Posts

Showing posts from 2012

Konflik nak tengok tv ?

Baru2 ni saya terbaca status seorang kenalan bertanya macam mana nak kawal anak2 menonton tv. Terus saya teringat dekat anak2 saya. Anak2 saya berebut jugak tengok tv...biasa nya berebut2 sesama diaorang la....biasa nya kalu depa bergadoh2 saya kasi letop je tv tu....senang. Semua orang toleh tengok. Hahaha. Gile ape nak letup tv ? Tu le satu2 nya tv yang kami ada. Tade dah tv lain dah. Kalau diaorang bergadoh nak tengok tv biasa nya yang terpaksa mengalah yang kakak2 laa.....tapi kadang2 adik2 pon kena mengalah juga. Cuma memang dah diajar atau dilatih kalau Ayah ada kat rumah anak2 suka atau tidak suka kena layan je ape je channel yang Ayah tengok. Bola sepak ke...golf ke...wrestling ke....dart ke....korang tengok ajela walaupon tak faham, tengok ajelah walaupon tak suka...kalau tak suka juga, jangan tengok ! Hehehe. Bukan anak2 je, Mak pon kena la jugak layan...tapi bagus jugak, mak sekarang dah faham sukan golf macam mana, kiraan markah sukan dart pon mak dah faham....apa beza bill...

I guess, it's in my blood.

Image
Sejak balik dari kampung hari ni baru la saya masak. Hehehe. Apa la pemalas sangat saya ni kan. Cuba la contohi Ana Suzana tu....pegi holiday ke Paris pon siap bungkus bawak 'dapor' dia dalam beg haaa...gigih sungguh. Kalau saya tader laaa...sila la dok diam2 kat umah ye dapor...tak kuasa saya nak hangkut semua bawak pegi holiday. Hehehe. So tengahari tadi saya masak lauk Sardin Cap Ayam dengan telur dadar je....tapi makan sungguh la berselera. Sekali sekala makan lauk macam ni memang sedap kan ? Malamnya pulak saya buat daging goreng. Letak bawang besar, letak kacang panjang...pastu makan panas2.  Itula lauk semata tapi semua habis licin ! Bangganya la dengan diri sendiri.  Nasi kat periuk pon habis ....baguss...tiada pembaziran. Hihihi. Saya ni... kalau buat daging goreng ni....mesti teringat dekat mak mertua saya. Dia sangat la suka makan daging goreng yang saya buat ni. Baru2 ni masa balik kampung pon saya ada masakkan untuk lunch...punya la berselera mak m...

Fridge Magnets

Image
  Saya ni kalau pegi berjalan2 memang tak sah kalau tak beli Fridge Magnet. Tak beli benda lain tak apa...janji FM mesti kena beli. Hehehe. Pastu kalau dah beli tu tak la beli untuk diri sendiri je...belikan juga untuk kawan2 rapat ...yelah, buat tanda ingatan. Minat kumpul FM ni memang dah agak lama juga. Tapi sampai satu tahap tu minat jadi turun....tapi masih ada, cuma tak la sedasat dulu. Dulu2 kalau pegi KK wajib memborong FM....eceh..memborong....macam la banyak sangat sekali beli tu...takat beli yang 3 keping 12hengget...bukan memborong nama nya. Hahahaha. So masa ke Singapore hari tu banyak juga beli FM...yang itu berkenan, yang ni pon berkenan, pastu nak kawan yang ni lah, kawan yang itu lah...hahahaha. Pegi USS pon beli jugak walaupon harga nya mahal skit..tapi tak apa lah....lagi pon incik Suami yang bayorkan. Heheheh.....tapi beli untuk diri sendiri je....hehehe. Pastu Cik Abam hari tu ada beli eskerim Magnum 3 batang...dapat la jugak FM bentuk Magnum 3 bijik....

Bersiaran dari Keningau

Image
Alhamdulillah..kami dah selamat sampai Keningau. Yer ,kami memang selalu balik awal skit dari orang lain. Bukan apa, tak suka sangat la balik rapat2 dengan cuti....sebab nanti kalut. Kalut nak kemas, kalut nak prepare hal skolah anak2....serba serbi kalut lah. Kami bertolak dari Kota Bharu 20/12. Tak sempat nak join kenduri aqiqah Ariz anak my 4th sis. Tak apalah. Saya dan anak2 naik flight....incik suami plak drive all the way from KB to KL sebab nak bawak balik kereta. Bila nak balik Sabah ni tak semangat betul nak mengemas kain baju. Tak macam kalau time nak balik kampung ...sangat la semangat ! Hehehe. Nasib baik la flight kol 5.30 petang so pagi tu masih sempat membasuh dan mengeringkan baju. Hahaha. Saborjelah kan ? Kol 3.30 ptg nak turun gi airport kol 1 petang masih gigih keringkan segala baju bajan ...aduhaii....Yer, terpaksa turun awal dari rumah walau pon perjalanan dari rumah ke airport cuma 15 minit sebab nya naik AirAsia. Tahu2 la kan kalau AA ni. Se...

