Posts

:)

Tadi call my mom. Dia baru balik dari Cameron Highland. Wah ! Jauh sungguh pergi sambut Mother's Day, hehehe. Saya pon tak penah sampai lagi Cameron tau. Hujung minggu sebelum general election tu dah pergi Perak, kenduri bertandang my cousin yang dapat orang Perak. Ni, hari Rabu ni nak ke Singapura pulak rumah my sister sebab anak my sis ....err, my niece la kan convo. Dapat la my mom tengok cucu sulung dia convo. Busy sungguh my Ma and Abah ke sana ke mari. Dah macam YB plak melawat kawasan. Hihihihi. Kuat sungguh berjalan. " Lepas ni nak gi mana plak Ma ? " saya tanya sambil ketawa2, Ma pon turut ketawa dan di hujung telifon sayup2 dengar suara Abah menjawab.... " nak pegi Padang (Indonesia) pulok !" . Tudiaa...berjalan sungguh Ma dan Abah dua sejoli ni ! Apa pon, I'm really happy for my mom and abah. When we were younger and still small, my mom never had the chance of going here and there for jalan2. Jangan harap la nak berjalan2 sebab anak2 ramai , umu

PRU13

Hari ni Ahad, 5 Mei 2013 semua rakyat Malaysia yang sudah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya akan keluar mengundi beramai2 untuk kali ke-13. Undi la dengan bijak.

Branded Handbags/ Purses

Image
Anda peminat beg tangan berjenama ? Coach ? LV ? Gucci ? Kini anda boleh mendapatkan dengan harga yang murah ! Anda cuma pilih warna kegemaran anda dan terus membuat tempahan ! Lihatlah contoh2 bag yang telah di tempah ..... V   V   V   V   V   V   V   V   V   V   V   V   V   V   V   V   V   V     Hahahaha, ini anak den punyo kojo la neh ! Anak nombor 2. Siap letak price tag lagi tuh, Awak semua jangan marah yer.......

Elvis Presley's Sandwich

Image
Dah lama dah nak makan ni sebenarnya tapi selalu la tak cukup bahan. Kadang2 roti ada tp pisang tak ada. Kadang tu pulak pisang dah ada, roti dengan peanut butter pulak tak ada. Kalau dah tak ada rezeki nak makan macam tu la kan ? Nama benda alah ni Peanut Butter Banana Sandwich atau pon nama glemer dia Elvis Presley's sandwich sebab nya ini adalah sandwich kegemaran Elvis. Akhirnya semalam dapat jugak makan. Dah beli pisang berangan siap2, pastu roti pon dah beli jugak dengan peanut butter nya sekali. Balik je dari KK terus pegi dapur tengok2 roti cuma tinggal 2 keping je. Pisang pon tinggal 2 bijik je....Alahai....tak apa lah. Janji dapat makan. So buat la .... Sekali anak2 tengok semua pakat nak terai....padahal sebelum ni diaorang semua mana la suka makan peanut butter, tengok mak letak pisang kat dalam and roti pon nampak garing serta rangup semua la pakat nak terai. Bagi la setiap sorang rasa sikit. Dah semua pakat suka la pulak...suruh Mak buat lagi. Biasa la kan...benda y

Berdua denganmu.

Baru2 ni saya ke KFC berdua sahaja dengan suami. Lepas dah dapat order kami pon duduk la di meja kecik sesuai untuk dua orang ,duduk saling mengadap. Tiba2 lalu seorang kenalan suami dan menegur kami berdua..... " Wah....romantiknya. Berdua je ? " , Suami mengangguk, saya pula cuma tersenyum sahaja. Actually, ini bukanlah kali pertama kami keluar berdua. Malah boleh di katakan kami sentiasa keluar berdua hampir setiap hari . Tambahan pula suami saya kalau ada urusan sekali pon lebih gemar membawa saya bersama. Kalau tiada urusan pon suami saya memang akan pastikan sekurang2 nya 2  kali seminggu kami berdua mesti kluar berdua. Bukan pegi mana2 pon, pegi minum2 he, duduk2 bercerita....sambil pegang henfon masing2 and melayari Facebook. Kuik kui kui  .Hatta nak mengopi dengan kawan2 dia pon dia akan bawak saya bersama. Kadang2 malu juga saya sebab saya sorang je perempuan, suami saya sorang je yang bawak isteri , sedangkan kawan2 dia semua datang sorang, single. Paling2 pon b

Al- Fatihah.

