Posts

Showing posts from 2011

Friendship Lasts Forever.

Image
Balik kampung tahun ni ...(yer..masih boleh kata tahun ni sebab belom masuk 2012) saya dapat jumpe ramai kawan2 lama dan juga baru. Masa balik KB saya pergi rumah kawan sekelas masa di Ma'ahad Muhammadi dulu- Nur Attiah. Last jumpe dia was 20 years ago. Lama kan ? Saya call dia pastu dia pon bagi la direction nak gi umah dia. Kejap je dah jumpe. Seronok banget dapat jumpe dia .Sebab kami dedua memang geng bising la masa form 3 dulu. Tiah skang ada anak 3...alhamdulillah. with Tiah. Pastu masa balik KL saya pergi pulak rumah seorang lagi rakan sekelas masa di MMP dulu jugak - Marini. Dengan dia pon dah 20 tahun jugak tak jumpe. Kiranya kami semua (Tiah, Rini and Me) memang sekelas la masa form 3 dulu. Tapi Rini ni jenis baik skit...eheheeh...tak bising sangat macam saya and Tiah. Saya ni..masa di MMP orang tak kenal sangat...sebab saya duduk pon kelas kedua belakang. Hehehe...jadi orang memang tak kenal sangat. Masa pegi tu husband Rini pon tader kat umah...sebab keje la. Seronok n...

Makan2.

Image
Biasa nya saya kalau balik kampong ni mesti ada misi. Misi untuk makan apa2 jenis makanan yang tentu nya tak dapat di makan di Keningau atau di KK. Jadi agenda makan2 ni memang agenda wajib lah. Tak kira la makan kat luar ke…kat rumah ke…sorang2 ke..ramai2 ker… Kalau balik Kelate it is mandatory untuk pekena nasi belauk for breakfast. Mesti! Tidak dapat tidak bak orang Arab kata. So kalau dah ramai2 ada kat rumah my mom tu….anak2 cucu2 semua balik seolah2 macam dah set2 ikut turn dah…pagi ni sapa beli brekfes…besok sapa plak yang beli . Bergilir beli brekfes yer kawan2…bukan bergilir buat brekfes. Hehehe. Kalau pegi ke Pasar Kubang Pasu tu….semua ada. Nasi Belauk, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Kuning, Laksam Laksa, Mee goreng lah…mihun lah…satay pon ada…kuih muih toksah cerita laaa…..macam2 jenis macam2 kaler ada. Memang meriah. Saya rasa la...di Kelate je kot macam ni. Bukan apa…hari tu saya ada la pegi ke pasar di Pandamaran, Klang ni. Pegi pagi2 sebab nak beli ikan fresh…so ada...

Breathtaking.

Image
Gambar ni di ambil dari balkoni rumah kakak saya di tingkat 20. Memang cantik sangat. Saya tak ingat ni gambar yang saya ambil atau pon suami saya. Tapi pemandangan nyer memang cantik sangat. Kebetulan juga malam tu tak hujan...awan pon tak banyak...jadi memang cantik lah. Boleh nampak KLCC...dan juga KL Tower. Owh...KL Tower saya pon tak sampai lagi.

:)

Image
Today we woke up and had home made cheezy sausage roll for breakfast. We went to IIUM and took photos, We went to Festival City Danau Kota. We bought school bags at Al-Ikhsan, Nana wanted to buy a pair of shoes but tak beli pon,hehehe. We had Subway sandwiches for lunch we walked and talked ...and sit ...and walked again. We had a great time and we definitely want to come back. InsyaAllah we'll see ALL of you again ...next year.

Loved Ones

Image
Sekarang ni saya berada di rumah my sister - Kak Ngoh . Tido sini. Makan kat sini. Mandi kat sini. ehehe....jadi bila dok sini saya pon amek la kesempatan yang ada ni untuk update blog. Minggu lepas saya pegi tido rumah my sister Kak Noor di Bangi. Walaupon Kak Noor agak sibuk sebab nak siapkan keje2 menanda dan memasukkan markah paper Math SPM..tapi Kak Noor tetap menerima kedatangan kami dengan hati yang terbuka...siap banjer makan Ayam Penyet lagi...hehehe....Iyer...alang2 dah postpone ticket elok la kita berjalan2 ke rumah adik beradik....owh...sebelum pegi rumah Kak Noor sempat jugak singgah rumah my only brother Welloh di Puncak Jalil....dan dapat la saya berkenalan dengan kucing dia yg gemuk lagi gedempol bernama Jepun. Ish2...Jepun2....harap badan ko je besar...bulu ko je kembang dan panjang...tapi penakut. Sabor jelah. Yer..adik badik saya memang ramai...kat Selangor and KL ni je dah ada 3 orang....lom campor sepupu sepapat, makcik pakcik.... Apa ? Haa...memang saya postpone t...