Temasek : A Visit.

Image
Meh la saya cerita masa saya pegi ke Singapura baru2 ni. Sebenarnya dari tahun lepas lagi kami merancang nak ke Singapura tapi tahun ni baru la betul2 jadi.  Anak2 dan Cik Habang memang tak pernah sampai lagi dan saya sendiri pon dah lamaaaa tak ke sana juga. Kami pegi naik keretapi hari Selasa malam Rabu (27/11). Aduhai...keretapi pon kami dah lama tak naik juga. Dapat plak tempat duduk je so lenguh nya boleh tahan la jugak. Kalau dapat tempat tido best la sikit...at least2 goyang2 ketapi tu boleh la kami imagine macam goyang2 tido dalam buaian.  Hehehe. Suami saya bawak mak nya sekali...jalan2 kenal tempat orang. Lagi pon Mak pon tak pernah juga lagi sampai Singapura. Kami sampai di Woodlands Checkpoint pagi2 lagi. My eldest sister, Kakak  and my niece Ann yang jemput and bawa kami balik naik teksi. Sampai rumah Kakak lepas sarapan Cik Habang dan mertau sambung tido. Hehehe. Lepas solat zohor terus kakak bawak kami jalan2. Kat sini kami jalan2 dengan MRT je. OK je...

Lost & couldn't be found

Kesian suami saya kehilangan handphone. Tak pasti pulak tercicir kat mana tapi katanya mungkin hilang di kedai makan tempat dia minum dengan kawan dia. Dah patah balik pegi kedai tu tapi tak ada. Cari2 dekat area parking kereta pon tak ada. Alahai...apa boleh buat. Setakat tu jelah rezeki nya. Handphone tu pon baru setahun lebih dia guna. Sayang tu satu hal, satu hal lagi sebab telifon sekarang ni kan macam laptop kecik yang kita simpan macam2. Ini kali kedua dia hilang handphone. Kali pertama hilang dulu kat rumah mak dia sendiri. Time tengah kenduri kawin abangnya. Yelah, kenduri kan ramai orang...nak2 plak orang yang keluar masuk rumah tu pon ramai. Jadi memang tak boleh nak agak sapa. Tidak mustahil kalau orang yang curi telefon tu adalah salah seorang dari tetamu. Masa tu fon yang husband pakai Nokia 3210. Kira paling up-to-date and canggih dah la masa tu....hahahaha, .korang imagine sendiri la tahun berapa tu yer.....time Nokia masih hot gitu.... Saya pon baru juga kehilangan kas...

:-|

Saya tahu dan sedar...saya bukanlah isteri mahupun ibu yang baik.. ....perempuan cantik jauh sekali...perempuan kaya lagilah tidak...

Bersiaran dari Temasek

Ya, saya di Singapura di rumah kakak sulung saya setelah lebih 13tahun tak ke mari. Sejak balik kampung ni tak update satu apa pon kan? Kat kampung hubby tader internet so nak online guna laptop tak boleh la ...setakat dapat upload gambar and update status kat facebook bolehla guna tablet. Hari ni hari ke-3 di Choa Chu Kang,tak tahu lagi nak ke mana. Semalam kami ke USS dah sehari suntuk.Itu nanti la saya cerita ya.Hari pertama dah jalan2 beli souviners bagai dah...so sudah agak banyak SingDollar yang habis....hehe. Ok, nanti saya sambung lagi ya !

Semoga Bertemu Lagi....

Image
Tuai padi antara masak, Esok jangan layu layuan, Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu rinduan... Kalau ada sumur di ladang, Boleh lah kita menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang,  Boleh kita berjumpa lagi..... p.s : Mak pun turut sedih dan sayu......

PANCAKE !

