Posts

Showing posts from 2005

Still Missing Her....

Hari ni dah masuk 8 hari Che' aku 'pergi'. Aku dah tak sesedih masa mula2 tu but I'm still missing her. Kalu aku dekat2 tentu aku dah pegi kubur dia but nak buat macam mana...keadaan tak mengizin kan aku cumer bulih do'a dari jauh. Malam2 aku sedekahkan Yassin untuk dia. Hari tu aku chat dengan my sister - Siti. Dia tanya aku...dah dengar cerita pasal duit che'? Aku kata tak tahu so Siti pon citerlah..... Well, arwah Che' aku nie memang sumer orang tahu that dia nie memang seorang yang sangat cermat pasal duit. Nak kata kedekut tu tak lah.......cumer kalau nak spend duit tak tentu pasal ni memang tak suka lah dia. Tambah2 dia dah tua.....dah tak ada tanggungan, dah tak berkeinginan nak beli itu ini. Mungkin juga sebab dia asal orang susah...sejak dari muda lagi dok kerja keras ngubung loseng (salah satu daripada proses membuat kain songket)cari duit nak bagi anak2 makan and sekolah (and Alhamdulillah anak2 Che' aku boleh skolah tinggi...masuk U w/p...

In memory - My beloved Grandmother

Image
My beloved Che' (second from left) with her sister ,the late Tok Nak (3rd left) and the only brother left, Tok Su. Farewell Che' ........... MY Che' - Wan Hasmah Wan Abdullah, Peacefully departed by 6.30pm on 23rd December 2005. Leaving behind 4 sons,4 daughters,70 grandchildren and 47 great grandchildren.

I'm back....

Image
Tak sabar nak balik kampung nih....hhehehe Aku sekarang dah berada kat Keningau.....letih sepanjang perjalanan pun tak habis lagi. Seronok sungguh balik kampung, sebulan balik rasa macam tak cukup pulak. Hehehe....Nampaknya tahun depan kena la balik lebih sebulan ker......tengok la macam mana kalau plan yang lain2 tu menjadi, bulih la balik lamer skit. Tapi dalam seronok2 tu ada gak part sedih.... tok aku belah my mom (aku panggil Che') sakit. Dua kali pulak tu. Dia sebelum ni memang tak pernah sakit kuat....ada la sekali tu kena mild stroke sekali....tapi dah okay dah.....hari tu lak kena sesak nafas....dia tu mana ada masalah jantung sebab dia tu kalu bab makan memang jaga sangat...ubat pun takut nak makan! HEhehe....kalut jugak la....habis anak cucu dia yang dok jauh2 pakat balik...yelar kan. Dapat la aku jumpa semua sepupu sepapat....dah jadi macam Hari Raya lah pulak. Aku nak balik sini ni pun rasa macam tak sedap hati.....tapi nak buat macam mana....aku cumer do'a biar ...

lama tak dengar berita...? hehehe....

Image
Lama benar aku tak menulis yer? Well, sejak balik kampung ni aku memang tak ada masa nak online, apa la gi nak mengarang. Kalau online pun cumer buat perkara yang penting2 sahaja. Tapi malam ni memandangkan aku tengah ada mood ni maka aku pun taip lah. Ni dah masuk minggu ketiga aku kat semenanjung. Aku sekarang ni kat kampung aku lak kat Penambang setelah 2 minggu kat kampung Ayang aku...(kat Pulau Indah). Setakat ni aper yang aku dok plan2 nak makan sumer dah dapat....jap2, nak recall balik. Murtabak - sudah, Nasi Dagang- sudah, Nasi Lemak- sudah, Yong Tau Fu- sudah, Nasi Belauk- sudah,.....ape lagi yer? Rasa nya sumer dah dapat lah! Hehehe..... Balik kali ni seronok sebab dapat attend wedding cousin aku. Yelah, aku ni dok jauh...sejak dok Sabah ni dah banyak aku miss wedding cousin2 aku. Jadi kali ni dapat attend lak...grand pulak tu..hehehe. Aper2 hal pon aku ucapkan tima kasih kat and congratulations kat cousin aku Yatie and hubby dia Ajib. Semoga tabah dalam mengharungi kehidupa...

Kalu nak tahu ni la name nyer Au-Au!

Image
Ini tangan laila pakai inai...tak merah lagi. Au-au Laila lak... Sophea dan Au-au nyer...

Rambut baru....