Nak Sangat !

Nak sangat update blog sebenar nya. Cerita pon banyak, gambar pulak tak payah cakap la. Tapi keadaan kat sini pulak tak mengizin kan..... Tak per...nanti saya update la bila2....insyaAllah.

3 Layer Coffee

Image
Kat mana la nak cari kopi/teh 3 layer yang sedap di Kota Bharu ni ? Setakat ni minum kat REstoran Wau 2 kali....tp tak sesedap Keningau punya. Sebab gula tu diaorang buat sendiri saya rasa...kalau tak pon diaorang guna cap lain. Pastu hari tu minum kat gerai area pasar Siti Khadijah....alahai..yang ni lagi lah...saya bagi 2.5 bintam jer...sebab nyer....kopi dia cair ,gula nya sikit jer......kecewa. Owh...ada gak try minum di Chicken Rice Shop....sedap, tapi depa cuma buat teh je...kopi tokleh....kecewa la lagi. Jadi ...ada tak sapa2 boleh bitau saya..kat mana ada jual Kopi 3 Layer yang sedap meletop di KB ni ..?

Tips To Pasar Siti Khadijah

Wear matching tudung! Saya ni nak kata orang yang bergaya sangat tu tak lah.Biasa2 jer. Janji pakaian kemas , tak koyak...tak buruk sangat tak kisah lah. Kalau keluar rumah pegi pekan pon sempoi jer...tak kisah sangat tudung matching ke...ape ker. Tak ada sapa nak peduli pon. Tapi semalam...aduhai, tak pernah saya rasa tension dan serba tak kena. Bukan tak pakai baju, bukan baju koyak atau lusuh....tapi pasal tudung tak matching dengan baju. Tudung pink ..kemeja purple. Tak match la kan ? Pergi pulak ke Pasar Siti Khadijah dan Bazaar Buluh Kubu. Kedai kain batik dan jual tudung berderet2....Orang tengok semacam jer. Selalunyer saya wat tak kisah....yer la..bukan nya saya bervogel pon...cuma tudung tak match jer. Tapi bila ada sorang ni ada bisik "tak match" , tergugat la my level of confidence. Tapi masa tu masih ok lagi. Namun..bila saya perati keliling saya....saya tengok wanita2 Kelate ni...dari budak kecik (yg pakai tudung la...) sampai ke orang tua macam nenek2....SEMUA...

Sayonara Ami and Is ! and Apek ??

Image
Today we bid good bye to our sister Ami and her newlywed husband Is. They're leaving for Japan. We left house as early as 6.30 in the morning since Ami's flight to KL is at 8. I didn't even take bath. Alah...bukannyer orang tahu pon kan ? hihihi . We really appreciated every second that we had. Is used to study in Japan and soon after he graduated he decided to continue working there and it has been almost 9 years since the first time he set foot in Japan and as for Ami, being away from her husband is not an option. It's an obligation. So Japan is going to be her new home. While we were waiting for the call suddenly I saw this guy in his white t-shirt walking with his face looking down. Even though I didn't really saw his face I could tell who he is. It was Khairul Fahmi Che Mat, the national football team goalkeeper. I think everybody would because KFCM is so easy to be recognized, he looked exactly the same as you see him in tv. My aunt Chik was brave enough to g...

Double Happiness.

Image
Owh ! lama sungguh tak update blog. Bulan November ni satu entry pon tak buat. Well, sekarang ni saya di kampung kelahiran saya...Kampung Penambang yang ku sayangi. Sejak balik dari Keningau tak sempat nak online...masa kat Pulau Indah tak dapat nak online sangat pasal tader internet...dah balik KB walau pon ada internet tak der masa sangat la pulak nak mengadap laptop. Alhamdulillah....kenduri adik saya dan adik ipar saya dah selesai. Lega, gembira, letih , sayu pon ada juga. Kenduri adik ipar di Pulau Indah boleh di katakan berlangsung selama 3 hari. Hari pertama upacara nikah...dah ada makan2 dah kat situ. Hari kedua orang rewang mula datang...pon dah macam kenduri dah jugak tambah2 pula malam nya ada upacara khatam qur'an. Hari ketiga baru la kenduri berlangsung. Seminggu selepas tu bertandang pula ke Bota Kiri, Perak. Memang tak sempat nak berjalan2 walau pon saya di sana lebih 2 minggu. Dah tu nak kena balik ke KB pula...mujur la juga acara nikah, kenduri dan juga majlis ber...

