Posts

Macam2 ragam maknosia....

Image
BUTTERWORTH – Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah. Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. “Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak  pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan dari saya dan keluarga untuk seluruh muslimin dan muslimat. Maaf lah, sejak dua menjak ni agak tak berapa rajin nak update blog, hehehe.. Alhamdulillah, setakat hari ni baru sekali kami berbuka di luar. Tu pon sebab tak sempat nak masak kerana dok siapkan orde kek orang. Yer, puasa2 ni tempahan kek tetap di buka macam biasa, tade cuti2. Bazaar Ramadhan pegi jugak, tu pon sebab nak beli air tebu yang wajib ada tiap kalu berbuka...pastu beli la jugak tau fu fa ke..kuih2 memang tak beli sangat lah. Kalau berbuka pon biasa nya ala kadar je....setakat ni dah buat Nasi Arab, Mee Kari, Mee goreng, Nasi Minyak....(nasi putih toksah cakap la...hehehe). Kuih pon tak buat sangat....buat yang senang and cepat siap je, macam goreng pisang cheese, bubur pulut itam ke..serikaya ...gitu lah. Tapi...bila dah nak dekat berbuka tu..tengok2 kat meja penuh juga dengan macam2 kuih dan juadah lain...hasil sedekah dari jiran2. Kat taman sini memang begitu dah adat nya setiap kali Ramadhan,

Minangkabau Cuisine, Kota Kinabalu.

Image
Semalam Cik Abang ajak ke KK, nak hantar borang nak mintak tiket free kekdahnya. Aduhaii....baru nak hantar borang haa..orang lain dah dapat waran dah pon. Lupa pulak nak tengok tarikh untuk balik tu Cik Abang isi berapa haribulan. Pergi kali ni bawak Nana and Kak Chik. Kak Chik demam sebenarnya tapi sebab tak ada orang yang boleh nak jaga and tunggu budak2 ni kat rumah maka terpaksa la heret je sekali pegi KK demam2 pon. Sempat la berhenti kat tepi jalan sekali bersihkan muntah Kak Chik. Dah selesai hantar borang kami singgah rumah di UCA2 kejap. Boleh la rehat2 luruskan tulang belakang. Hehehe. Lepas dah selesai solat apa semua kami pon balik la....tapi singgah dulu cari barang2 kek sikit. Yela...alang2 dah turun KK ni kan. Selesai cari barang kek Cik Abang pon beriya la ajak saya makan. Dari hari tu lagi dia dok cerita kat saya pasal tempat makan yang baru dia pegi masa bertugas untuk SAGA baru2 ni lah. . Kawan sewasit juri nya jugak yang bawak..so dia memang dah janji kalau ke KK n

Honeymoon

Saya teringin la nak pergi berbulan madu. Sejak saya dan suami berkahwin almost 13 years ago kami tak pernah pegi berbulan madu berdua. So sekarang ni since anak2 pon dah besar memang teringin nak pergi honeymoon ni. Tader la nak pegi jauh2 pon, dekat2 pon boleh....asal berdua . Pergi Kundasang je pon ok jugak ! Atau pon kalau time kami balik Semenanjung tu dapat pergi berdua ke Pantai Cherating pon dah ok rasanya...ehehe....tak pon pegi Pulau Perhentian ke....haa...tengok my cousin pegi Pulau Perhentian bestnye lah ! Cantik sungguh pantai dan air laut nya amat la jernih. Tapi kalau ke Perhentian Island tak bawak anak2 macam tak best plak sebab anak2 pon belom sampai jugak lagi...jadi macam tak best plak tinggal anak2. Tapi pernah la pergi tido di hotel berdua je dengan suami 2 tahun lepas. Alaa..hotel kat Keningau ni je pon...masa tu Cik Abang kena bertugas untuk Sukan Sabah la jugak....so wasit2 ni dapat la bilik penginapan kat hotel...so hari last tu wasit yang dok sebilik dengan my

Angau

Sejak dua menjak ni dada asyik berdebar je. Hati ni pulak asyik berasa rindu je.  Setiap hari selalu rasa macam tak sabar nak berjumpa. Apelah maksudnya semua ini? Aduhai.......l

My routine

Image
Begini la saya setiap hari...bermain dengan senjata. Hehehe. Dengan tepung, krim....kadang2 tu memang rasa macam penat sangat bila order penuh, tapi bila dapat menghias2 kek tu hilang rasa penat datang rasa seronok dan enjoy dapat mekap2 kek dan hias kek cantik2.....

Cuti Dah Habis.