Hehehe...hari ni aku and hubby gi potong rambut. Nak balik kampung ni elok potong rambut siap2. Aku potong pendek. Boy cut gitu. Aku ni dari dulu lagi memang suka rambut pendek. Dari zaman sekolah2 dulu tak pernah rambut panjang.....actually pernah la gak...masa sekolah rendah dulu la. Pastu bila dah biasa rambut pendek tu dah tak boleh berambut panjang lagi dah....cepat rimas. Pastu tak lamer tu entah cemaner aku bulih bertukar angin untuk simpan rambut panjang lak......(actually ada sebab la, tapi tak yah kabor kat sinilah...segan lah pulak, biorla saper2 yg tahu jer tahu....hehehe) .Lamer gak aku simpan rambut panjang sampai rambut aku panjang dekat2 pinggang. Masa tu aku suker la tocang rambut aku....beli sepit macam2, getah rambut pun macam2. Cumer sanggul jer tak boleh sebab rambut aku ni jenis licin and nipis lak tue. Sumer member2 yg biasa tgk aku rambut pendek terkejut tengok rambut aku dah panjang. Tapi bila dah kawin aku start berambut pendek balik. Senang nak jaga, rambut p...

My Ayang's birthday!

Image
Senyum la sikit Yang..... Hehehe...lupa lak nak bagi tahu, Hari Lahir Ayang kita tahun ni jatuh on Hari Raya- 3 November,....tak sempat la nak update blog khas utk dia tepat pada hari tu 'coz Hari Raya Pertama tentulah busy skit dok layan tetamu. Mana ada masa nok online woi....tak per la. On his birthday tu I bought him a cake...tapi tak bagi hadiah pon, tak per la Yang yer....at least ada gak kek kan.....at least I ingat gak....hehehe. Ulang tahun dia yang ke-29, alahai..muda lagi katanya...diatu kalu orang tanya umor dia berapa mesti dia nak jawab 30 tahun ker gitu..malu nak jawab 29....tak per lah Yang...tahun depan Ayang boleh cakap umur Ayang 30....ok! Anyway, Selamat Hari Lahir untuk Ayang Sayang Saya......I love you so much and I'm really proud to be your wife, you are not only my husband but you are more than that. You're my husband, my lover, and my bestfriend. I love you Sayang.......

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya untuk semua. Maaflah yer....sibuk sangat beraya tak leh nak update blog. Anyway, raya tahun ni okay jer. Actually ni adalah kali ketiga kami beraya di Keningau. TAhun depan pulak nampak gaya beraya kat sini lagi juga kami memandangkan raya tahun depan jatuh sebelum cuti sekolah. Rasanya Hishamuddin takkan bagi sambung cuti lagi rasanya. Anak2 la yang paling seronok. Sejak beli kasut raya tu tak sabar2 diaorang nak pakai. Sibuk dok tanya ....."hari ni Hari Raya ker Mak?". Hari Raya aku buat satay ayam. Kat rumah aku ni macam dah jadi tradisi kalu hari raya mesti ada stay. Sebab kat rumah my mom pun macam tu gak. Hidangan utama mesti satay. Walaupun leceh sikit nak buat tapi puas hati la bila makan....Ayang aku la yang suker sangat makan satay. Anak2 pun suker jugak. Tak makan nasi pun tak per. Raya kat sini meriah juga, meriah dengan kawan2 lah. Cumer kalau dapat beraya dengan ibubapa , adik beradik dan saudara mara lebih seronok la. Lagipon bukan selalu dapa...

kasut raya kakak n laila

Image

kasut raya mak n ayah

Image

Tak Lama lagi nak Rayaa.....!

Image
Hai...letih sungguh. Semalam kita orang gi KK, shopping baju and kasut anak2. AKu lak tak beli baju raya pon cumer beli selipar jer sepasang. Selipar Bata, cantik pulak nampak. Ayang aku lak aku suruh dia beli sandal yang elok sikit sepasang. Mula2 tak nak beli last2 beli jugak. Bukan apa, aku nak tengok dia pakai sandal yang lawa2 tu. Dengan baju MElayu boleh masuk, dengan jeans pon sesuai ! Asyik dok pakai capal jer. Pastu aku beli baju utnuk anak2. Hai...macam patern and macam2 fesyen. Discount pun macam level gak. Hehehe.....aku ingat aku yang mabuk tengok baju anak2, alih Ayang aku lak yang lebih. "Yang ni cantik Yang.......eh, yang ni pun cantik gak......!"Geleng kepala aku tengok kan Ayang aku tu. Ngalah kan aku lak. Lepas cari baju semua, aku pegi UMS lak nak jumpa cousin aku - Amani. Dia pon tak balik, raya sini sebab lepas raya tu ada exam lagi. Aku mula2 memang ajak dia beraya kat rumah aku ni, yelar..at least ada jugak la suasan Hari Raya, but memandang kan member...