Surat Dari Kak Chk @ Anin @ Yasmin Liyana

Image
Kepada Umi, Che Ngoh, Ibu Noor, Che Teh , Ayah Loh, Che Jie, Che Tie, Mak Ude dan juga Che Adek yang Kak Chik sayangi. .... Hari Ahad lepas Kak Chik ada penyampaian hadiah. Kak Chik tak tahu apa dia hari penyampaian hadiah ni. Kak Chik ingat kan hari sekolah macam biasa. Tapi buat dekat Perpustakaan ( tapi Nana sebut - PERSUKUTAKAAN) . Mula2 Kak Chik pegi dengan Ayah dan Nana je. Mak tak ikut sebab mak nak kena siapkan kek orang. Kakak dan Angah pulak tak ada sebab pergi perkhemahan di SK Pasir Puteh. Lepas tu Ayah tinggal kan Kak Chik dan pegi ambik Mak pulak. Lepas tu Ayah pon pergi sebab Ayah ada pertandingan badminton. Masa Mak sampai Kak Chik dan kawan2 sedang ikut pertandingan mewarna. Lepas tu baru lah masuk dalam dewan . Kak Chik ada juga buat persembahan nyanyian. Kemudian baru lah ada acara peyampaian hadiah. Cikgu suruh Kak Chik beratur. Kak Chik beratur di belakang sekali sebab nama Kak Chik bermula dengan huruf "Y". Semua kawan2 pon dapat hadiah. Kak Chik rasa s...

'M'

Owh..penyakit M untuk update blog dah datang lagi. Serius la tader mood. Mungkin juga sebab dah nak balik kampung tu yang jadik malas tu.

Gateh

Image
Suami saya beli basikal baru untuk saya. Basikal itu sungguh cantik. beratnya cuma 14kg...Warnanya putih...body nya berlekuk-lekuk. Suami saya kata sangat sesuai dan kena dengan saya. Saya sangat suka. Suami saya juga telah men'upgrade' absorber basikal itu juga. Saya menjadi bertambah gembira. Walau pon saya sebenarnya tak lah faham sangat, apa beza absorber2 ni. Yang saya tahu ...cuma naik je. Hehehe. Eh..lupa pulak, basikal yang ni ada 24speed. Basikal dulu 21 speed je. Tapi basikal suami saya 27 speed. Semalam saya ikut somi saya berbasikal. 6 orang semuanya. Ada on road...ada part off road.. Saya juga hampir2 kena kejar anjing. Punya la cerdik itu anjing, dia tak kejar pon mereka yang depan2 saya.. Dia tunggu saya yang dok kat belakang sekali baru dia datang dekat pastu menyalak2.Kurang asam punya anjing. Saya dah kecut dah. Dah le masa tu nak naik bukit. Mana bloleh nak pecut. Tapi anjing tu tak jadi nak kejar saya bila saya jerit " Babe !!! ". Hehehe. Saya bany...

My Loved Ones Were Here.

Image
Owh...lama tak update blog. Nak kata sibuk tak la sibuk sangat,biasa2 jer. Cuma Minggu lepas Ma and Abah saya datang jadi memang tak dan nak online sangat. Ma dan Abah datang seminggu je. Kejap je rasa. Tapi memandang kan Ma and Abah datang ni pon masa bukan cuti sekolah jadi tak dapat la nak bawak berjalan2 sangat. Ye la..nak wat cemaner, Sabah ni tempat2 menarik banyak ..cuma semua jauh2. Plus, kereta pon tader. My parents datang ni bukan sebab lepas dengar kami eksiden , tapi memang dah plan awal2 lagi dah. Siti Aisyah dah beli tiket awal2 lagi dah. The last time Ma and Abah came here was in 2009, masa datang ramai2 kenduri Wane e di KK. Charter satu bas nak datang keningau...hehehe....rasa nya dekat 30 orang family members semuanya. Jadi bila dah confirm tiket semua saya pon berangan2 la nak bawak ma n abah pegi situ...pegi sini.....tapi apa boleh buat, kita hanya merancang Allah yang menentukan..nak jadi cerita kami eksiden pulak.....maka rosak la semua plan, tak apa lah. Allah ...

