SMK Apin Apin ni.....dalam 20 menet jugak la drive. Selesai hantar k

Saya

Saya ni bukanlah sesiapa. Saya tak punya harta, Apa lagi wang berjuta, tiada pangkat mahu pon kedudukan tiada kepentingan kepada sesiapa, Saya hanya manusia biasa, yang hanya akan dilihat sebagai beban....

Api Yang Berbunga, hehe.

Image
Sebenarnya dari bulan puasa lagi budak2 ni sibuk dok cakap nak main bunga api. Aduhaii.....bukan Mak takmo beli ,masalahnya Mak tak tahu kat mana ada orang jual bunga api ni. Kalau dulu2 zaman Mak kecik2 memang senang nak beli bunga api. Kat mana2 ada orang jual secara terbuka. Tapi zaman sekarang ni dah tak boleh dah....kang tak pasal2 kena tangkap dengan pihak berkuasa kang. Kalau ada pon orang jual bunga api pon semua secara sembunyi2 dan sorok2. Huhuhuhu. Maka untuk tidak mengecewakan anak2 Mak pon beli la mercun pop2 tu...yang banyak di jual di pasaraya dan kedai runcit tu....ala...yang bulat2 kecik2 tu....and bila kita baling ke lantai dia akan meletup2 pop2. Haaa....yang tu lah...terubatla sikit perasaan anak2 walaupon tak seseronok bermain bunga api, Hehehe.... Tiba2 budak2 ni ternampak anak2 one of my jiran main bunga api. Ntah dari mana diaorang dapat pon saya tak tahu. Mak pon cakap la kat Yasmin suruh tanya Rashdan ( anak jiran tu laa...and dia sekelas dengan Yasmin ) kat

8 years

Lama tak cerita perihal anak2. Hehe. Actually, dah lama tak bercerita tentang apa2 pon, kan ? My 3rd daughter Yasmin sangat la suka membaca entry2 lama saya di blog ni ( menurun sapa la agaknya tu? Hehehe) . So kalau tab ada di tangan dia mesti dia akan buka dan belek entry2 lama terutama kalau posts pasal diri dia masa kecik2. Hehehe. Nanti dia akan senyum2 sorang2. She will go through all the previous posts, tengok gambar, tengok video2. Bila tengok Yasmin suka sangat baca blog saya  , saya rasa bersyukur sangat that I have this blog . I'm really glad that dulu saya berpeluang untuk merakam cerita, gambar2, serta telatah anak2 masa mereka kecik2. I created this blog since July 2005 lagi dan masa tu Yasmin dan Aina pon belum lahir. Kisah masa mengandungkan mereka, kisah macam mana mereka berdua dilahirkan semua saya karangkan di blog ni. Sekarang ni Yasmin dan Aina pon dah besar, dah pandai membaca , dan mereka boleh membaca sendiri tulisan asal saya mengenai mereka. Cerita2 yang

Salam Aidilfitri 2013

Image
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada : - Kedua ibu bapa saya yang berada di Kota Bharu, Kelantan, - kedua ibu bapa mertua saya yang berada di Pulau Indah, Port Klang, Selangor. - kakak sulung saya Aida sekeluarga yang berada di Singapura, my second sister Ramizah sekeluarga di Kuala Lumpur, my 3rd sister Noor Haniah sekeluarga yang berada Bangi, Selangor, my 4th sister Halilah sekeluarga di Kota Bharu ,Kelantan. - kepada adik2 saya Abdullah Munsif dan isteri di Seri Kembangan ,Selangor, Wan Azizon sekeluarga di Kulim, Kedah, Siti Aisyah sekeluarga di Sandakan, Sabah, Ahlami sekeluarga di Yonezawa, Jepun dan Fatien Adibah di Bangi, Selangor. - juga buat ipar2 di Pulau Indah dan Shah Alam, - buat kawan2 di SRK Redang, Ma'ahad Muhammadi (P), SM Ismail Petra, Matrikulasi UPM Terengganu, UPM Serdang - sahabat2 dan saudara seGayong PSSGM, PSSPGM - sahabat2 dan kenalan2 di Keningau dan seluruh negara , sahabat2 di alam maya dan di alam nyata....