Hari ni nak buker apa yer..?

Hari ni aku tak tahu lagi nak buka ape, nak masak apa atau pun nak buka kat mana (hehehe...). Actually hari2 macam tu. Macam semalam nasib baik tak payah masak sebab ada majlis berbuka puasa kat skolah Ayang aku . Sonot lah aku...heheeh, aku lak kalu pregnant ni suker sangat makan kat rumah orang atau pun kalu ada jemputan makan2 ker. Kalau orang yang masak sedap jer rasa walaupun ikan goreng jer, hihihi. Lauk buka semalam kat skolah oklah jugak, ada nasi minyak, ikna sweet sour, kari ayam, ayam bakar, sup tulang, kuih2 pun macam2 jenis ada. TApi aku ni masih reti malu gak lagi..hehehe, aku cume makan nasik (with all the lauk yang ada tu...ekekek!) and sup semangkuk. Nak try kuih tengok2 dah habis dah...licin......tak per lah. Kalu ikut hati aku nak tambah lagi (kalu boleh tapau lagi bagus!) tapi tu la, segan lah pulak. Kalu yang kita bayar tu lain la kan. Hehehehe.... Pastu aku dapat berita member aku Zai ni dah dapat balik semenajung. Lorr.....sedihnya. Balik dah kawan tue, dia datan...

Happy Birthday Laila!

Hari ni 26 Oktober birthday anak aku yang nombor 2, Laila. Dah 3 tahun anak mak rupanya. Dah besar dah.....dah boleh skolah dah. TApi tu la.....cemaner nak gi skolah kencing pun tak berapa pandai nak cakap lagi. Alahai......aku tak plan ape2 special cuma macam biasalah beli kek and maybe buat mee kari skit. Anak2 suke makan mee kari. Selalunya ada la gak buat jamuan makan2 untuk kawan2 rapat tiap kali anak aku sambut birthday tapi kali ni tak pula. Lagipon bulan posa.....so sambut sendiri2 jelah. Aku sejak masuk rumah baru ni memang lama dah plan nak buat makan2. Yelah kan...lagi pun aku memang suka buat makan2 jemput kengkawan tapi tu la mungkin tahun depan la. Urusan rumah ni pun banyak lagi yang tak selesai nanti kalau semua dah selesai and nama pun dah tukar nama Ayang aku baru lah boleh buat kenduri grand sikit. Kalau boleh nak jemput semua kengkawan kat sini. Oklah, aku nak prepare bahan utnuk buat mee kari nih. Baik prepare awal2 baru lah tak kalut skit. Tak sabar dah nak m...

Al- Fatihah

Semalam, 23 Oktober 2005 nenek sedara aku telah kembali ke Rahmatullah setelah terlantar kira2 sebulan kerana sakit tua. Akhirnya tiba pula gilran Tok Nab, adik nenek aku. Aku tiap kali balik kampung mesti pegi rumah dia. Dia tu dari dulu memang kurus sangat dah la kecik orang nya. Hari ni lepas solat Zohor hari ni mayat nya telah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Besar Kampung Banggol. Nampaknya bertambah la kubur yang nak kena aku lawat. Sekarang ni nenek aku cumer tinggal 2 beradik sahaja. Dia dengan adik dia yang bongsu. Che' aku pon tak berapa sihat jugak.....(aku panggil nenek aku Che'). Mata dah tak berapa nampak, tahun lepas pulak dia kena mild stroke , mulut pun macam senget sebelah tapi Alhamdulillah ingatan dia masih kuat. Tak nyanyuk. Che' tu memang kuat berpantang......bukan takat pantang pasal makan2 ni, ubat pun pantang tengok gak...hehehe, takut! Che' aku tu memang takut makan ubat. Aku kalau jumpa Tok Nak mesti suruh dia makan banyak 2 sikit seba...

Lambat nya nak balik kampung........!