My First Night Cycling

Iya. Dan juga my first cycling session lepas raya. Owh. lama sungguh saya tak mengayuh. Last mengayuh masa tu 2 hari sebelum puasa. Sekarang ni Syawal pon dah habis. Lama kan ? Jadi bila dah lama tak mengayuh ni mengah jugak la tadi. Haish. Kalah dekat bukit yang nak ke Kota Ayangan tu. Aduhai. Dah tu pulak this is my first night cycling plak. So suasananya agak berbeza. Berbasikal malam2 ni syiok juga sebab tak panas sangat. Angin pon sepoi2 bahasa. Tapi tetap berpeluh2 walau cuma pegi pekan je. Cuma tu la...gelap. Nak2 saya ni pulak alah ngan silau. So memang mencabar la jugak. Tapi best. Balik rumah terus rasa perut macam dah kempis jer. Hahaha..takkan la baru mengayuh ke pekan sekali dah kempis kan ? ilusi semata2.

Thank You Allah

Image
Ok lah. mari la kita cerita benda yang berlaku Rabu lepas. Entry ni mungkin panjang sikit la yer. Tak tahu nak mula dari mana sebenarnya tapi masuk hari ni...hari Rabu juga...sudah seminggu ia berlalu. Kejap je . Tengokkan gambar dalam entry yang sebelum ni so dapat la anda meneka bahawa kami eksiden. Ya. Hari Rabu lepas. Hari tu kami tak plan pon nak pegi KK. Last minit punya plan. Dalam pukul 10 pagi baru la saya SMS incik suami tanya dia kot2 la boleh ke KK hari tu sebab dah banyak barang2 kek yang habis. Mula2 incik suami kata pegi esok sajalah (Khamis) tapi saya kata hari Khamis saya ada driving class yang saya tak sanggup nak ponteng , so saya kata kita pegi hari Jumaat ajelah.....dah Jumaat suami pulak ada hal...maka nak jadi cerita kami bertolak juga ke KK hari Rabu tu. Anak2 pula yang besar2 memang nak tinggal ...yang kecik dua orang ni jela..... Saya pon cuba tanya Ita - my weekly cleaner , dia keje kat lorong belakang rumah saya ni jugak. Alhamdulillah Ita was available so ...

210911 -Tarikh keramat.

Image
Belum sempat nak mengarang. Tapi kita letak gambar dulu. Dah letak dalam fesbuk awal2 lagi dah sebenarnyer masa hari kejadian tu lagi...nanti ada masa skit saya akan karang dan cerita dari awal sampai akhir .... tunggu ye . :)

L.E.F.T.Y

I am a lefty. I have been a lefty all my life. I write , cut things, hold scissors, play guitar ( konon),playing squash, eat...ehhh? yup if I use spoon or fork, with my left hand. Well, almost everything. I also kick with my left leg. My left punch is stronger than my right and so does my left kick. Being a lefty is not a bad thing. It comes naturally, through tendency and practice. It's not a curse. I don't remember being hit by my mom for using left hand. But I've experienced being looked down by some one when she saw me holding a knife with my left hand (of course) slicing some cucumbers. She asked me " Are you a lefty ????" . She had this unbelievably look in her face. A negative unbelievably look. I just proudly nodded, and smiled. I don't blame her, she never had anybody in her family who happened to be a lefty. As my sister used to tell me .. " orang kidal la lagi bagus kalau potong buah sebab dia pegang buah dgn tangan kanan dan pegang pisau deng...

Anda Penat ?

Musim2 raya ni asal hujung minggu jadual saya penuh. Penuh dengan order dan juga jemputan rumah terbuka. Alhamdulillah...rezeki dari Allah. Tapi tu la...sejak bergerak solo bermain tepung dan krim ni..sehari dua ni saya terasa sakit sikit. Mana nak berkejar siap kan tempahan, mana nak urus rumah dan anak2 lagi. Serius tak cukup tangan. Tido lewat, bangun awal....tak berhenti2. Serius penat. Kalau penat2 pon ...lepas dah hbs wat kerja ada hiburan sikit dapat wat release tension ok la sikit. Tapi...ada orang kata..orang lain pon penat. Mana ada orang tak penat. Buat keja penat, duduk ngadap laptop lama2 pon penat jugak... Ye lah....jadi saya tak boleh komplen. Kalau penat, diam2 saja. Saya bukan merungut...saya cuma meluah perasaan...kerana saya manusia biasa.