Hari Sabtu baru2 ni saya mendapat berita bahawa one of the teachers here - Cikgu Muji telah diserang strok. Saya kenal gitu2 je dengan beliau. Tapi encik suami memang kenal la dengan dia walau pon tidak rapat mana ....tambahan pula dia juga orang Kelantan. Sesiapa yang biasa melihat dia memang tahu dia memang sempoi orang nya. Selalu bermotosikal je ke mana2. Maka semalam, hari Ahad saya dan suami pergilah ke hospital melawat beliau. Ramai kawan2, kenalan yang datang melawat, namun sayangnya, beliau tidak dapat melihat semua tu kerana tidak sedar diri . Ketika itu kakak beliau yang baru sahaja sampai dari Kelantan yang menjaganya sementara isteri beliau balik ke rumah sekejap. Hari ini, Isnin saya mendapat berita bahawa Cikgu Muji telah pon kembali ke rahmatullah kira2 jam 11.30 pagi tadi. Walaupon kami semua tidak lah begitu terkejut dengan berita itu namun kami semua tetap berasa sedih dan kehilangan. Semuanya berlaku begitu pantas. Jenazah arwah akan diterbangkan balik ke Kelantan u

My plain and dull blog

Saya ada terbaca somewhere pasal this blogger ni kata ada orang bagitahu dia tulisan di blognya semakin lama semakin plain and dull, tak macam dulu. And she admitted it. Dia kata dia pon perasan yang tulisan nya sudah tidak berapa menarik, tak macam masa dia dok di oversea dulu.Masa dia dok oversea dulu dia kata dia boleh buat macam2, ada macam2 aktiviti, ada banyak tempat2 menarik tak macam di Malaysia. So it made me think.......i have been living in Malaysia all my life so my life must be boring la kan? Apa lagi saya cuma seorang surirumah maka tentula double the dullness la kan? Pada pendapat saya...di mana kita tinggal bukanlah faktor utama yang membuatkan kehidupan kita menjadi menarik atau in this case faktor yang menjadikan sesuatu blog tu menarik. Kita yang tentukan sama ada ia akan jadi menarik atau sebaliknya.  Saya bagi contoh blog kakak saya Ramizah ....dia tidak tinggal di luar negara (pergi ke luar negara tu biasa la kan) tapi entry2 dia di blog sangat menarik dan berke

Today's breakfast

Image
Pagi ni mula2 mak ingat nak buat pancake for breakfast, pastu rasa macam malas plak. Hahahah. Saborjelah ye anak2 dapat mak pemalas.....  Last2 mak goreng fries dan 4 batang sosej.  Sosej tu cukup untuk anak2 sorang satu. very unhealthy breakfast. tak apa lah.

Cerita Roti Jala

Image
Apa khabar semua ? Wah ! Baiknya Mak hari ni siap bertanya khabar. Hehehe. Tak apa la kan. Apa nak cerita ni ya....Oooo...baru ingat. Hari tu Mak terasa nak makan roti jala. So tenghari tu mak masak la kari ayam, plan nya nak makan roti jala tu for dinner, tengahari makan nasik. Sekarang ni Mak dah boleh masak dah. Alhamdulillah tak ada alahan sangat. Gitu2 je. Tapi boleh di katakan macam tak alah langsung dah. Tapi my cik abang masih mengalami alahan. Hihihihi. Kesian dia. Sekarang ni dia dah tak boleh minum teh ke, kopi ke, milo ke...yang ada campor susu nanti dia rasa loya2 dan muntah2. Aduhai....so sekarang ni kat rumah kena sentiasa ada stok air buah..macam air Tropicana Twister tu....haaa...kalau gi minum kat kedai pon mesti dia order air tembikai atau pon fresh orange. Eh, cerita pasal benda lain pulak. OK, berbalik kepada cerita Mak nak makan roti jala tu kan...so malam nye lepas solat Maghrib mak pon masuk la dapor nak buat roti jala. Walau pon masa tu perut Mak memang d