German Cookies

 Nana cakap dekat Mak nak makan "Biskut Mahal " yang macam Che Tie buat tu....so Mak pon gigih la mintak resepi dengan Che Tie.....belum buat pon lagi ...tapi letak resepi kat sini sebab senang nak rujuk, heheeh....kepada kawan2 yang nak cuba buat pon boleh la tengok resepi kat sini. Bahan2 pon tak banyak yang pelik2 ni....boleh cuba la..... German Cookies.  Biskut ni memang sedap.. cair dlm mulut.. mungkin sbb tepung kentang tu.. hehehhee.. semalam kami wat 3 adunan , arini wat lagi 1 adunan..sedap punya pasai hihiiii. . jom skodeng resepi Bahan-bahan : 125 gm butter 40 gm gula icing* 1 sudu teh esen vanilla 125 gm tepung kentang (kat bakery ada juai ni)* 80 gm tepung gandum* ayak bahan yg bertanda * Cara: Pukul butter & gula icing hingga sebati. bubuh esen vanilla. Pastu campur tepung gandum & tepung kentang. Gaul bagi rata & jadi doh. Doh ni lembik sikit, simpan kejap dlm peti es. Kejap ja dlm 1/2 jam camtu. Pastu buat bulat2 & tekan d

Langkah Kanan

Image
Hari ni pegi pasar nak beli lauk basah. Plan nya nak buat nasi ayam. Dari hari tu lagi nak buat nasi ayam tak jadi2. Hehehe. So pegi pasar tadi beli la sekor ayam....pastu pikir pulak apa menu untuk berbuka esok pulak....tanya2 Kak Chik dia kata nak makan tomyam. So , ok lah tomyam....puasa ni memang belom buat lagi tomyam....maka saya pon pegi la dekat di particular fishmonger....saya memang kalau beli ikan beli dengan dia lah. Saya ni pulak kalau buat tomyam tak sah tak letak udang dan sotong. Tak boleh letak ayam je....ater...peminat seafood la katakan.....so beli la udang setengah kilo....sotong skilo....sekali Beliau yang jual ikan tu datang....di suruh anaknya bungkus sepotong ikan yang agak besar juga la....di bagi nya pada saya....buat berbuka katanya....alahai....terharu sungguh saya...walaupon ini sebenarnya bukan kali pertama saya dapat ikan free dari dia......saya pon nak cakap apa lagi la kan...cakap terima kasih banyak2 ajelah...hehehe....dan he's not even a Muslim

Macam2 ragam maknosia....

Image
BUTTERWORTH – Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah. Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. “Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak  pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan dari saya dan keluarga untuk seluruh muslimin dan muslimat. Maaf lah, sejak dua menjak ni agak tak berapa rajin nak update blog, hehehe.. Alhamdulillah, setakat hari ni baru sekali kami berbuka di luar. Tu pon sebab tak sempat nak masak kerana dok siapkan orde kek orang. Yer, puasa2 ni tempahan kek tetap di buka macam biasa, tade cuti2. Bazaar Ramadhan pegi jugak, tu pon sebab nak beli air tebu yang wajib ada tiap kalu berbuka...pastu beli la jugak tau fu fa ke..kuih2 memang tak beli sangat lah. Kalau berbuka pon biasa nya ala kadar je....setakat ni dah buat Nasi Arab, Mee Kari, Mee goreng, Nasi Minyak....(nasi putih toksah cakap la...hehehe). Kuih pon tak buat sangat....buat yang senang and cepat siap je, macam goreng pisang cheese, bubur pulut itam ke..serikaya ...gitu lah. Tapi...bila dah nak dekat berbuka tu..tengok2 kat meja penuh juga dengan macam2 kuih dan juadah lain...hasil sedekah dari jiran2. Kat taman sini memang begitu dah adat nya setiap kali Ramadhan,

Minangkabau Cuisine, Kota Kinabalu.

Image
Semalam Cik Abang ajak ke KK, nak hantar borang nak mintak tiket free kekdahnya. Aduhaii....baru nak hantar borang haa..orang lain dah dapat waran dah pon. Lupa pulak nak tengok tarikh untuk balik tu Cik Abang isi berapa haribulan. Pergi kali ni bawak Nana and Kak Chik. Kak Chik demam sebenarnya tapi sebab tak ada orang yang boleh nak jaga and tunggu budak2 ni kat rumah maka terpaksa la heret je sekali pegi KK demam2 pon. Sempat la berhenti kat tepi jalan sekali bersihkan muntah Kak Chik. Dah selesai hantar borang kami singgah rumah di UCA2 kejap. Boleh la rehat2 luruskan tulang belakang. Hehehe. Lepas dah selesai solat apa semua kami pon balik la....tapi singgah dulu cari barang2 kek sikit. Yela...alang2 dah turun KK ni kan. Selesai cari barang kek Cik Abang pon beriya la ajak saya makan. Dari hari tu lagi dia dok cerita kat saya pasal tempat makan yang baru dia pegi masa bertugas untuk SAGA baru2 ni lah. . Kawan sewasit juri nya jugak yang bawak..so dia memang dah janji kalau ke KK n