H ari ni dah 20 Oktober, aku dok menghitung hari bila nak balik kampung. Adei...ader dalam kurang sebulan lagi. Hehehe....oh, by the way, sebelum aku bercerita panjang elok gak kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Datin Seri Hendon Mahmud, isteri Perdana Menteri kita yang telah kembali ke-Rahmatullah pagi tadi akibat barah payudara. Al-Fatihah. Okay, actually tahun ni kami tak dapat tiket sponsor jadi tiket utk balik ni kami pakai duit sendiri la. So naik AirAsia jelah.....tak kisahlah. Yang penting bulih balik. Aku dah beli tiket lama dah. Bulan 9 lagi aku beli, online la. Tahu2 la Air Asia. TAk per yang penting dapat tiket murah. Untuk flight KK-KL-KL aku dapat yang RM89.90 and utk flight KL-KB-KL lak kitaorang dapat yang RM19.90 je (tidak temasuk tax la..). Orait la tu. Semua dari KK-KL-KB-KL-KK kami bayar RM1400, kira orait la tu kan. Aku bukan apa, tahun ni aku nak balik sangat sebab satu ,my grandmom meninggal bulan 2 lepas. So kalu aku tak balik tahun ni and nak tunggu ...

Ramadhan ini.....

Bila tiba bulan Ramadhan ni,tiba je aku teringat dekat one of my uncles ni.. -Ayah Sid. Sedih bila mengenangkan dia. Aku pun tak tahu apa khabar dia sekarang. Hopefully dia sihat jer... Ayah Sid ni adik Abah aku dan dia dengan Abah kira macam bestfriend la. Pantang berjumpa dua beradik tu memang pecah la perut kitaorang ketawa.Both of them were teachers and football referree (betol ker eja tu?). Tahun lepas, masa aku balik aku ada jumpa dia. Tu pun bukan dekat rumah dia tapi kat kedai kopi tepi jalan not very far from his house. Dia berkain sarong, bert-shirt lusuh, bertongkat sedang duduk atas kerusi kat tepi kedai kopi tu. Muka dia pon nampak tak bermaya jer.Kat depan dia ada satu meja penuh dengan jajan budak2 and beberapa jenis rokok. Dia meniaga kecil2. Nak hilang kan boring katanya.Kami semua berhenti and greeted him. Dia nampak macam tak terurus. Sayu hati kami adik beradik melihat dia. Bila dia nampak kami semua we could tell that hati dia pon sayu jugak tengok anak2 sedara dia...

Hari ni Ayam Percik Cuti....!

Hehehe, hari ni aku cuti berniaga. Bukan ape, hari ni Ayang aku dah stat skolah so tak der orang tukang bakar ayam la. Kalu aku nak buat sorang2 tu payah jugak...dengan anak2 lagi..adei....semingu berniaga letihnya rasa macam tak hilang2. Letih tu memang la letih tapi seronok! Member yang lain pun cuti jugak agaknya. Tak tahu lah tu. Untuk buka hari ni aku tak tahu la pulak nak buat apa....selalunya Ayang aku gi pasar hari2 cari lauk tapi hari ni dia tak gi, mentang2 lah cuti...hehehe, so tengok lah cemaner nanti...nak kena belek2 epti ais dulu apa ada kat dalam tu. Aku teringin nak buat mee kari...lama dah tak makan, lagipun anak2 pun suka....actually hari tu ada beli kat pasar ni tapi tu la.....tak puas hari lak...buat sendiri lagi sedap rasanya heehehe..sebab aku suka letak macam2 dalam kuah kari tu, mesti ada sotong, udang, ayam fish cake and fish ball baru sodap and meriah gitu! Tengok lah cemaner..... Aku tak der idea nak tulis apa nie...jadi lah kan...!

Seronoknya Ramadhan..!

Bulan Ramadhan menjelma lagi dan kali ni insyaAllah alu boleh puasa penuh sebulan, hehehe. Alhamdulillah la. Hari pertama puasa aku pon start bukak gerai jugak, macam tahun lepas gak. Dah janji dengan Sah and Kak Aton. Tahun lepas kita orang berniaga sama jugak. Bukan apa, kat sini susah sangat nak merasa masakan kita, jadi bila tiba bulan puasa ni kami pakat2 buat pasar Ramadhan sendiri. First day tu kami pon pegi la ke tempat yang kami biasa berniaga, memang dari tahun lepas lagi tu la port kita orang. Pelanggan pun dah tahu. Alih2 dah siap pasang meja and hidang lauk pauk sumer datang satu akak ni (orang sini la..) kata tu tempat dia berniaga lak...adei, ni kes berebut tempat strategik nih. Ayang aku lak dah siap pasang payung dah. Akak tu pulak dengan selambanya letak jer barang2 dia kat tempat aku tuh. Last2 aku mengalah jer....kalau orang dah suker masakan kita, kita dok maner pon dia cari jugak kan? AKu and Kak Aton pun blah la, pegi area yg agak terlindung sikit, tapi tak per, ...

bila nak terbuka selera nie....?

