Posts

Tader Idea.....

Image
Ish....memang tader idea langsung nih! Tapi tak per la...aku taip jela aper yg terlintas kat kepala. Kalu ikutkan hati memang malas lagi nak update blog nie, tapi tu la...peminat2 pon dah bising...bila nak update blog,bila nak update blog....sampai ada yg tinggal kan message kat YM lagi tuh....(kha!kha!kha!).Eceh! Peminat la konon....hihihi. Anyway, semalam tader buat aper pon. Biasa2 jer cumer on Saturday tu jiran baru sebelah rumah ni kawin. Dr.Zulfadhly namanyer. Dia orang Selangor, doktor perubatan dekat Hospital Keningau ni.....isteri dia pulak keje nurse kat spital tu jugak, orang Kudat. Nama baru dia Nurul Wafa'.....lembut jer nama...pandai Dr.Zul pilihkan nama ( I assumed dia la yang pilihkan) , sesuai dengan orang nyer pon yang lembut. Ramai jugak la jemputannyer. His reception tu kitaorang gotong royong buat sama2. Actually, parents Dr. Zul pun ada jugak datang sini, but most of the preparations kami yang tolong handle. Simple je majlis, tapi meriah. Alhamdulillah.... Har

Click! Click!

Image
hei budak kecik...wat aper tue......? hehehe...... Gotcha!

Sian anak mak...

Image
Kelakar ada...kesian pon ada. Ni gambar Laila on her first day back from school. Lepas balik sekolah aku suruh dia makan nasik, coz lepas tu nak mandi and siap2 nak gi ngaji pulak. Alih2..aku tengok..dah ZZZZZZZZZZ.......hehehe...Angah,Angah....

Musim Demam agaknyer....?

Well, hari ni Laila pulak yang demam. Minggu sudah aku sendiri yang demam, pahtu Ayang aku pulak...kena cirit birit lagi tu, sekarang ni Laila pulak. Aduhai....tak pegi sekolah la dia hari ni. Oh! By the way, lupa nak bagi tahu that Laila pun dah mula tadika. Semalam la start pegi sekolah .Seronok sungguh dia. Hehehe.....aku cuma risau takut2 dia kencing kat seluar jer. Jenuh la cikgu dia nak handle tapi tu la aku dah pesan dekat Sophea, pukul 3 tolong bawakkan Angah pegi toilet, kencing and she did as I told. Alhamdulillah..legaaa. Hehehe...Nasib baik la Sophea ni bulih diharap jugak la. Well, hari ni nak cerita pasal aper yer? Owh..semalam jumpa ada member (member?) dari Bincang.Net (BDN) - Asriey. Actually tak kenal pon dia. ...sekali dekat BDN tu ada sorang forummer ni nak tny maklumat macam mana nak ke KEningau. So aku pon respon la....yelah, dah aku mmg dok Keningau and of course tahu selok belok nya so aku respon la kan. So on the day dia datang Keningau tu my Ayang pon tanya la

Subhanallah...

Malam ni ntah kenapa tiba2 jer aku teringat kat dua orang arwah pakcik aku- Arwah Ayah San and Arwah Ayah Soh . Ayah San is my uncle belah my mom, and dia meninggal tak silap aku sometime in April, 2005 mana kala Ayah Soh plak was my father's younger brother and he died last year and both of them died because of heart problem. What a coincidence. Masa balik Kelantan tahun lepas bila borak2 dengan Ma, mesti keluar cerita2 lama....macam2 cerita termasuk la cerita masa Ayah Soh nak meninggal. Ayah Soh aku ni bekas pesara tentera, lepas dia bersara dengan tentera dia jadik drebar untuk TNB plak, walaupun dia hanya seorang driver but dia pandai bab buat2 wyring ni. Kita orang dulu2 kalu nak buat wyring kat umah mesti panggil Ayah Soh tulung buat. Kemudian setelah berkhidmat dengan TNB for years sampai la masa untuk bersara lagi. Kali ni kiranya memang bersara betul la....dah sampai tahap bersara wajib la. Lepas dia bersara dengan TNB Ayah Soh buat bisnes sendiri, bisnes makan2....he ha