Image
Today we had pancake for breakfast. Lama dah tak wat pancake. Alih2 pagi ni rajin plak mak nak buat pancake. Mak dan Nana suka makan dengan madu + honey, Sophea and Angah plak suka makan dengan susu pekat manis ( typical Kelantanese, hihihi) ..Yasmin plak tak berapa makan, Hehehe. So she had cereals instead. Mak kalau buat pancake tak pernah guna yang premix. I guna ramuan sendiri. Cewah. Konon la ramuan sendiri dan saya ada satu secret ingredient yang boleh buat kita punya pancake lembut dan gebuss gitu.....macam yang Mc.D punya tu.... Tapi...tak boleh bagi tahu apa dia secret ingredient tu. Ye la..kan nama nya secret...mana bley bagitahu. Hahaha. But, anda jangan risau...kalau ramai yang nak tahu boleh je I reveal the secret. Hehehe.

Cerita Kawin

Musim cuti sekolah juga adalah musim orang kawin. Kalau kat negara lain tak tahu la kalau2 macam ni juga...asal cuti skolah kenduri kawin berderet2. Bila tengok orang kawin ni teringat la masa saya kawin dulu. Kami kawin dulu simple je. Family saya memang tak pernah panggil jemputan sampai seribu orang. Seramai2 adik beradik saya yang 9 orang dah kawin ni paling ramai jemputan pon 500 orang je. Masa saya kawin saya baru keluar U, suami pon baru kena posting. Kad kawin saya print sendiri lepas tu saya fotostat guna kertas kaler2. Pastu saya beli sampul surat kaler putih. Saya kawin tak ada pelamin. Cukup lah dengan bilik pengantin yang di hias sendiri oleh sedara mara, adik beradik ,sepupu sepapat, masing2 mencurahkan idea masing2. Heheh . Cadar, backdrop ( eh yeke org panggil backdrop ?) , pinjam dengan kenalan Ma. Baju nikah pinjam dengan Moksu Na, baju songket pinjam (ke sewa) dengan CheMinah Songket sebab sedara...barang hantaran plak di sponsor oleh adik beradik, sepupu2 dan mak se...

Air Tebu

Image
Saya sangat suka minum air tebu. Nak2 kalau yang baru di mesin dan sejuk2 plak tu. Pergh! Bak macam suami kata ..."masih terasa batang nya...." hahahha. Ini lah gerai jual air tebu yang saya suka singgah beli. Kalau hari tengah panas terik pekena air tebu memang nyaman sekali.  Sebotol kecil 500ml tu di jual RM2, kalau beli botol besar yang 1.5l tu cuma RM5 je. Jimat sikit lah. Boleh kata saya akan beli tiap kalu saya lalu nak balik rumah . Kalau kebetulan ada memang saya akan berhenti beli. p.s : betapa mereka ni berusaha untuk mencari rezeki yang halal..... kan ?

Mode Wakil Rakyat.

Image
Betul la orang kata, banyak berjalan luas pengalaman. Semasa kami berjalan2 ke Brunei melalui jalan darat saya dapat perhatikan perbezaan keadaan jalan raya di Brunei dan Malaysia ( Sabah dan Sarawak) .  Kalau travel ikut udara mungkin kita tak nampak sangat, tapi bila travel ikut jalan darat ni macam2 kita boleh nampak dan perhatikan. Dari Keningau ke Miri kami kena ikut laluan2 ni  Keningau- Sindumin (Sabah)- Merapok (Lawas,Sarawak) - Temburung (Brunei) - Limbang (Sarawak)- Bandar Seri Begawan - Tutong ( Brunei)- Seria (Brunei)- Kuala Belait (Brunei )- Sungai Tujuh ( Miri, Sarawak ) - Bandar Miri. So mahu tak mahu kalau ikut jalan darat memang nak kena keluar masuk Malaysia Brunei lah. Apa yang perhatikan kalau kita drive tu asal kita nampak jalan tu kecik, ada pecah2, jalan nya tak rata, tiada lampu jalan, kita boleh tahu yang kita sekarang sedang memandu di jalan raya di Pedalaman atau kawasan kampung di Malaysia. Tapi asal je kita nampak jalan raya yang lebar, a...

Durian Crepe

Heyy....! Saya tak buat la durian crepe....! Saya cuma nak cakap je sekarang ni memang trend orang makan durian crepe kan...Rata2 dok cerita pasal durian crepe. Hebat sungguh penangan nya ya. Saya sendiri belom cuba pon lagi tapi dah ada orang mintak saya buatkan. Aduhai....cemaner la nak buat, resepi pon tak ada. Lagipon kat sini sekarang durian tak banyak. Bila tak banyak harganya pon amatlah mahal. Hari tu ada la beli sekali kat jalan lama Papar tu...3 biji je beli 78 hengget ko! Tu pon blom tentu elok isinya. Tapi nak makan punya pasal pejam mata jela. Tapi lepas tu tak beli dah...tunggu balik kampung la kalau nak makan. Tak lama lagi dah nak balik pon. Tu yang tak sabar nak balik kampung ni! Hmm....sebut jugak pasal kampung dalam entry ni. Obvious kan ?