Cooking Lesson

Image
Hari isnin baru2 ni incik suami tader, pegi KK bawak budak2 skola ada pertandingan apa ntah .Tak ingat. Sejak raya ni saya tak pegi2 lagi pasar jadi hari tu saya ke pasar lah. Beli 3 jenis ikan je- kerisi, pari dan kepala tenggiri. Memandangkan hari tu saya makan sarapan yang agak berat...nasi lemak...bukan yang say buat, yang beli jer...so saya masak lunch pon lambat la jugak. Tiba2 saya mendapat idea utk menyuruh Sophea masak. Hehehe. Hari tu dah bagi resepi dan tunjuk cara2 nak masak ikan singgang..so hari ni ai nak suh dia praktis lah. Saya sediakan bahan2....potong bawang, cuci ikan....hidupkan api dapor...bagi arahan skit2..pastu suruh dia yang buat. Garam gula semua dia yang bubuh dan rasakan sendiri. Ala...lagipon buat singgang ni kan senang...tayah nak tumis2 ke apa...rebus je kan. Pastu saya baru teringat...patut nya ajar masak nasik dulu baru ajar masak lauk. So saya suruh pulak Sophea masak nasik. Hehehe...wahhh...! Lepas ni boleh arah2 ajelah masak nasik...dari jauh pon b...

Kenapa lah ?

Ntah kenapa la sejak dua menjak ni tak berapa nak makan nasik. Hmm..tu bagus ke tak bagus ? Perut tu lapar....sampai berbunyi2 sampai masuk angin....tapi malas nye lah nak makan nasik. Makan maggi pon malas gak. Rasa nak makan corn flakes je. hahaha.... Tapi...kalau nasik kat rumah orang lalu la plak nak makan. Lagi2 kalu menu kat open house. Sedap yang tak terhingga la plak. Makan tak hengat dunia. Apa punya penyakit lah.

Aidilfitri 1432H @ Sandakan

Image
Ya Allah....seriously la sangat malas nak update blog. Ntah penyakit apa menyampuk pon tak tahu. Cerita raya dengan gambar raya yang di janjikan pon tak letak2 lagi. Ape lah nak jadi. Nak kata sibuk...tak la sibuk jugak, biasa2 jer . Cuma bila tiba hujung minggu je order agak lebat la jugak sebab orang dok order untuk open house kan. Alhamdulillah...walaupon sekarang ni sendirian je mengurus...tapi masih cukup tangan lah cuma tu la kalau ada apa2 hal dan kena keluar rumah..kena la tutup kedai kejap,ehehehe..konon la kedai. Ok la...meh la kita bercerita pasal raya sikit. Raya pada tahun ini macam juga tahun2 lepas kami beraya di Sabah je. Cuma kali ni ada sedikit kelainan sebab kami beraya di Sandakan...rumah my sister Siti. Selalunya Siti kalau dia tak balik beraya di Kelate dia akan datang beraya di Keningau , tapi kali ni kami la pulak yang ke Sandakan.....ok la tu...lagi pon lama dah tak ke Sandakan. Perjalanan nak ke Sandakan dari Keningau sangat la jauh. Baru sampai Kundasang Yas...

Selamat Hari Raya !

Selamat Hari Raya semua...! Cuti raya dah habis...skolah dah stat balik. Masih juga tade mood nak update blog. Bak kata Makcik Rehan...Roh belom mari gitu.... Nanti kang saya update la bila2 yer? Dengan tepek gambar gak sekali.... :)