Honeymoon

Saya teringin la nak pergi berbulan madu. Sejak saya dan suami berkahwin almost 13 years ago kami tak pernah pegi berbulan madu berdua. So sekarang ni since anak2 pon dah besar memang teringin nak pergi honeymoon ni. Tader la nak pegi jauh2 pon, dekat2 pon boleh....asal berdua . Pergi Kundasang je pon ok jugak ! Atau pon kalau time kami balik Semenanjung tu dapat pergi berdua ke Pantai Cherating pon dah ok rasanya...ehehe....tak pon pegi Pulau Perhentian ke....haa...tengok my cousin pegi Pulau Perhentian bestnye lah ! Cantik sungguh pantai dan air laut nya amat la jernih. Tapi kalau ke Perhentian Island tak bawak anak2 macam tak best plak sebab anak2 pon belom sampai jugak lagi...jadi macam tak best plak tinggal anak2. Tapi pernah la pergi tido di hotel berdua je dengan suami 2 tahun lepas. Alaa..hotel kat Keningau ni je pon...masa tu Cik Abang kena bertugas untuk Sukan Sabah la jugak....so wasit2 ni dapat la bilik penginapan kat hotel...so hari last tu wasit yang dok sebilik dengan my

Angau

Sejak dua menjak ni dada asyik berdebar je. Hati ni pulak asyik berasa rindu je.  Setiap hari selalu rasa macam tak sabar nak berjumpa. Apelah maksudnya semua ini? Aduhai.......l

My routine

Image
Begini la saya setiap hari...bermain dengan senjata. Hehehe. Dengan tepung, krim....kadang2 tu memang rasa macam penat sangat bila order penuh, tapi bila dapat menghias2 kek tu hilang rasa penat datang rasa seronok dan enjoy dapat mekap2 kek dan hias kek cantik2.....

Cuti Dah Habis.

Image
Apa khabar semua...? Nampaknya cuti sekolah sudah pon sampai ke penghujung nya. 2 minggu cuti ni saya tak ke mana2, Owh, ada la pegi KK sekejap. Tu pon tak sempat nak bawak anak2 jalan2 pom, huhuhuh. Tapi adik saya dari Sandakan ada datang. Suka nya lah ! Sebab dapat jumpa anak2 sedara yang sedang melasak dan membesar dengan cepat sekali. Tapi tu la, diaorang datang Keningau pon kami tak dapat bawak ke mana2 sebab my cik Abang pon sibuk sepanjang cuti sekolah ni sebab kena bertugas sebagai Wasit untuk Sukan Sabah ( SAGA) .Lagipon sepanjang cuti ni saya banyak order kek, kek kawin, kek birthday...memang tak menang tangan melayan order sampai ada yang terpaksa saya tolak, especially order yang last minute....huhuhuh... Tabik spring saya hadiah kan kepada adik ipar saya Hisyam sebab akhirnya dapat juga drive all the way from Sandakan to Keningau. Ikut jalan Kimanis lagi tu. Hehehe. Bukannya apa, biasa nya bagi orang yang first time datang Keningau biasa nya tak berani nak lalu ikut ja

There's always a limit.

Alahai, dah lama tak update blog. Hari tu beriya2 suruh my cousin Adrina update blog dia. Sekarang ni dia pon dah kemaruk update blog dah jadinya, saya pulak yang jadik malas, hahahaha. Actually, bukanlah tak ada idea atau cerita atau luahan yang boleh ditulis. Banyak juga kadang2 tu, cuma tak semua perkara atau cerita yang boleh kita publish atau berkongsi dengan seluruh dunia. Ada perkara yang patut kita pendam sahaja di dalam hati, ada juga perkara yang kita boleh kongsi dengan orang2 tertentu sahaja. Jika kita fikir "Ehhh! Ni blog aku, suka hati aku la nak tulis apa!" ,ehh, boleh je nak fikir gitu tapi kita juga harus tahu apa jua kesan dari tulisan kita tu kena la kita tanggung. Sama ada orang terasa, marah atau kecil hati dengan tulisan kita, kita kena la hadap. Blog memang satu medium yang baik untuk kita express our feelings tetapi kita juga perlu tahu the limits. Andainya kita buat ikut suka je, blog is not a good thing anymore.

:)

Tadi call my mom. Dia baru balik dari Cameron Highland. Wah ! Jauh sungguh pergi sambut Mother's Day, hehehe. Saya pon tak penah sampai lagi Cameron tau. Hujung minggu sebelum general election tu dah pergi Perak, kenduri bertandang my cousin yang dapat orang Perak. Ni, hari Rabu ni nak ke Singapura pulak rumah my sister sebab anak my sis ....err, my niece la kan convo. Dapat la my mom tengok cucu sulung dia convo. Busy sungguh my Ma and Abah ke sana ke mari. Dah macam YB plak melawat kawasan. Hihihihi. Kuat sungguh berjalan. " Lepas ni nak gi mana plak Ma ? " saya tanya sambil ketawa2, Ma pon turut ketawa dan di hujung telifon sayup2 dengar suara Abah menjawab.... " nak pegi Padang (Indonesia) pulok !" . Tudiaa...berjalan sungguh Ma dan Abah dua sejoli ni ! Apa pon, I'm really happy for my mom and abah. When we were younger and still small, my mom never had the chance of going here and there for jalan2. Jangan harap la nak berjalan2 sebab anak2 ramai , umu