Pisang Goreng Cheese

Image
Anda penah dengar pisang cheese? Pernah makan ?Saya pernah. First time saya makan ni di gerai kawan saya -Kak Sheri. Mula2 tu rasa macam pelik juga, yelah...pisang goreng cheese...sedap ke? Masuk ker?Sekali bila dah rasa sedap rupanya ! I guess fried banana fritters and cheese is not a weird combination after all ! Cuba lah rasa.

Sapa yang nak jemput kami di airport?

Tiap kali cuti skolah tiba Ma dan Abah adalah orang yang paling gembira sebab boleh dikatakan semua anak2 akan balik berkumpul di rumah sampai tak cukup bilik. Adik beradik saya ramai (10org) dan semuanya tinggal jauh bersepah2 di seluruh Malaya dan Borneo and abroad jadi bila semua pakat2 balik memang seronok.  Acara menjemput anak menantu dan cucu di airport adalah acara wajib. Semua orang excited dan tak sabar2. Biasanya satu kereta memang tak cukup. Bab sapa yang nak volunteer pegi amek, or hantar has never been an issue. Malah berebut2 pula nak tolong jemput/hantar. Kita yang nak balik ni bertambah2 teruja dan terasa diri ni tersangatla di sayangi dan dirindui, hehe. Langsung tak nampak yang kerja menjemput kita di airport adalah satu beban atau menyusahkan.  Sebenarnya saya memang dah tak sabar nak balik kampung ! 

Dynamo Baru

Image
Dua hari lepas saya ke Hiap Lee nak beli sabun basuh baju, alahai, pasal beli sabun basuh pon nak cerita ke? Hehehe...nak ceritanya Dynamo sudah berwajah baru!  Saya ni memang pengguna setia Dynamo. Pernah juga cuba guna pencuci pakaian jenama lain tapi last2 akan tetap kembali guna Dynamo juga. Jadi sementara saya masih ingat tujuan utama pegi Hiap Lee tu sebab nak beli Dynamo jadi saya pon terus la pergi ke bahagian sabun2  ni...sekali tengok  tak ada stok Dynamo botol biru yang saya suka tu tapi ada beberaps botol Dynamo berwarna putih yang memang saya tak pernah tengok...saya fikir mungkin salah satu rangkaian baru Dynamo la tu...so saya ambil yang itu. Sekali masa nak pegi ksunter tu baru la saya perasan ada banyaaaakkk stok dynamo botol putih tu.....rupa2nya dynamo dah tukar packaging......warna putih pulak. Malah pack refill pon ada! Wah! Saya pon terusla tukar ambil refill pack memandangkan kat rumah ni memang banyak botol2 Dynamo yang kosong. Anda pula su...

Bila bersahabat...

One of my neighbour yang sudah menetap di Keningau lebih 14 tahun telah dapat berpindah ke negeri asal mereka di Kedah. Upon hearing this saya pon tumpang gembira. Mereka adalah antara yang berjaya dapat tukar walaupon ia merupakan cubaan mereka yang pertama kali.Mereka sendiri tidak menyangka akan dapat malah agak terkedu dan masih sukar untuk mempercayai yang mereka sekeluarga akan berpindah balik ke Semenanjung for good.  Salah seorang dari anak mereka adalah kawan baik dengan anak saya. Ibtisam namanya. Mereka sudah berkawan sejak dari kecil lagi. Sama2 belajar di Pasti, sekelas pula sejak dari  tahun 1 lagi hingga lah sekarang, sama2 dalam Persatuan Puteri Islam , teman bermain basikal di waktu petang, hehe. Bila ibu bapa mengambil keputusan untuk berpindah apa lah pula kesan terhadap anak2 ya?Itu la yang terlintas di fikiran saya.  Maka saya pon memberitahu Laila yang Ibtisam akan berpindah dan tahun depan mereka sudah tidak bersekolah sama2 Laila nyata memang se...