Start dari semalam aku dah mula rasa semacam balik. 2,3 hari sebelum ni aku dah rasa okay dah, dah boleh makan dah, but dari semalam aku mula rasa loya2 balik..tengok apa benda pon aku tak selera nak makan, alahai......letih nya. Perut lapar tapi tak der selera, tension sungguh. Nak masuk dapur pun rasa semacam gak, belum lagi aku jenguk lauk kat dalam peti ais....adui! Ayang aku ada beli udang besar minggu lepas tapi aku tak masak2 pon lagi, entah jadi rasa pelik jer bila tengok lauk2 mentah tu. Adui...nak hilang kan rasa lapar aku cuma makan biskut and minum milo atau susu je...jadilah .Kalau macam ni gaya nya bukan makin gemuk aku ,makin kurus la jawabnya aku pregnant kali ni. Ntah2 baby boy kot? Sebenarnya aku tak kisah anak lelaki ker anak pompuan ker, janji baby aku ni nanti sihat dan sempurna. Tu je. Kalau ikut kan mulut orang sibuk suruh cari anak lelaki pulak...hai......yela, sebab sekarang ni aku dah ada dua orang anak perempuan... Sophea And Laila , but aku langsung tak kisa...

Meh, cerita sikit....!

Image
My Ayang at the top of Mount Kinabalu Aku nak cerita sikit pasal tempat aku bermastautim sekarang ni - Keningau, Sabah . Well, first time datang sini masa tahun 2001, masa tu aku baru berapa bulan kawin, 2 bulan kot. Sebelum tu aku dah dapat sikit sebanyak maklumat pasal Keningau from my hubby la tempatnya begini, begitu so aku pon dok imagine la. Tapi yang pasti aku yakin Keningau ni tak la teruk sangat macam kawasan pedalaman yang lain. Dari Kota Kinabalu kitaorang ambik teksi. Teksi bukan macam teksi KL la, nak kena tunggu penuh dulu baru leh jalan. Satu kepala tambang nya RM20 so aku dua orang suami isteri RM40 lah dan perjalanana dari KK ke Keningau mengambil masa kira2 2 jam setengah. Elok jer naik teksi aku pun tengok la pemandangan sekeliling....cantik gak....pastu bila aku tengok jalannya yang bengkang bengkok macam ular kena palu, aku pun start risau la....dah la bengkang bengkok, nak kena panjat bukit pulak tu! Aku pun kuat kan semangat .... enjoy the view, enjoy the view ....

What goes around...will come around.

Entah la, apa nak tulis hari ni. Sebelum ni banyak idea nak tulis tapi tak berkesempatan nak tulis sekarang ni dah kekeringan idea pulak. Anyway, good news......Laila nak dapat adik! Hehehe...semalam la aku check ...positif. Aku ni period memang tetap jadi bila period dah lewat 3 hari aku dah boleh agak ni mesti dah pregnant ni. Lagi pun ni dah kali ketiga pregnant so kita boleh rasa sendiri la. Actually kita orang plan nak tambah ahli baru dalam next year tapi nak buat macam mana rezeki tu nak datang lebih awal, alhamdulilllah....tak per. Lagipon Laila dah besar gak, bulan 10 ni dah 3 tahun dah dia so kalau dapat adik tahun depan pun dia dah nak masuk 4 tahun dah. Jauh2 sangat pun tak elok gak...tapi aku tak gi klinik lagi, tengok la dalam next week ke baru gi klinik. Minggu ni gak aku dapat macam2 cerita sensasi. Alahai tersangat la sensasi sampai boleh mencabar kesabaran. Apa2 hal aku sentiasa doakan semoga my friend - Ina , akan tabah mengahadapi segala dugaan. Sesungguhnya Allah l...

To all mothers out there!