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Image
Akhirnya Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji muncul lagi pada tahun 2006 buat kali ke-2. Aku frust jugak sebab hasrat aku nak beraya haji dengan keluarga di Kelate masih belum kesampaian. Mudah- mudahan tahun depan kalau ada rezeki boleh la kami sama menyambut AidilAdha di Kelate. Menu Hari Raya.... Apa-apa pun raya di Keningau ni pun tak kurang meriah nya. Aku memang plan raya pertama aku tak mahu bukak pintu, hihihi...aku yang nak berjalan beraya ke rumah kawan2, but tu la...pagi2 lagi Si Nor datang rumah. Aku masa tu dah la tak mandi lagi, pakai baju pun masa tu terbalik pulak (orang kata nak dapat duit, hihihi...yeker? ) . Tapi orang dah datang takkan la aku nak halau balik lagi pun yang datang tu Nor, so aku tak la segan sangat. Pagi tu aku cumer goreng pisang buat sarapan, so saper2 yang datang tu makan pisang goreng jelah. Lepas Nor datang sekali Za (Rashid) pulak datang.....pastu Anis, Siti, Kak Aton and Kak Shidah, wah..berderet2 la pulak! Muahaha.....diaorang sumer k

Hari ni......?

Image
Well, hari ni macam hari2 biasa gak.....masak...basuh baju....cumer tu la, baju tak kering2 pasal asyik hujan jer dari pagi. Panas sekejap, pastu hujan balik. Baru jer aku habis sidai baju tak sampai setengah jam hujan dah turun...adoi.....leceh betul! Anyway, tadi tengah hari masak kangkung goreng belacan ,goreng ayam and buat sambal belacan ikan bilis. Sophea makan dengan berselera sekali ! Petang nyer aku goreng pisang . Malam pulak pegi rumah Cikgu Ali and isteri dia Cikgu Charlotte kat Taman MDK , dia ada buat open house sempena Christmas and New Year. Balik dari sana aku terus buat biskut semperit...hehehe.....tak puas makan kat rumah mertua hari tu so tu yang aku nak buat jugak tu. Lagi pon masa first time buat hari tu tak berapa jadik, adunan nyer macam lembik skit. And Alhamdulillah kali ni aku buat jadik! Anak2 pun suker makan. Kalu sempat bulih la aku simpan sampai Raya Haji nanti...tu pon kalu sempat la....ntah2 esok dah habis. Sebut Raya Haji ni...aku still tak tahu nak m

Home Sweet Home

Image
Picnic at MRSM Kuala Terengganu, hehehe.... Abe Miji with wife, Kak Lah ,n Pak tgh syok tengok TV... I"m back at my home....though it's not my hometown, but it's my home. Apa la aku merepek ni anyway aku balik Keningau on the 22nd of December. Abang Adi hantar kita orang kat KLIA, - thanks abang adi , and our flight transit jap kat Labuan so dapat la aku tengok airport Labuan cemaner....tengah dok upgrade sama macam airport KK jugak, tengah ligat dok upgrade. Tapi tu la nak ambik gambar airport Labuan pon tak boleh la pasal tak boleh nak "ON" kan telefon pasal dok dalam kapal terbang kan...sampai airport KK a friend of ours yang jemput. Alhamdulillah....lega la kalu ada orang jemput, kalu tak memang kena amik teksi la balik Keningau. Balik kampung hari tu memang best......balik Kelantan la lama, dekat sebulan! Pastu baru la balik Pulau Indah. Masa kat Pulau Indah kita orang pegi PD, rumah a friend of ours who used to teach in Keningau and dia dah pindah PD dah. B

Lama sungguh sehh!!!

Image
Waaa...lama sungguh aku tak update blog. Nasib baik password ingat lagi....hehehe. Sejak balik semenanjung ni mana sempat nak update....sibuk2....sibuk makan. Hehehe Anyway aku sekarang kat umah my sister ni..tu yang bulih nak online pon. Aku balik Kelantan dekat sebulan.....jangan marah beb...habis aku laki aku tak kisah, bukan aku mintak balik lamer2 pon..dia yang suker....so aku lagiiiiiiiii lah suker! Hehehe....Anak2 and my hubby dah tangkap lentok dah..letih sangat agaknyer. Anak2 plak penat main air,yelah...nak main air banjir kat Kelantan tak dapat, dapat main air kolam renang pon jadik lah.... Masa kat kelantan hari tu aku sempat pegi majlis kawin a friend of ours yang ngajar kat KEningau jugak - Che' NOr and Syed. Tahniah to both if them. Masa gi kenduri Che' NOr kitaorang makan nasi sambil berendam dalam air hujan! Hehehe...nak wat cemaner,dah namanya musim tengkujuh... Aku nak balik Keningau 22/12 nanti (12 hari jer balik kampung my hubby! hehehe....). Rasa tak saba

Sambungan Sukaneka...

Image
At last....dapat jugak.