D

Biar lah. Nak tulis jugak kat sini. Maka dengan ini secara rasmi nya saya adalah pemegang lesen memandu Kelas D. Yer....sila la gelak. I tak kisah pon sebab ai tahu ....dah tua2 macam ni baru nak ada lesen kan . Tapi tak apa lah...at least berjaya jugak dapat lesen walau pon pada usia remaja purba ni. Tapi ai bangga tauu...sebab masa I pegi test tu ai dah setahun tak pegang stereng. Owh, ada la pegang stereng sekali tu....tapi cik abang kat sebelah tu yang terlebih gabra taw. I tau laa dia tu ada lesen F1. Tapi bila dia dok cakap " brek ! brek! " ...pastu " tengah skit.." pastu, " ehhh! jangan wat gituu...! " ..I punyer level of confidence terus negative you.....hampir2 trauma la jugak. Hahaha. Over nye lah. Tapi kan, best jugak baru dapat lesen at the age of 36 ni...my eldest sister sampai buat status you...incik somi pon wat status jugak. Wah ! Terasa diri ni hot sungguh ! Ahahahaha. Jadi, di tempat anda, berapa kos nak buat lesen memandu kelas D ni ?...

Rindu juga.

Image
Ketika mengarang entry yang sebelum ni hati saya membuak2 rindu kepada UPM. Aduhaii....memang banyak kenangan di situ. Masa saya mula2 masuk tu nama nya masih Universiti Pertanian Malaysia (Unipertama), lepas tu bila saya di semester kedua baru la PM ketika itu tukar jadi Universiti Putra Malaysia (Uniputra).... Di sana lah saya belajar, di sanalah saya bertemu cinta dan jodoh....haish. Sebelum saya masuk UPM Serdang saya amek Matrikulasi setahun di UPM Terengganu ( currently known as Universiti Malaysia Terengganu ) pastu bila buat degree baru la ke Serdang. Masa mula2 daftar, saya mendaftar di Kolej Canselor, dulu nama dia Kolej Kediaman Keempat. Saya telah di hantar oleh kakak saya , Kak Ngoh sefamily. Masa tu kakak saya Halilah pon masih di UPM juga. Saya ditempatkan di bilik 237...eh, ke 273? Hahaha, mana2 lah...tapi memang  Blok Masria. Bilik saya tingkat yang paling atas. Penat naik turun tangga. Roomate saya masa tu Kak Zaiton, student tahun akh...

Part Time Job Anyone ?

Dulu2 masa saya dok study UPM, saya penah juga keje part time. Masa tu kredit hours utk semester tu tak banyak so boleh la ambo mencari rezeki. Mula2 tu tak tahu gak nak keje apa. Ye la kan. Terai gak survey2 kat Mines sebab kononnya nak keje tempat yang ada aircond and tempat yang boleh nak berpoya2 jugak. Hahaha, niat tak betul dah tu.....tapi on second thought jauh la plak nak kena naik bas apa. Last2 jumpa keje, eceh...jumpa plak, dapat keje dekat kedai fotostat yang dekaaat sangat dengan rumah. Jalan kaki ada la dalam 30 tapak je kot. Ha..dekat kan ?Jimat dah tambang bas. Pastu plak tepi2 tu pon banyak kedai2 makan so nak lunch tu tade masalah lah. Masa mula2 dapat keje tu saya di bayar RM2.50sejam. Maximum keje sehari 8 jam lah. Pagi2 kol 8 dah kena masuk punch kad.Yer, keje kedai fotostat pon kena punch kad la..pasal keje ikut jam kan. Kalau hari saya ada kelas saya tak pegi la keje. Tapi tak lama tu gaji saya dah di up kan jadi RM3/hour. Best jugak keje kedai fotostat ni. Saya ...

RINDU

Saya sebenarnya tidak la sekuat mana. Orang mungkin nampak saya kuat, orang mungkin fikir saya keras tapi sebenarnya tidak. Saya sudah lebih 16 tahun hidup merantau.  Dari zaman matrik hingga zaman first degree hinggalah sekarang zaman berkeluarga dan beranak pinak. Di Sabah ni sahaja saya sudah menetap hampir 12 tahun. Bila berjauhan dari ibu bapa dan adik beradik boleh dikatakan semua benda terpaksa saya lalui sendiri bersama suami. Apa saja masalah mahu tak mahu kena la pandai2 selesaikan nya sendiri. Saya cuma balik kampung setahun sekali, Hari Raya Aidilfitri pon dah 10 tahun beraya sendiri...dan rasa nya saya la yang paling kurang menyebut betapa teringin nya saya untuk kembali. Namun hakikatnya saya TERPAKSA kuatkan diri, saya TERPAKSA keraskan hati kerana jika saya tidak memaksa diri saya sebegitu saya tidak akan mampu survive di sini. Mahu pon di mana2. Hakikatnya saya menangis di dalam hati...merindui wajah2 yang saya sayangi, di dalam hati ni meronta2 ingin memeluk mere...