Image
Apa khabar semua...? Nampaknya cuti sekolah sudah pon sampai ke penghujung nya. 2 minggu cuti ni saya tak ke mana2, Owh, ada la pegi KK sekejap. Tu pon tak sempat nak bawak anak2 jalan2 pom, huhuhuh. Tapi adik saya dari Sandakan ada datang. Suka nya lah ! Sebab dapat jumpa anak2 sedara yang sedang melasak dan membesar dengan cepat sekali. Tapi tu la, diaorang datang Keningau pon kami tak dapat bawak ke mana2 sebab my cik Abang pon sibuk sepanjang cuti sekolah ni sebab kena bertugas sebagai Wasit untuk Sukan Sabah ( SAGA) .Lagipon sepanjang cuti ni saya banyak order kek, kek kawin, kek birthday...memang tak menang tangan melayan order sampai ada yang terpaksa saya tolak, especially order yang last minute....huhuhuh... Tabik spring saya hadiah kan kepada adik ipar saya Hisyam sebab akhirnya dapat juga drive all the way from Sandakan to Keningau. Ikut jalan Kimanis lagi tu. Hehehe. Bukannya apa, biasa nya bagi orang yang first time datang Keningau biasa nya tak berani nak lalu ikut ja

There's always a limit.

Alahai, dah lama tak update blog. Hari tu beriya2 suruh my cousin Adrina update blog dia. Sekarang ni dia pon dah kemaruk update blog dah jadinya, saya pulak yang jadik malas, hahahaha. Actually, bukanlah tak ada idea atau cerita atau luahan yang boleh ditulis. Banyak juga kadang2 tu, cuma tak semua perkara atau cerita yang boleh kita publish atau berkongsi dengan seluruh dunia. Ada perkara yang patut kita pendam sahaja di dalam hati, ada juga perkara yang kita boleh kongsi dengan orang2 tertentu sahaja. Jika kita fikir "Ehhh! Ni blog aku, suka hati aku la nak tulis apa!" ,ehh, boleh je nak fikir gitu tapi kita juga harus tahu apa jua kesan dari tulisan kita tu kena la kita tanggung. Sama ada orang terasa, marah atau kecil hati dengan tulisan kita, kita kena la hadap. Blog memang satu medium yang baik untuk kita express our feelings tetapi kita juga perlu tahu the limits. Andainya kita buat ikut suka je, blog is not a good thing anymore.

:)

Tadi call my mom. Dia baru balik dari Cameron Highland. Wah ! Jauh sungguh pergi sambut Mother's Day, hehehe. Saya pon tak penah sampai lagi Cameron tau. Hujung minggu sebelum general election tu dah pergi Perak, kenduri bertandang my cousin yang dapat orang Perak. Ni, hari Rabu ni nak ke Singapura pulak rumah my sister sebab anak my sis ....err, my niece la kan convo. Dapat la my mom tengok cucu sulung dia convo. Busy sungguh my Ma and Abah ke sana ke mari. Dah macam YB plak melawat kawasan. Hihihihi. Kuat sungguh berjalan. " Lepas ni nak gi mana plak Ma ? " saya tanya sambil ketawa2, Ma pon turut ketawa dan di hujung telifon sayup2 dengar suara Abah menjawab.... " nak pegi Padang (Indonesia) pulok !" . Tudiaa...berjalan sungguh Ma dan Abah dua sejoli ni ! Apa pon, I'm really happy for my mom and abah. When we were younger and still small, my mom never had the chance of going here and there for jalan2. Jangan harap la nak berjalan2 sebab anak2 ramai , umu

PRU13

Hari ni Ahad, 5 Mei 2013 semua rakyat Malaysia yang sudah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya akan keluar mengundi beramai2 untuk kali ke-13. Undi la dengan bijak.

Branded Handbags/ Purses

Image
Anda peminat beg tangan berjenama ? Coach ? LV ? Gucci ? Kini anda boleh mendapatkan dengan harga yang murah ! Anda cuma pilih warna kegemaran anda dan terus membuat tempahan ! Lihatlah contoh2 bag yang telah di tempah ..... V   V   V   V   V   V   V   V   V   V   V   V   V   V   V   V   V   V     Hahahaha, ini anak den punyo kojo la neh ! Anak nombor 2. Siap letak price tag lagi tuh, Awak semua jangan marah yer.......