Sekitar Hari Sukaneka PASTI (5 November 2006)

Image
Yasmin good girl...tak nangis pon ready to bowl.. "Blow kakak! Blow!"- mak pulak yang over, hihihi. Hihihihihi.....! "hmm...boleh dapat strike ke ni?"

Kisah Untuk Hari Ini

Image
H ari ni aktiviti kami sekeluarga bermula seawal 7 pagi memandangkan hari ni tadika Sophea mengadakan Hari Sukaneka. Actually semalam petang telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah di Perpustakaan Awam Keningau and Sophea dapat 3 hadiah. Hadiah Tempat Ke-2 untuk kelas 5 tahun, Hadiah Untuk Kehadiran Penuh bagi Pelajar Perempuan and lagi satu Cenderahati untuk semua pelajar. Untuk Hadiah tempat Kedua tu memang aku dah tahu sebab dah baca report kad sophea cumer hadiah untuk kehadiran tu la yang suspense skit pasal tak sangka plak bulih dapat sebab Sophea pun ada jugak hari2 tak pegi sekolah.....tp mungkin sebab dialah yang paling banyak hadir ke sekolah tu yang dia dapat tu. Alhamdulillah...even hari terakhir sekolah untuk Tahun 2006 ni pon Sophea masih pegi sekolah. Suka sungguh dia bila 3 kali dapat naik pentas. Aku pon tumpang gembira la.....nak2 plak Ayang aku bila orang sebut nama Sophea- Sophea Munira bt. Mokhsin ..... bangga. Sorila yer..blurr skit..... Untuk sukaneka hari n

Happy Birthday Ayang!!

Image
Ayang memotong kek penyek...hihihi Y esterday November 3rd was my husband's 30th birthday. He kinda excited about his birthday this time because he said that "now I can proudly say that I'm actually 30..."hehehe....punyer la bangga pasal umur dah masuk 30. Macam2. And for his birthday I baked him a cake and decorated it huduh2....hihihi...bukan aper, pasal first time cuber nak decorate kek...itula pasal.Actually I buat 2 biji..satu yang kecik and satu lagi yang besar. Yang kecik tu bulih tahan la ruper nya w/p ad comot2 skit...tp yang besar tu alahai....jadik macam kek penyek! Hahahaha...pasal aku ni la...kemain nak buat 2 layer so bila dok potong2 kek tu...sekali patah! aduhai...tu yang bila letak whipped cream tu..kek tu jadik macam menggelungsur....hehehe...so jadik la macam kek penyek......pennyek pon penyek lah...asal rasa nyer sodap! yang ni yang lawa skit.....tapi comot H ari ni pulak aku buat LAKSAM....hehehe...first time jugak cuber. Ntah kenapa sejak akhir2

mmm...?

Hari ni dah 6 Syawal....and hari jugak la baru lah aku masuk dapur balik. Hihihihi.....mana tak nyer, since Raya Pertama dok pegi berjalan makan macam2 , buat apa nak masak lagi kat umah kan? So hari ni memandangkan tader saper2 yang buat open house so....kena la aku masak. Aku masak sup ekor, begedil daging pahtu goreng telur dadar. Tu je la. Aku ni sebenar nyer jarang beli daging lembu kalu aku beli pon mesti aku beli tulang rusuk ker.....ekor ker...and of course la aku mesti buat sup. Masak biar daging nya betul2 empuk...terlerai dari tulang nyer...uish! Memang best lah! Pahtu kalu ada mihun aku akan buat mihun sup/soto. Anak2 pon suker makan. Tadi sambil dok melayari internet nih...(cewah! Ayat skima la pulak...) aku cari2 la resepi nak buat biskut semperit. Teringin nak buat pulak....orang lain sibuk buat biskut sebelum raya, aku pulak sibuk nak buat biskuer lepas raya. Hehehe.....bukan apa, sebelum raya tu sibuk betul....mana sempat nak menggentel biskut sumer nih. Jadi skang ni

4th Year in a row!

Image
Hehehe....tu la, kali ni memang kali ke-4 berturut2 kami beraya di Keningau. Anyway, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Hari ni dah masuk hari ke-4 kita di bulan Syawal dan semalam, 26/10 merupakan Hari Lahir Laila yang ke-4. We bought her a cake and celebrated at home. Siti dan Hisyam pon dah ke KK semula sebab hari ni diaorang berdua nak pergi ke rumah member diaorang di Kudat pulak. It was fun having them with us. Sejak hari pertama Raya aku ada online jugak...masuk Cari.com tader orang pon....masuk Bincang.net pon gitu gak. Waa....semua orang masih sibuk beraya and most probably all of them are still at their kampung. AKu pulak sejak Raya ni memang tak masak lagi laa....last masak malam raya tu la buat Mee Kari. Pahtu since then tak masak2 lagi lah ni.....asyik dok makan kat umah orang jer, macam2 makan... Nasi Minyak, Nasi Ayam,Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Tomato, Soto.... macam2 lah! Rendang, Nasi Impit dan Kuah Kacang tok sah cerita...almost every house ada menu tu. Pag

Your Wish Is Granted.