Cerita Tandas

Image
(Sumber gambar : Google Image Search) Saya tak paham betullaa...kenapa la ada orang yang suka ( sebenarnya tak tahu la mereka ni suka ke tak) menyangkung atas toilet duduk tu. Seriously tak paham . Saya anak2 beranak2 memang prefer toilet duduk. Kalau pegi public places ker....or pegi rumah orang ker memang cari toilet duduk. Macam anak2 saya memang sejak dari dalam perut lagi diaorang memang dah guna toilet duduk ni ! Saya plak dah besar skit baru guna toilet duduk. Gitula sejarah nya. Jadi kalau pegi mall ke kalau nak masuk toilet tu budak2 ni memang akan aim toilet yang ada tandas duduk tu lah. Tapi di mall di Malaysia ni memang diaorang buat jumlah toilet cangkung lebih dari toilet duduk kan ? Kalau dalam tandas tu ada 6 tandas ...2 je yang toilet duduk. Memang kebanyakan orang suka toilet cangkung eh ? Padahal kalau tengok rumah2 sekarang boleh kata semua rumah2 yang pemaju buat tu semua buat toilet duduk rasanya. Saya rasa la kaann... Yang membuatkan saya macam bengang ialah ...

Siapa juara ? KELANTAN !!!!

Image
  (Gambar di ambil dari KELATEBOLA ) Tahniah kepada pasukan bolasepak negeri Kelantan atau pon The Red Warriors (TRW) kerana telah menjuarai Piala Malaysia 2012 ! Kelantan telah mengalahkan ATM 3-2 Saya semestinya la menyokong TRW sebab saya memang orang Kelantan ! Hehehe....Tapi ada orang tu lagi semangat tau. Kalah orang Kelate. Siap pegi sesi photography lagi you.....semangat sungguh ! Actually hari Sabtu tu kami sefamily dari KK. Pegi KK hari Jumaat lagi and tido sana. So hari Sabtu yang bersejarah tu kami bertolak balik Keningau dari KK kira2 pukul 6.45petang. Masa tu hujan kat KK. Sampai2 je Keningau terus pegi Restoran Phuket. Memang niat nak tengok bola kat situ and dinner sekali. Dah siap suruh member booking table and order makan awal2 lagi. Hehehe. Cuma tu la, saya rasa tak berapa best tengok bola malam tu sebab tak pakai baju merah tapi saya pakai baju hitam. Huhuhu. Balik kampung nanti kang nak kena pegi beli baju TRW la selai sorang. Tengok di Phuket sampai h...

Keh3.

Ler...sampai dua kali pos entry tak puas. Nampak benor tak puas nya, Hahahaha.

Tak Puas.

Saya tak berapa gemar la update blog menggunakan tablet. Ntah. Rasa tak puas. Mungkin sebab keypad nya yang kecik je so bila menaip saya terpaksa menaip dengan penuh berhati2 supaya tidak banyak kesalahan ejaan berlaku. Rasa nya jari ni macam dah kecik dah, tapi masih tak cukup kecik la nampak nya. Lagi satu saya lebih enjoy menaip menggunakan keyboard sebab bila kita mengetuk2 huruf2 di keyboard tu nanti akan keluar bunyi yang best. Ktek Ktek Ktek Ktek.....lagi2 bila kita menaip dengan laju lagi syiok bunyi nya hingga menampakkan betapa sibuk nya kita membuat kerja walhal tengah update blog je pon. Tak pon tengah komen status di Facebook. Jadi bila saya ada idea je nak update blog terpaksa la saya tunggu suami saya pulang dari kerja baru la ada laptop. Nak buat macam mana, laptop yang lagi satu tu dah mogok dan dah mintak pencen rasa nya. So tinggal satu je lagi laptop yang boleh berkhidmat. Anda pula macam mana ?

Tak Puas

saya sebenarnya tak puas update blog guna tab. Bukannya apa keypad dia kan kecik je,asik la tersalah tekan huruf. Ni saya tengah mencuba la ni. Menaip pon dengan sangat berhati2. Lagipon feeling mengarang dengan mengetuk2 papan kekunci lebih best sebab bunyi yang dihasilkan ketika mengetuk2  tu pon macam best. ktek ktek ktek ktek ktek....apalagi bila kita menaip dengan laju...bunyi tu membuatkan kita ni macam sibuk je buar kerja...... hahaha. Sibuk la konon,padahal sibuk chatting and balas komen di fesbuk.