25 Ramadhan 1432H

Ramadhan has almost come to its end. Sedihnya lah rasa. Anak2 rasa seronok lah sebab nak beraya. But as for me rasa sedih. Moga2 di panjang kan umur untuk bertemu dengan Ramadhan yang lain pula. Persiapan raya ? Biasa2 sahaja. Tiada langsir baru, tiada perabut baru, rumah pon tidak bercat baru...owh...cuma ada orang tu ber'lense' baru. Lain2 biasa2 sahaja. Baju raya dah lama tempah, dah lama siap pon. Sepasang sorang je baju kurung. InsyaAllah kalau ke KK nanti mahu juga cari lagi sepasang untuk anak2. Biskut raya pon saya tak tempah. Buat pon tidak. Kalau sempat esok nak buat lah. Kalau tak sempat kita tunjuk2 saja lah . Tahun ini...seperti tahun2 yang lepas kami beraya di Sabah sahaja. Cuma ada kelainan sedikit lah. Kami beraya di Sandakan, bersama adik saya Siti ,suami nya Hisyam dan anak nye Muhammad Nabil. Tak sabar rasanya. Kebiasaannya kalau Siti tak balik ke kampung dia sekeluarga akan ke Keningau untuk beraya bersama2 saya sekeluarga...tapi tahun ni t...

Bukan Merungut, Tapi Bersyukur.

preparation berjam2... dari pagi sampai ke petang ( kol 3 tu ..petang la kan ?) sampai kepala lutut bergoyang2.. tangan pon kejang2..( oloh, over nyer) sampai masa nya tak sampai sejam habis semua, tak padan dengan nak membuat nya... Alhamdulillah...syukur kepada-Nya. Apa nya ni ? Ehehehe...kan saya berniaga...kalau buat laksam tu dari pagi dok mengukus. selai ...selai...segulung....segulung buat laksam. pastu perisi ikan plak ..nak wat kuah... pastu potong ulam2 plak.... pastu laksam tu pulak nak kena gunting... masuk satu2 kat dalam plastik....pastu bungkus pulak kuah nya.. ikat satu2....masuk plastik....sedar2 dah kol 3 .... nak makan pon tak sempat you.....( makan ape nye,kan bulan poser? ) lepas solat asar dah nak naik atas , pegi ke gerai...selalunya dalam kol 4 la pon paling awal.... bukak gerai orang pon mula la datang... zup zap zup zap....kol 5 dah habis semua . Syukur alhamdulillah......habis jualan. Well, nak buat macam mana..jual benda y...

QA

Baiklah. Dalam entry ni saya akan menjawab soalan oleh seorang peminat saya. Wahahaa...statement tak menahan. Walaupon saya dah warning jangan tanya, tapi dia ni nak tanya jugak. Degil kata nya nak tanya. Tapi tu la...kalau dah peminat tanya kenala jawab jugak seikhlas hati....nanti peminat kecik hati macam mana kan ? So untuk Adik Fatin Bukan Katy , soalan anda yang bertajuk " Kenapa adik beradik yang lain tak ada ' Wan ' ? " saya jawab di sini lah dik yer . Yer dik...adik badik ahkak ada 10 orang...tapi sorang je yang ada Wan kat pangkal nama walaupon kedua Ma and Abah saya mempunyai Wan pada nama masing2. Ma saya Wan Hasnah ...Abah saya Wan Muhammad. Saya pon tak tahu kenapa ayah saya takmo letak Wan kat nama kami adik beradik and kami pon tak kisah. Apa la sangat dengan nama Wan tu. Lain la kalau ada Wan kat depan nanti dapat duit tiap2 bulan ke direct masuk akaun ...kalu gitu saya nak tuntut la nama Wan tu. Hahaha. Jadi. bila ayah saya ada Wan,...

Mati, Idop,Nyawa2 Ikan.

Image
Tengok status Dalin citer pasal keta. Dan2 nak raya time tu la nak kena servis keta....time tu la tayar botak, time tu la roadtax pon arwah....hadoii lah. Mana kepala pon tak botak ? Aku pon berdebor la ....yer lah....baru je gomen announce dapat bonus 1/2bulan gaji, tak dan nak hepi2 lagi...baru merancang nak hepi2....kang tak jadi nak hepi2.....buatnya road tax mati ? aku pon tgk la keta SAA.......tengok kat cermin..... Haaaa...? Mati 25 Mac 2011? Laki aku tak pasan ke road tax keta dia dah arwah neh ? aku kan cepat kalut....masa tu ingat nak masuk dalam rumah nak pegi komen kat status dalin je yang aku tahu.... tapi aku coba bertenang... sekali tengok2....... lerrr....tahun depan la baru mati....25 Mac 2012. Laki aku dah renew ....Cheh, yang first tu road tax lama ...laki aku tak bukak. Syukur ....alhamdulillah....lega sangat. Harapan untuk beraya dengan hati yang gumbira masih cerah. Pastu pegi plak tengok keta SA ......tengok2......... Jadi......