Elvis Presley's Sandwich

Image
Dah lama dah nak makan ni sebenarnya tapi selalu la tak cukup bahan. Kadang2 roti ada tp pisang tak ada. Kadang tu pulak pisang dah ada, roti dengan peanut butter pulak tak ada. Kalau dah tak ada rezeki nak makan macam tu la kan ? Nama benda alah ni Peanut Butter Banana Sandwich atau pon nama glemer dia Elvis Presley's sandwich sebab nya ini adalah sandwich kegemaran Elvis. Akhirnya semalam dapat jugak makan. Dah beli pisang berangan siap2, pastu roti pon dah beli jugak dengan peanut butter nya sekali. Balik je dari KK terus pegi dapur tengok2 roti cuma tinggal 2 keping je. Pisang pon tinggal 2 bijik je....Alahai....tak apa lah. Janji dapat makan. So buat la .... Sekali anak2 tengok semua pakat nak terai....padahal sebelum ni diaorang semua mana la suka makan peanut butter, tengok mak letak pisang kat dalam and roti pon nampak garing serta rangup semua la pakat nak terai. Bagi la setiap sorang rasa sikit. Dah semua pakat suka la pulak...suruh Mak buat lagi. Biasa la kan...benda y

Berdua denganmu.

Baru2 ni saya ke KFC berdua sahaja dengan suami. Lepas dah dapat order kami pon duduk la di meja kecik sesuai untuk dua orang ,duduk saling mengadap. Tiba2 lalu seorang kenalan suami dan menegur kami berdua..... " Wah....romantiknya. Berdua je ? " , Suami mengangguk, saya pula cuma tersenyum sahaja. Actually, ini bukanlah kali pertama kami keluar berdua. Malah boleh di katakan kami sentiasa keluar berdua hampir setiap hari . Tambahan pula suami saya kalau ada urusan sekali pon lebih gemar membawa saya bersama. Kalau tiada urusan pon suami saya memang akan pastikan sekurang2 nya 2  kali seminggu kami berdua mesti kluar berdua. Bukan pegi mana2 pon, pegi minum2 he, duduk2 bercerita....sambil pegang henfon masing2 and melayari Facebook. Kuik kui kui  .Hatta nak mengopi dengan kawan2 dia pon dia akan bawak saya bersama. Kadang2 malu juga saya sebab saya sorang je perempuan, suami saya sorang je yang bawak isteri , sedangkan kawan2 dia semua datang sorang, single. Paling2 pon b

Al- Fatihah.

Hari Sabtu baru2 ni saya mendapat berita bahawa one of the teachers here - Cikgu Muji telah diserang strok. Saya kenal gitu2 je dengan beliau. Tapi encik suami memang kenal la dengan dia walau pon tidak rapat mana ....tambahan pula dia juga orang Kelantan. Sesiapa yang biasa melihat dia memang tahu dia memang sempoi orang nya. Selalu bermotosikal je ke mana2. Maka semalam, hari Ahad saya dan suami pergilah ke hospital melawat beliau. Ramai kawan2, kenalan yang datang melawat, namun sayangnya, beliau tidak dapat melihat semua tu kerana tidak sedar diri . Ketika itu kakak beliau yang baru sahaja sampai dari Kelantan yang menjaganya sementara isteri beliau balik ke rumah sekejap. Hari ini, Isnin saya mendapat berita bahawa Cikgu Muji telah pon kembali ke rahmatullah kira2 jam 11.30 pagi tadi. Walaupon kami semua tidak lah begitu terkejut dengan berita itu namun kami semua tetap berasa sedih dan kehilangan. Semuanya berlaku begitu pantas. Jenazah arwah akan diterbangkan balik ke Kelantan u

My plain and dull blog

Saya ada terbaca somewhere pasal this blogger ni kata ada orang bagitahu dia tulisan di blognya semakin lama semakin plain and dull, tak macam dulu. And she admitted it. Dia kata dia pon perasan yang tulisan nya sudah tidak berapa menarik, tak macam masa dia dok di oversea dulu.Masa dia dok oversea dulu dia kata dia boleh buat macam2, ada macam2 aktiviti, ada banyak tempat2 menarik tak macam di Malaysia. So it made me think.......i have been living in Malaysia all my life so my life must be boring la kan? Apa lagi saya cuma seorang surirumah maka tentula double the dullness la kan? Pada pendapat saya...di mana kita tinggal bukanlah faktor utama yang membuatkan kehidupan kita menjadi menarik atau in this case faktor yang menjadikan sesuatu blog tu menarik. Kita yang tentukan sama ada ia akan jadi menarik atau sebaliknya.  Saya bagi contoh blog kakak saya Ramizah ....dia tidak tinggal di luar negara (pergi ke luar negara tu biasa la kan) tapi entry2 dia di blog sangat menarik dan berke

Today's breakfast

Image
Pagi ni mula2 mak ingat nak buat pancake for breakfast, pastu rasa macam malas plak. Hahahah. Saborjelah ye anak2 dapat mak pemalas.....  Last2 mak goreng fries dan 4 batang sosej.  Sosej tu cukup untuk anak2 sorang satu. very unhealthy breakfast. tak apa lah.