Dugaan

"Allah menduga kerana Allah menunjukkan kasih sayang-Nya. Allah memberi ujian kerana Allah memilih kita. Bila Allah memilih kita,bermakna Allah INGAT pada kita...beruntunglah bagi insan-insan yang diduga Allah..bersyukurlah kerana menjadi hamba-Nya yang terpilih untuk diduga,mudah-mudahan dugaan itu akan mematangkan kita,menjadikan kita lebih dewasa, memberi pengajaran yang cukup bermakna dan yang lebih penting moga-moga dugaan itu akan menjadi tanda Allah memberi kita masa untuk mengingati-Nya dan satu jalan untuk kita mendekati-Nya." I read this as my sister's in-law's Facaebook status. Dia sekarang tengah di uji dengan ujian yang agak berat. Apabila kita berada di dalam kesusahan, di uji dengan masalah dunia yang pelbagai tiada yang lebih bermakna buat  diri kita apabila seluruh ahli keluarga, rakan2 dan sahabat handai memberi semangat dan sokongan serta tolong mendoakan. Walaupon ia tidak dapat menyelesaikan masalah kita namun sekurang2 kita tahu kita...

Hotel Transylvania : The Review Betul2 Punya ! Hehehe

Image
 Masa ni baru la ada mood nak bergambar sebab tiket dah berjaya di jual balik, hehehe. Yer...kali ni betul2 punya dah . Entry lepas tu tak apa la..to those who knows me tau sangat dah perangai saya kan ... So, movie ni best! Saya bagi 4 bintang . Lawak dia memang kelakar. Ada jugak part takut2 tapi part takut tu cuma sebagai intro kepada lawak jer. Hahaha. Suka2 ! Ada juga part sedih2 and part yang menyentuh hati....kiranya semua ada lah ! Cukup perasa lah. Watak2 dalam movie ni pon best, Mr. Dracula ( suara oleh Adam Sandler)  memang kelakar. Saya sendiri tak cam tau suara Adam Sandler ! Pandai dia bercakap dengan with different accent seolah2 memang macam orang Romania cakap English.  Cuma anak dia Si Mavis ( suara oleh Selena Gomez) tak la plak cakap pelat macam bapak dia. Elok je English dia, Hahaha. Watak Johnny pon best. Bila teringat balik konfirm saya senyum sorang2.  Johnny ni saya tak tahu suara sapa yang dia guna....tak ingat tu sebab tak berapa fami...

Hotel Transylvania : The Review......dan cerita2 lain.

Image
Cewah! Tajuk macam pengkritik filem profesional jer. Hehehe. Ini review from my point of view la yer. Orang lain saya tak tahu. So yes, Jumaat baru2 ni kami ke KK dan telah berjaya jugak tengok cerita ni. Tapi sebelum saya proceed dengan ulasan saya pasal movie ni meh la nak cerita sikit kisah2 sebelum dapat menontonnya. Lepas dah check in di Hotel Transylvania   Tang Dynasty Park Hotel kami pon terus menuju ke Suria KLCC..ehh...silap Suria Sabah. Sampai sana makan dulu sebab perut kami semua dah masuk angin pasal lambat makan pastu pusing2 skit dan terus pegi solat di surau. Alang2 dah nak dekat Maghrib terus la tunggu dan solat siap2. Senang hati bila dah selesai solat semua. Sebelum tu Cik Abang dah kata, kalau saya siap dulu tak payah tunggu dia dan dia suruh saya terus naik tingkat 8 pegi GSC. So bila dah selesai tu kami pon tanpa berlengah terus la naik atas, and terus la pegi kaunter tiket....and terus la beli tiket untuk 4 orang budak2 dan 2 orang dewasa.  Semua ...

Sad But True

I read somewhere, tak ingat dah . Kerja2 rumah ni orang hanya akan sebut atau perasan mengenainya only when it's not done. When it's done, nobody seems to care, mention or notice it. Sigh. Sad but true.

Hotel Transylvania !