Image
Karipap Angah and Kakak...hehehe Ni plak of course la Mak punya... Actually, aku tader idea nak update blog .....tapi memandangkan my cousin sorang ni dok suruh update, update...so aku update jelah. Well, hari ni aku bangun pagi rasa macam nak demam jer badan....kaki ni rasa sejuk jer, pahtu badan pon rasa macam letih, lesu.....lenguh2....aku rasa dahi aku macam panas jer...tp tak lah panas sangat. Tapi tu la....walaupon rasa tak sedap badan kijer kena buat jugak. Tambah2 hari ni dah ada tempahan karipap dan kek coklat so terpaksa la jugak masuk dapur. Kalau tak rasa macam nak baring jer. Sekarang ni pon aku pakai stokin, rasa sejuk sangat kaki nih. Tadi lepas buka suruh Sophea pijak badan ...aduhai....sakit nyer! Berat jugak budak tue. Selalu nyer diaorang dok biasa pijak ayah nyer jer, tak penah pulak piijak aku. Sekejap jer aku suruh Sophea pijak..tak tahan aku! Raya dah makin dekat..tinggal less than a week je lagi. Aku tak prepare satu aper pon lagi. Rumah tak kemas ...menu unt

Salam Aidilfitri buat semua....

Image
Aku nak ucap kan Selamat Menyambut Eid Mubarak buat semua....tahun ni seperti tahun2 sudah aku sambut Hari Raya di Keningau sahaja. Cuma tahun ni rumah kami meriah sikit sebab adik aku dari Sandakan pun akan datang beraya dengan aku sekeluarga . Bercerita tentang persiapan Hari Raya pulak..well, biasa2 jer.....baju raya aku tak tempah baru pon. Entah la, tak teruja sangat nak beli baju baru kecuali untuk anak2 la.....tu yang minggu depan tu kami plan nak pegi KK sambil2 jemput Siti dan Hisyam , sambil2 shopping baju raya anak2. Siti kata Ma pon ada kirim baju kurung untuk Sophea dan Laila.Ma pos kat Siti and Siti akan bawa bila dia datang raya nanti. Alhamdulillah...terima kasih Ma. Ma memang macam tu, tiap2 tahun tak pernah lupa jahit baju kurung untuk cucu2 dia. Walaupun kami tak berkesempatan nak balik beraya tapi Ma tak pernah lupa.....sayang Ma! Anak2 pon sayang jugak kat Nenek diaorang tu. Tu yang tak sabar2 nak balik kampung budak2 nie. Anyway, lagi mengenai persiapan Hari Ra

My Loved Ones....

Image
Laila Amani Sophea Munira Angah, Yasmin and Kakak Kakak And Angah

Cepatnya masa berlalu....

Image
Tepung Pelita......yummy! Hmm..tu la, cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru jer start posa alih2 hari ni dah 2 minggu dah pon. Tak lama lagi raya la pulak. Tadi petang lepas berniaga buka puasa kat rumah jiran depan rumah ni, Anis. Dia buat majlis buka puasa untuk kawan2. Anis buat Nasi Ayam. Kuih pon ada macam2 jenis sumer aku rasa...cik mek molek, murtabak, popia, karipap (karipap aku lerr...hehehe)pulut kuning pon ada! Meriah sungguh lah. Lama la jugak aku lepak2 kat rumah Anis lagi pon aku dah siap2 sembahyang maghrib awal2 lagi so tak der la nak rush2 sangat. Balik umah aku belasah pulat Kuih Tepung PElita.....aduh...sedapnyer. 4 bungkus kuih tepung pelita tu sekejap jer aku habis kan. Hehehe.....lagi pon katKeningau ni time bulan posa macam ni barulah bulih nak merasa macam2 jenis makanan kampung...laksam, Nasi Dagang, Nasi KErabu, Ayam PErcik (aku ler yang jual nyer ...hehehe), Tepung Pelita dan macam2 jenis kuih lagi la. Kalu tak jangan harap la nak jumpa makanan2 ni sum
Image