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak

Image
Hari tu mak letak gambar mak masak asam pedas kat Facebook....dah ramai la plak yang mintak resepi. Jadi untuk menyenangkan kerja Mak maka Mak update kat blog je.....senang kan ? Semua orang boleh tengok dan rujuk. Semua orang yang tak mintak resepi pon boleh rujuk juga.... Tapi sebelum Mak taip resepi nya bagi la can nak membebel dulu.....hehehe. Sebelum ni Mak masak asam pedas ikut cara my mak mertua masak. Simple je, tak der letak daun kesum or bunga kantan. Tapi sedap. Tapi lepas tu mak guna pulak resepi lain yang letak belacan, bunga kantan dan daun kesum....sedap jugak ! Pastu Mak makan pulak asam pedas kat rumah abang ipar....wangi betul asam pedas dia.....rupanya dia letak daun kari ! Menarik kan ? So lepas tu asal mak masak asam pedas Mak pon letak jugak daun kari...dan resultnya memang sedap lah ! So kesimpulan yang dapat mak buat ialah...memang Mak masak sedap lah , no matter what the recipe is, Hahahaha. Jangan marah yer..... OK lah, mari kita tengok resepi Asam Pedas ni ye

Cerita Satay.

Image
Saya teringat masa saya kecik2 dulu....kalau Abah beli sekali sekala beli satay punya la seronok ! Memang tak sabar2 nak makan tapi sebelum makan Ma saya akan bagi2 dulu siap2 berapa cucuk sorang. Bukan boleh makan suka2 hati. Yelah...adik beradik saya kan ramai...jadi to make sure that semua orang dapat makan sama banyak so kena la bagi siap2 berapa cucuk sorang. Biasanya setiap dari kami akan dapat makan kira2 4 cucuk seorang. Puas tak puas ke....itu je lah yang semua orang dapat. Hehehe. Kalau beli burger pon macam tu jugak,...burger sebijik, potong 4, bagi2 la sebiji untuk 4 beradik. Maka ramai la yang nak kongsi dengan adik kami yang paling kecik yang memang makan tak banyak. Hehehe. Dengan harapan kalau adik tak habis bahagian dia....kami boleh tolong habiskan. Hiihihihi.... Kami memanglah bukan orang senang...tapi kami juga bukan orang susah. Tapi kami adik beradik cukup makan pakai dan pelajaran. Alhamdulillah..... Terima Kasih Ma dan Abah......

:)

Image
Assalamualaikum semua.  Owh, lama sungguh saya tak update kan ? Tak tahu la kenapa, tak ada idea mungkin juga tapi lebih kepada tak sempat sangat nak mengadap laptop dan mengarang bagai sekarang ni. Setakat bukak fesbuk kejap2 di tablet ok la ...cek2 status orang, tengok gambar orang. nak wat status sendiri pon malas. NI pon sambil2 tengah tungguh kek kat oven masak nih.Actually saya nak bagi tahu ni sebenarnya..... Yup. I'm now 8 weeks pregnant. Alhamdulillah.... Tapi tak pegi klinik lagi, tak buat kad pon lagi...tunggu la bulan depan ke. Kang orang kata bersungguh sangat plok. Hehehe. Since dah lama tak berbadan dua ni...so bila pregnant skang ni rasa macam pregnant sulung plak. Alahan tader sangat, masih boleh di kawal cuma skang ni lebih banyak evening sickness dari morning sickness. Asal dah petang je letih, tak boleh masuk ke dapor...nampak je dapor terus rasa kembang2 tekak....aduhai...ape jenis alahan la kan ? Skang ni suka makan dan minum jus tembikai. Tak ord

Penghormatan Terakhir.