Cerita Roti Jala

Image
Apa khabar semua ? Wah ! Baiknya Mak hari ni siap bertanya khabar. Hehehe. Tak apa la kan. Apa nak cerita ni ya....Oooo...baru ingat. Hari tu Mak terasa nak makan roti jala. So tenghari tu mak masak la kari ayam, plan nya nak makan roti jala tu for dinner, tengahari makan nasik. Sekarang ni Mak dah boleh masak dah. Alhamdulillah tak ada alahan sangat. Gitu2 je. Tapi boleh di katakan macam tak alah langsung dah. Tapi my cik abang masih mengalami alahan. Hihihihi. Kesian dia. Sekarang ni dia dah tak boleh minum teh ke, kopi ke, milo ke...yang ada campor susu nanti dia rasa loya2 dan muntah2. Aduhai....so sekarang ni kat rumah kena sentiasa ada stok air buah..macam air Tropicana Twister tu....haaa...kalau gi minum kat kedai pon mesti dia order air tembikai atau pon fresh orange. Eh, cerita pasal benda lain pulak. OK, berbalik kepada cerita Mak nak makan roti jala tu kan...so malam nye lepas solat Maghrib mak pon masuk la dapor nak buat roti jala. Walau pon masa tu perut Mak memang d

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak

Image
Hari tu mak letak gambar mak masak asam pedas kat Facebook....dah ramai la plak yang mintak resepi. Jadi untuk menyenangkan kerja Mak maka Mak update kat blog je.....senang kan ? Semua orang boleh tengok dan rujuk. Semua orang yang tak mintak resepi pon boleh rujuk juga.... Tapi sebelum Mak taip resepi nya bagi la can nak membebel dulu.....hehehe. Sebelum ni Mak masak asam pedas ikut cara my mak mertua masak. Simple je, tak der letak daun kesum or bunga kantan. Tapi sedap. Tapi lepas tu mak guna pulak resepi lain yang letak belacan, bunga kantan dan daun kesum....sedap jugak ! Pastu Mak makan pulak asam pedas kat rumah abang ipar....wangi betul asam pedas dia.....rupanya dia letak daun kari ! Menarik kan ? So lepas tu asal mak masak asam pedas Mak pon letak jugak daun kari...dan resultnya memang sedap lah ! So kesimpulan yang dapat mak buat ialah...memang Mak masak sedap lah , no matter what the recipe is, Hahahaha. Jangan marah yer..... OK lah, mari kita tengok resepi Asam Pedas ni ye

Cerita Satay.

Image
Saya teringat masa saya kecik2 dulu....kalau Abah beli sekali sekala beli satay punya la seronok ! Memang tak sabar2 nak makan tapi sebelum makan Ma saya akan bagi2 dulu siap2 berapa cucuk sorang. Bukan boleh makan suka2 hati. Yelah...adik beradik saya kan ramai...jadi to make sure that semua orang dapat makan sama banyak so kena la bagi siap2 berapa cucuk sorang. Biasanya setiap dari kami akan dapat makan kira2 4 cucuk seorang. Puas tak puas ke....itu je lah yang semua orang dapat. Hehehe. Kalau beli burger pon macam tu jugak,...burger sebijik, potong 4, bagi2 la sebiji untuk 4 beradik. Maka ramai la yang nak kongsi dengan adik kami yang paling kecik yang memang makan tak banyak. Hehehe. Dengan harapan kalau adik tak habis bahagian dia....kami boleh tolong habiskan. Hiihihihi.... Kami memanglah bukan orang senang...tapi kami juga bukan orang susah. Tapi kami adik beradik cukup makan pakai dan pelajaran. Alhamdulillah..... Terima Kasih Ma dan Abah......

:)

Image
Assalamualaikum semua.  Owh, lama sungguh saya tak update kan ? Tak tahu la kenapa, tak ada idea mungkin juga tapi lebih kepada tak sempat sangat nak mengadap laptop dan mengarang bagai sekarang ni. Setakat bukak fesbuk kejap2 di tablet ok la ...cek2 status orang, tengok gambar orang. nak wat status sendiri pon malas. NI pon sambil2 tengah tungguh kek kat oven masak nih.Actually saya nak bagi tahu ni sebenarnya..... Yup. I'm now 8 weeks pregnant. Alhamdulillah.... Tapi tak pegi klinik lagi, tak buat kad pon lagi...tunggu la bulan depan ke. Kang orang kata bersungguh sangat plok. Hehehe. Since dah lama tak berbadan dua ni...so bila pregnant skang ni rasa macam pregnant sulung plak. Alahan tader sangat, masih boleh di kawal cuma skang ni lebih banyak evening sickness dari morning sickness. Asal dah petang je letih, tak boleh masuk ke dapor...nampak je dapor terus rasa kembang2 tekak....aduhai...ape jenis alahan la kan ? Skang ni suka makan dan minum jus tembikai. Tak ord