Image
 (image from Google search) Owh tak sabar rasa nya nak bawak anak2 tengok cerita ni. Sapa yang dah pegi tengok ? Betul ke citer ni best ? Eh, jap. Ni sapa yang tak sabar nak tengok sebenarnya? Mak ke anak ? Ahahaha...jawapannya dua2. Dari awal puasa lagi saya dan suami dah dok merancang2 nak bawak anak2 tengok cerita Hotel Transylvania nih. Mulanya kami pegi tengok citer Spiderman yang baru tu...(anak2 tak tahu mak ayah tengok citer ni sebab masa nak kuar tu anak2 dah pesan - "Mak Ayah jangan tengok wayang tauuu..." ,hihihih) , pastu ada la sedutan citer ni sebelum citer Spiderman tu start. Owh ! Seriously laaa...totally hilarious! Tu baru tengok sedutan pon dah rasa macam kelakar yang amat dah ! Pastu ada pulak iklan citer tu kat tv...owh bertambah2 nak tengok la anak2 ni. Tak sabar nak tunggu 27/9. So sekarang ni tengah dok tayang la di cinema. Si Yasmin beriya2 la nak pegi KK on the 27th...tapi kebetulan pula masa tu Si Sophea ada English Camp plak...so tak dap...

Update Cikgu Gigit Murid

Owh ! Masih ingat dengan entry saya pasal guru yang gigit murid tu ? Saya telah mendapat maklumat terbaru dari sumber2 yang boleh dipecayai bahawa cikgu tu rupa2 nya memang tak berapa "sihat" Kalau bergurau ngan budak2 pon kasar la..apa la...cuma part yang kata nya dia dah dipecat tu itu saya tak berapa pasti sebab tak ada bukti kukuh. Cuma cerita2 sahaja. Kalau benar begitu la kan, cikgu tu memang tak patut dibiarkan mengajar. Tidak bagus untuk reputasi sekolah, tidak membawa apa2 manfaat kepada murid2. Malah boleh mencetuskan perkara2 yang tidak di ingini pulak. Sebaik2nya cikgu tu kita bawak pegi spital, cek dengan doktor. Kalau betul cikgu tu tak berapa sihat kita tengok la kot2 ada treatment atau ubat ubatan yang boleh menyihatkan dia balik. Saya percaya cikgu itu sendiri pon mahu menjadi sihat dan waras semula kan ?

5 sen

Image
(gambar ihsan Google) Semalam saya ke pekan nak beli Dynamo...ater dah habis dah ni,nak basuh baju pon tak boleh. Dah sudah beli Dynamo dan lain2 ( harusla ada jugak lain2 w/p niat cuma nak beli Dynamo) saya pon singgah la Pizza Hut...saja la nak tapau pizza untuk anak2. Yer, Keningau pon ada Pizza Hut you....hehehe. Saya pon oder la 2 pizza saiz regular dan 4 pieces deli wings. Semua nya RM52.15 , so saya pon bayar la cashier tu RM52.20. Pastu saya pon tunggu la dia bagi resit dan baki 5 sen. Sekali masa dia hulur resit tu dia kata ... " Sori, saya tak ada 5 sen ..." , saya pon hangguk je and senyum. Pastu pegi la duduk kat ruang menunggu tu. Sambil saya duduk dan minum air bergas bewarna kuning yang depa bagi free tu  dalam kepala saya ni masih dok teringat baki duit saya yang 5 sen tu. Memang la cuma 5 sen je...tapi itu duit saya. Pihak Pizza Hut sepatutnya tokleh la amek duit saya suka2 hati dia kan ? Hatta 5 sen je pon. Dalam kepala saya ni dok la berfikir...k...

Guru Gigit Murid ???

Image
 KAJANG: Angkara tidak dapat menyebut perkataan ‘boy’s’ dengan betul, seorang murid tahun enam digigit gurunya hingga mengalami kecederaan di lengan kiri dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Sri Putra, dekat sini. Berikutan kejadian jam 8 pagi Khamis lalu itu, mangsa yang dikenali sebagai Farhan, 12, yang juga anak bongsu daripada empat beradik kini mengalami tekanan perasaan dan trauma. Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bakar, 49, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu pada jam 12.30 tengah hari selepas melihat anak bongsunya itu murung. Katanya, selepas disoal, anaknya memberitahu seorang guru menggigit di lengannya hingga pecah darah selepas tidak dapat menyebut satu perkataan dengan baik.... p/s : Berita ni di petik dan di copy dair Forum CARI. Sesungguhnya saya berasa sungguh tak boleh nak diterima akal bila saya baca artikel kat atas ni . Seriously laaa...sungguh tak masuk akal ! Guru tu gigit murid sebab muri...