Jiran sebelah rumah saya meninggal dunia. Itu pon saya tahu setelah saya nampak van jenazah masuk. Maka saya pon tertanya2 la siapa yang meninggal. Setelah di risik2 rupanya uncle yang selalu saya nampak berjalan2 di taman ni.... Saya tak kenal sangat dengan mendiang, tetapi kalau berselisih di jalan mesti kami akan berbalas senyuman.  Jadi bila saya dapat tahu uncle tu yang meninggal ia agak terkesan di hati saya . Maka petang tadi buat pertama kali saya ke rumah mendiang memberi penghormatan terakhir dan itu lah juga kali pertama saya melawat jenazah orang Kristian. Pada mulanya saya memang teragak2 hendak ke sana kerana saya tidak pernah mempunyai pengalaman melawat jenazah orang bukan Islam, Risau juga kalau cara saya tak kena ke atau macam mana ke tambahan pula adalah agak segan nak pergi sendirian. Mujurla petang tadi jiran saya Anis datang ke rumah dan mengajak saya ke sana. Terus la kami berdua ke rumah jiran saya tu. Apabila sampai saya dapati ada beberapa orang tetamu, ada ya

Lembu

Tiap2 pagi bila hantar suami ke sekolah dia ...err....rasanya it's more like I tolong wat balik kereta je sebab hubby yang drive..hehehe. ...ok,sambung, tiap kali ke sekolah cik abang pagi2 mesti akan lalu kawasan kampung......kawasan bendang....memang cool je rasa....dan sepanjang jalan tu memang banyak lembu2 dan juga kuda. Bila dah banyak lembu2 dan kuda2 ni tentu la taik2 lembu dan taik2 kuda pon banyak juga. Tapi bukan itu yang saya nak cerita.....yang saya perasan ni..kuda2 ni tak gemor sangat dok bersantai kat tengah2 jalan...mereka lebih suka dok tepi jalan....in group of course dan bila ada kereta lalu kuda2 ni reti bahasa la jugak nak ke tepi. Tapi kalau lembu2 ni....aduhai....dah la suka berkumpulan, pastu pulak selamba je dok tengah2 jalan. Kereta lalu pon lembu tu buat bodo je....buat tak paham sambil mulut mengunyah2. Memang lembu betul laaa.... Even orang dah hon2 pon masih lagi wat bodo...kita la pulak yang nak kena mengelak... Saya suka la perati muka lembu2 ni....

Kek Butter (Butter Cake)

Image
Kek Butter. Hari tu ada orang mintak dengan saya resepi kek butter ni. Sori la yer kepada yang berkenaan sebab lambat bagi resepi. Kek butter ni bagi saya senang je, sebab ni kira basic resepi la untuk buat kek. Bahan2 pon tak banyak dan tak pelik2. Bahan2: - 200g butter - 200g gula castor (saya guna gula pasir biasa tu jer....) - sedikit esen vanilla -4 biji telur - 270g tepung naik sendiri + 1 sudu kecil soda bikarbonat (ayak bersama) -1/2 tin susu cair. - 2 sudu besar yogurt Cara2: - masukkan butter,gula dan esen vanilla ke dlm mangkuk kemudian putar sehingga kembang, gebu dan berkrim. - setelah itu, pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dlm nya dan putar lagi hingga sebati. -kemudian, masukkan tepung yg sudah di ayak bersama2 soda bikarbonat tadi, berselang seli dengan susu cair dan yogurt sehingga habis. - panaskan oven pada suhu 180'C - griskan loyang bersaiz 9 inci dgn minyak/butter kemudian lapik dgn kertas. - tuangkan adunan kek ke dalam loyang

Sibuk sikit....

Aduhai, sejak skolah dah start ni serius la saya tak sempat nak update blog. Even sehari2 pon rasa terkejar2. Ni semua sejak saya naik pangkat ( eh, ke turun pangkat? hihihhi) kena jadik supir plak. So pagi2 kol 6.30 dah keluar....balik rumah siap2 kan budak kecik dua orang ni pulak....hantar Nana ke Pasti pastu pegi sarapan dengan Yasmin. Yer, Yasmin skang sekolah petang itu yang jadik terkejar2 tu. Nanti balik rumah nak kena buat kek plak...kalau sempat saya masak, kalau tak sempat tapau ajelah jawab nyer. Huhuhu. Sekali sekala menapau tak apa, tapi kalau dah selalu tu bosan juga dan saya rasa tak seronok tak dapat masak sendiri untuk anak2 and incik suami. Kang nanti kol 11.30 ke gitu kuar pulak pegi amek Nana and terusss hantar Yasmin skolah...dan terusss tunggu Sophea and Laila balik sekolah plak sekali harung. Balik rumah setel apa kerja yang kena setel....nanti kol 3 gi amek incik suami plak. Haa...tak ke macam supir tu kan ? Hehehe. Tapi skang ni incik suami soh amek dia kol