Image
Semalam kemain aku dok perah otak nak cari idea untuk blog aku nih pastu malam tadi bila aku dok belek2 paper terbacalah artikel ni..."kempen penyusuan ibu gagal ". Gagal? Alahai..macam mana boleh jadi macam tu? Aku rasa kecewa sangat bila dapat tahu yang masih ibu2 yang lebih suka bagi anak2 mereka susu formula daripada susu ibu padahal masyarakat sudah sedia maklum betapa susu ibu kaya dengan khasiat dan mempunyai bermacam2 kelebihan yang tidak dapat ditandingi oleh susu formula. Bagi mama2,umi2, ibu2, mummy2 yang berkerja tu nak buat macam mana kan. Dah tak ada pilihan terpaksa la bagi susu formula kat anak2. Rasa2 nya kalu diberi peluang diaorang pun nak breastfeed jugak anak2 diaorang. Tak payah cakap orang lain la macam kakak2 aku yang kerja semua bagi susu formula...masa dalam cuti bersalin 2 bulan tu diaorang bagi la susu ibu pastu bila dah nak start keje balik diaorang akan campur dengan susu formula. Tapi aku memang tabik la kat Kak Ngoh aku nih, walau pun sibuk de...

Hmmmm....?

Dah berapa hari aku tak update blog. Ntah la tak tahu nak tulis pasal apa. Sejak dua menjak ni aku tak ada idea nak mengarang, tak ada cerita2 sensasi yang hendak dikongsi maka terbiar la blog aku ni selama beberapa hari. Hari ni pun idea tak timbul2 lagi tapi aku tulislah jugak. Tulis sajalah apa yang terlintas di kepala. Ini belum jadi penulis yang memang kerja nya menulis tiap2 hari. Macam-macam mana pun mesti nak paksa jugak otak berfikir untuk mencari idea. Alahai.....aku cuba tengok sekeliling ...tengok orang, cuba untuk mencari bahan (cewah dah jadi macam wartawan lah pulak!) untuk blog aku nih... tapi entahlah....dekat Yahoo Group aku tu banyak mesej2 baru tapi semuanya dok bincang pasal pegi pertandingan silat (or things that related to silat) sampai ponteng kelas and stuff. Aku ni pon banyak juga cerita pasal tu tapi entahlah aku tak berminat pula nak berkongsi dengan dia orang. Mungkin juga sebab aku sendiri dah lama tak bersilat apalagi masuk pertandingan. Well, kalau dul...

Another day to live........

Hari ni aku dah plan awal2 nak masak apa sebab Ayang aku kata nak makan sup ekor. Senang cerita. Tak payah la aku nak perah idea nak masak apa hari ni walau pun aku puasa hari ni. Pagi2 lagi lepas sahur aku dah keluarkan ekor yang Ayang aku beli semalam biar lembut. Then bila aku check rupanya rempah sup dah habis...tak pelah nanti boleh suruh Ayang belikan kejap. Aku tengok jam baru pukul 6.30pg...aku pun apa lagi sambung la tidur balik. Hehe...nak qada' yang malam tadi punyer. Bangun tidur aku terus basuh ekor dan start rebus biar dagingya empuk...nak tunggu sampai daging betul2 empuk mahu jugak makan samapi 2 jam! Lepas anak2 dah mandi and sarapan aku pun suruh la Ayang gi beli rempah sup, lagipun dia memang nak keluar berurusan. Dia balik rumah jer aku pun cari la mane rempah sup yang aku pesan tadi....dia kata tak ada rempah sup Adabi yang ada yang itu jer...boleh jugak tu....aku pun tengok....lorr...dia beli rempah sup ginseng yang Cina punyer tu...alahai...tak siap la sup ek...

Laila's turn

Image
Okay sekarang ni nak cerita pasal anak aku yang nombor dua pulak, Laila Amani. Laila ni kalau kat rumah kitaorang panggil dia Ala...Sophea la yang bagi tu,sebab dulu masa dia kecik dia tak pandai lagi nak sebut Laila dan jadi Ala je...Jarak umur Laila dengan Sophea ni cume 1 tahun 2 bulan.Rapat. Ni kira kes accident la ni..hehe. Anyway, Laila dilahirkan pada 26 Oktober 2002 di Hospital Keningau, Sabah, pada hari Sabtu . Aku masa tu dah overdue so aku kena masuk wad walaupun tak sakit nak bersalin. Tapi memandangkan kedudukan Laila dalam perut ketika itu melintang so aku sepatutnya kena buat C Section la...but Alhamdulillah....bila time perut aku sakit nak bersalin tu agaknya dia pusing so akhirnya tak payah buat C section...bersalin biasa jer walau pun Laila keluar...kaki dulu.. . iyerr....songsang ! Bersalin songsang sakitnya pun lain sikit, maklumlah keluar kaki dulu pastu badan and baru kepala. Tapi aku sakit perut pun sekejap je..tak macam kakak dia dulu, 16jam sakit woooi ! Time ...