Siblings

Siblings Stick Together. Aida, Ramizah, Noor Haniah, Halilah, Abdullah Munsif, Wan Azizon (jgn tanya kenapa dia je ada Wan ), Siti Aisyah,Muhammad Yusuf (R.I.P), Ahlami and Fatien Adibah. I love you guys so very much. P.S : mekasih Kak Ngoh sbb telah menegur kesilapan saya menulis susunan adik beradik...eheheh....

13 Ramadhan 1432H

hari ni saya tak meniaga. sebab nya ada oder kek dan juga kuih seri kaya. lagi pon encik suami pon tak ada. pergi KK sebab ada kerja. sibuk buat kuih saya pon tanak la nasi, nak masak apa pon tak tahu lagi tak apa lah kita pikir ajelah nanti, last2 minit mesti ada idea mari, dah pukul 5.30 idea tak mari2, kek belum di ambik, kuih pon tak habis packing lagi mak pon kata kita tapau ajelah nanti, beli kat kedai atas lepas ni mak nak pergi tapi tu la siapa sangka kalau dah rezeki, macam2 yang jiran bagi, kuih keria, rendang ayam dan bubur nasi, alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. ngam2 sebelum maghrib suami pon tiba, anak2 pon semua gembira, apa lagi melihat di tangannya, macam2 yang ayah bawa... itu la rezeki tak di sangka2, lauk dan kuih penuh semeja, berkat berada di bulan yang mulia... ........................................( apa lagi aku nak tulis ya ? )

Good Food, Great Company.

Image
Tadi saya pegi dating. Dating ? Dating dengan siapa ? Ish ...sapa lagi...dengan cik abang saya laa... Mula2 pegi cari barang. Dah jumpa barang pegi la minum2 pulak. Pekena Kopi C Special sorang segelas. Cik Abang order ni .....nak meratah dia kata, Puyuh Goreng berempah. Di Keningau kat Restoran Sambal Belacan ni la tempat nya kalau rasa2 nak makan puyuh. Tak pernah jumpa lagi kat kedai2 lain. Saya tak terai rasa pon. Tapi Ayang kata sedap. Lagi pulak makan yang panas2. Saya pulak order ni..... Hehehe...fish and chips. Sedap la jugak. Saya bagi 3 star. Sayang nya ikan tu dia guna ikan kembung je saya rasa....sebab saya tengok isi ikan nye agak kelabu2 sikit warna nya. Pastu isi nya nipis jer....Fish and chips ni paling bagus guna white flesh fish...macam ikan dori ke ....ikan kerisi ker...ikan tilapia ke...dori fish fillet pon banyak je di jual di pasaraya...tebal lagi isi nya. Memang puas hati makan... Sambil makan2...sambil tengok cerita dekat Cin...

Apa Perasaan Jadi Surirumah ?

Apa perasaan saya? Ada masa2..saya merasa sangat buhsan dgn rutin saya sehari2, nak2 plak hari2 dok melayan karenah anak2...adoii..letih! balik2 itu la keje saya...masak ...uruskan somi dan anak2....tiap2 hari anak2 nak kena suh mandi ..suh pakai baju...baru la bergerak...basuh baju tak pe lagi...lipat baju yg saya tak tahan,..actually malas sebenarnya. Kalu nak cari apa2..Maaaak ni juga yg di cari..yg di tanya...termasuk la somi saya...kalu dia cari barang2 tak jumper. Owh...time nak layan somi makan, time tu la anak2 melalak2 nak mintak susu la...nak itu la...nak ini la...mana la tak buhsangg! TETAPI...... saya tetap tak sanggup nak tinggalkan itu semua. Malah saya rasa saya ni sangat la bertuah sebab dapat menyusukan anak2 saya dgn susu saya....dan juga dapat menjaga sendiri anak2 saya dan melihat setiap perkembangan mereka dengan mata saya sendiri. Berasa letih..bosan..itu pekara biasa. Lagikan kita kerja ofis pon kita rasa letih, kita rasa bosan. tido ban...

The Day I Turned ...35.