HOMESTAY IN KOTA KINABALU, SABAH

Image
(This is a Sticky Post, please scroll down for latest entry, thank you) LOOKING FOR A PLACE TO STAY IN KOTA KINABALU ?? SEARCH NO MORE !  3 BEDROOMS, 2 BATHROOMS HOMESTAY. GROUND FLOOR APARTMENT SWIMMING POOL, 24 HOURS SECURIT , FREE WI-FI 30minutes drive from Kota Kinabalu Airport 10minutes drive to city centre 5 minutes drive to 1Borneo, UMS, UITM, Politekn i k Kota Kinabalu, Gayang Seafood Restaurant, Salut Seafood Restaurant, easy access to Kundasang PROMOTION RATE : RM150/night ONLY ! CALL NOW ! EARLY BOOKING IS A MUST ! 014-5691618

Yasmin Goes To School!

Image
Yasmin  with her friends ( Zafira and Arina)  who went to the same kindy with her. Yup! My 3rd daughter Yasmin is now in her Primary 1. Ahh...how time flies so fast. I still remember writing an entry about her birth 7 years ago in this blog and now she's going to school !  She is a big girl now. Luckily that I have my two elder daughters studying at the same school in the morning session so I can count on them to look on Yasmin .

Konflik nak tengok tv ?

Baru2 ni saya terbaca status seorang kenalan bertanya macam mana nak kawal anak2 menonton tv. Terus saya teringat dekat anak2 saya. Anak2 saya berebut jugak tengok tv...biasa nya berebut2 sesama diaorang la....biasa nya kalu depa bergadoh2 saya kasi letop je tv tu....senang. Semua orang toleh tengok. Hahaha. Gile ape nak letup tv ? Tu le satu2 nya tv yang kami ada. Tade dah tv lain dah. Kalau diaorang bergadoh nak tengok tv biasa nya yang terpaksa mengalah yang kakak2 laa.....tapi kadang2 adik2 pon kena mengalah juga. Cuma memang dah diajar atau dilatih kalau Ayah ada kat rumah anak2 suka atau tidak suka kena layan je ape je channel yang Ayah tengok. Bola sepak ke...golf ke...wrestling ke....dart ke....korang tengok ajela walaupon tak faham, tengok ajelah walaupon tak suka...kalau tak suka juga, jangan tengok ! Hehehe. Bukan anak2 je, Mak pon kena la jugak layan...tapi bagus jugak, mak sekarang dah faham sukan golf macam mana, kiraan markah sukan dart pon mak dah faham....apa beza bill

I guess, it's in my blood.

Image
Sejak balik dari kampung hari ni baru la saya masak. Hehehe. Apa la pemalas sangat saya ni kan. Cuba la contohi Ana Suzana tu....pegi holiday ke Paris pon siap bungkus bawak 'dapor' dia dalam beg haaa...gigih sungguh. Kalau saya tader laaa...sila la dok diam2 kat umah ye dapor...tak kuasa saya nak hangkut semua bawak pegi holiday. Hehehe. So tengahari tadi saya masak lauk Sardin Cap Ayam dengan telur dadar je....tapi makan sungguh la berselera. Sekali sekala makan lauk macam ni memang sedap kan ? Malamnya pulak saya buat daging goreng. Letak bawang besar, letak kacang panjang...pastu makan panas2.  Itula lauk semata tapi semua habis licin ! Bangganya la dengan diri sendiri.  Nasi kat periuk pon habis ....baguss...tiada pembaziran. Hihihi. Saya ni... kalau buat daging goreng ni....mesti teringat dekat mak mertua saya. Dia sangat la suka makan daging goreng yang saya buat ni. Baru2 ni masa balik kampung pon saya ada masakkan untuk lunch...punya la berselera mak me