Aduh....ngantuknya!

Image
Alahai..ngantuknya aku hari ni. Nak tidur pun dah masuk waktu Asar. Actually, dah lama aku tak tidur siang sejak anak-anak pun tak tidur siang. Kalau dulu-dulu asal pukul 1.30ptg aku dah sibuk suruh anak-anak kemas mainan diaorang dan masuk bilik tidur. Terbongkang lah kita orang tiga beranak. Pukul 4 lebih kurang baru bangun lagi dan anak-anak pun dah start nak tengok rancangan Hi-5 kegemaran mereka. Macam mana budak2 tu nak tido siang, bangun pagi pun pukul 10.30...jadi kalau dipaksa tidur pun diaorang tak boleh lelap jugak. Jadi kalau aku ngantuk jugak terpaksa la aku tahankan aje mata ni...sampai berair-air. Adeh...! Bukan apa, kalu aku tido jugak....siap la dua beradik tu buat projek. Alahai..dua beradik tu ada-ada saja idea diaorang especially yang Si Adik - Laila. Hai....memang menguji kesabaran sungguh! Ada satu hari ni, aku buat kek coklat untuk jiran sebelah. Dia mintak tolong buatkan 2 biji kek untuk anaknya. Siap sebiji aku pun letak la kat meja dan masuk ke dapur lagi un...

Pay day! Pay day!

Image
Sukanya aku tak terkira sebab hari ni 1 September...pay day! Hehehehe... actually ini adalah bulan kedua aku dapat income through the internet but memandangkan akaun maya aku ada masalah sikit so check yang bulan lepas tak dapat lagi...postpone ke bulan ni. Sukanya! Harap-harap kali ni tidak ada masalah lah. Bulan ni aku dapat USD121.50 dekat-dekat RM400 la and Ayang aku pulak dapat USD60.90 lebih kurang dalam RM180, jadilah...daripada tak dapat langsung. Sekurang-kurangnya ada juga side income . Kalau tak buat apa-apa 1sen pun tak dapat. Hehe...aku dah withdraw duit untuk dimasukkan ke dalam akaun bank maya aku and lepas tu aku boleh tunggu check dan seterusnya tunaikan check tu. Syoknya! Mudah-mudahan segala prosesnya akan berjalan dengan lancar. Macam-macam yang kita dengar sejak akhir2 ini....yelah hal rumahtangga lah. Yang mula2 heboh pasal seorang polis tu yang kena simbah dengan asid oleh isteri pertamanya sebab dia nak menikah sorang lagi. Kemudian seorang lelaki yang membak...

Can't wait to be together again...!

Image
The whole bunch of the family 2001

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Hari ni 31 Ogos hari ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 48. Aku tak ke mana-mana pun cuma petang ni kami merancang untuk pergi main squasy. Aku ni nak dikatakan patriotik sangat tu tidaklah, tetapi aku cukup berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia. Jika hendak dibandingkan dengan negara-negara serantau yang lain rasanya rakyat Malaysialah yang paling bertuah. Namun sejujurnya aku tidak pernah walaupun sekali menyertai atau pun pergi menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan sama ada peringkat negeri ataupun peringkat kebangsaan. Entahlah...aku malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai tambahan pula kalau dengan anak-anak...cukuplah sekadar melihat dari kaca televisyen. Lebih selesa dan lebih jelas. Hari Merdeka ni aku tidak ada apa-apa rancangan istimewa, menu untuk hari ni pula kami ingat nak masak burger....sekali sekala, lagipun dah lama tak makan burger yang dimasak sendiri. insyaAllah kalau jadi kami akan pergi main squasy.Actually minggu lepas jadi juga kami main squasy ...

Hip!Hip! Hooray!

Image
Akhirnya dapat jugak aku keluar dari rumah...sekurang-kurangnya dapat lah juga aku menyedut udara luar. Yes,my husband is back...hehe and hari ni dia bawalah aku dan anak-anak berjalan. Entah mimpi apa la suami aku tu nak main squasy lah pulak. Daripada hari tu lagi sibuk nak beli raket squasy. Takkan dah boring main badminton lah pulak...magik tu kalu dah boring main badminton..Sejak kawin ni tak sah kalau dia tak main badminton. Kalau tak dapat main alahai...macam orang tak dapat jumpa awek. So tadi lepas dah pergi minum-minum kami pergilah shopping kompleks. Si Sophea ni sibuk nak beli subang...alah, subang yang gantung2 tu,nak sangat subang yang goyang-goyang tu. Macam itulah kalau dah ada anak perempuan. Belum sekolah lagi dah pandai nak bergaya. Hari tu disuruh Maknya (aku lerrr..) beli alat mekap. Hendak eye-shadow, lipstick semua tu, cukup lengkap lah! Alahai....terpaksa la aku fikirkan ayat yang akademik untuk terangkan padanya. "Kanak-kanak tak payah pakai mekap lagi,seb...

alahai......boringnya!