Image
Yup, I'm officially 35. Tua ke 35? Boleh la kan....tua tu tidak lah....asal matang cukup lah, janji hati muda. Hari lahir saya kali ni jatuh pada hari Selasa dan di dalam bulan puasa. Alhamdulillah. Dah meningkat umur setahun lagi. Beberapa hari sebelum hari ulangtahun saya ni saya saya telah menulis status saya di Facebook yang saya nak pegi makan di Gayang. Sungguh la kemaruk nak makan di sana. Teringat2 ikan kukus nyonya nyer...buttered prawn nye.....alahai sedapnya lah, kan Sella ? Dan sehari sebelum birthday saya saya telah meng'hide'kan tarikh birthday saya di Facebook juga. Saja je wat gitu. Bukan apa...kadang2 tu kesian juga dekat "kawan" di Facebook yang tak la kenal mana dengan saya....tapi terpaksa wish birthday di wall saya bila je dapat tahu yang hari tu adalah birthday saya. Tapi......walaupon dah sorok masih ramai juga yang ingat......Adrina Adi, you' were the first person yang wish ai di FB ! Thanx to my eldest sis yang pagi...

Apa cerita.......

....dengan kelas memandu saya ? Cerita dia macam ni, lepas dapat L saya pegi belajar 3 kali. 3 kali tu...seminggu sekali. Tutor saya ok....tak marah2. cakap pon lembut je. ajar pon saya mudah paham. Lepas pegi belajar 3 kali...bini dia masuk wad.so kelas kensel. minggu berikut nya tutor cuti. minggu kemudiannya pon tak pegi sebab apa ntah. Pastu minggu lain saya call tutor saya plak batuk. dah sebulan tak bajar. saya pon dah ingat2 lupa apa yang dah di ajar. ni pulak dah puasa...saya sebok berniaga.bila masa nak pegi kelas kan ? so baru belajar sampai bukit. tu pon tak lepas elok lagi. lambat nye lah nak ada lesen. haish.

Unprivatised

My fellow readers ....... I'm proud and glad to tell you that.... my personal blog has gone ...PUBLIC ! no more prebet2.....weeeehuuuuuuuuuuuuuu!

Alahai .....

Baru2 ni masa saya pegi KK saya rasa macam nak beli sandal baru. Sandal saya yg lama tu dah uzur bebenor. Dah koyak dah.Lagi pon dah dah 3 tahun dah omo sandal tu. Jadi masa di KK tu kebetulan masuk kedai Bata...berkenan ngan satu sandal ni, beli la sepasang. Yer la..sandal2 bata ni boleh tahan jugak lawa nyer...murah pulak tu... konon nak berjimat lah beli sandal Bata... Sekali hari ni....ehh...semalam saya tengok dah nak terkopak dah sandal tu ... yang kaki sebelah kanan..... aduhaii...ganas sangat ke saya ni pakai sandal sampai baru je beli dah nak rabak ? Sebelah je pulak tu.... Hmm...nampak gaya..kaki eden ni ..nak Hush Puppies jugak......kaki, kaki....pandai ko yer.

Reunion

Image
Owh ...lagu mano la bulih nyo tok ingat nok tulih cerito juppo saing lamo ? Ish2....tu la...sibuk sangat. Dok....nok oyat nyo ..baru2 ni ...tok ingat doh berapo haribulae...ambo gi KK. Gi blako la...bowok semo anok2. Gi nyo sebak nok juppo saing lamo. 11 tahun doh tok jupo. Last jupo maso ambo nikoh dulu..pah tok jupo2 doh. Jadi kebetulae dio mari jjale kKK nih. Hari tu lagi dio oyat nyo nok mari jadi ambo meme dok nati2 lah. Ambo gi di hotel dio....pah ambo pon turun keto nok gi cari dio la....kot luar lobi tu ambo napok doh dio nga mok dio, anok2 dio...cik abae dio.....wahahahaa...suko nyo ambo! Mujo ambo tok gi tepuh pitu kaco tuh wak nyo suko do'oh. Hahaha... Ambo bukok jah pitu lobby hotel tu dio pon napok laluh ambo....nyo lari la dio nok khabat ambo supo cito industae. Takdop music jah. Hahaha....tobat weh suko nyo jupo Suhaila. Ambo nga Suhaila ni kenal maso matrik di UPMT sekali. Dio dok rumoh lain...tapi dio sokmo mari lepok rumoh ambo mugo housemate ambo tiko tu ado spup...