Image
Hari ni hari Selasa dan saya dah tak tahu nak buat apa lagi. Rasanya kalu ada orang yang boleh mati sebab bosan that person would be me! Entah la.....hendak mengemas malas, nak memasak tak cukup bahan-bahan...idea berlambak-lambak bahan pulak tak cukup. Alahai....dah mati kutu saya dibuatnya. Orang lain cuti sekolah pergi berjalan-jalan saya pulak duduk ulang-alik dalam rumah.Tension sungguh! Cik abang pula, kalau nasib saya baik hari Khamis ni baliklah dia..kalau tidak hari Jumaat bar lah sampai di rumah. Sejak Ahad lagi dia ke Kota Kinabalu (KK). Bawa budak2 silat ke Sabah Games....macam ni lah saya kalau Cik Abang tak ada. Sejak dua menjak ni dia sibuk memanjang. Tak lekat di rumah...alahai, sabar ajelah. Ni belum jadi bini askar..(masalahnya suami saya bukan askar!). Nasib baiklah anak-anak tak mogok nak jalan-jalan. Kalau tidak haru juga dibuatnya. Itupun dah dok sebut-sebut nak pegi playground . Rasa menyesal sungguh tak ambil lesen kereta masa belajar dulu. Tak apa, tahun depan ...

ZZZZaaaaat!

Image
BIla terdengar kalimah itu (Zzaat!) , rindu pula rasanya hendak bersilat balik. Tambah-tambah sejak dah masuk PSSGM group dekat YAhoo ! Group tu semakin bersemangat la pulak nak aktif balik. Tapi rasanya badan ni sudah keras benar. Yelah, mana tak nya....sejak kawin terus stop and sudah tidak aktif2 lagi. TAmbahan pula di Keningau ni tak ada Silat Gayong. Rasanya kalau ada gelanggang Gayong di sini sudah pasti saya akan ke sana. Saya sudah hampir 13 tahun menjadi Anak Gayong ni walaupun pada awalnya saya langsung tidak minat bersilat....kampung kata saya, apa kelas main silat....lebih bagus main taekwando....itu kata saya 15 tahun dulu. Tetapi saya pun tidak tahu bagaimana saya boleh termakan kata-kata sepupu saya yang ketika itu memang gila bersilat. Asal berjumpa aje tidak ada cerita lain yang akan keluar dari mulut dia melain kan cerita2 silat. Akhirnya saya pun 'ter'minat dengan silat. Silat sebenarnya bukanlah perkara asing di dalam keluarga saya. Pakcik-pakcik dan datuk2 ...

At last!

At last! That was the first word that came out of my mouth as the homepage of e-blog appears on my computer screen. What a relief. The truth is, I have been having this trouble of acssessing websites through my PC. I didn't know what was the problem and I didn't know what to do! I tried to click here and there but nothing happened. I couldn't open my email, I couldn't do a thing! But at last, came my hero, a friend of mine. He was my lifesaver, indeed. He asked me to download this software to create a new browser because he believed that the problem was with my browser. And when I got my new browser...popped! There was my e-blogger...I was very happy and couldn't thank my buddy enough!.Well, that's what friends are for, right? Thanks mate! (As the Aussies said)

A piece of memory with my Mok

Image
This is a story about my beloved grandmother that I'd like to share. It has been 5 months since my beloved grandmother been gone yet the memories still remain fresh and unforgettable. I just can't imagine, when I go back to my hometown, I'm not going to see her again. It's kinda odd. My grandmother passed away last 22nd February after being ill for a quite sometime. I wasn't sure of her exact age but I thought that she was around 90 something. Though she was quite old but her memory was unbeliveable (I'll tell you why, keep reading). When I first got the news (about my grandmother's death) from my eldest sister- Kakak, I didn't cry. I didn't feel anything. But then as I hang up the phone, I went into my house and I started to have this images of my grandmother in my mind, image by image like a slide show. I went straight to my husband and then I remembered telling him,"Ayang, Mok is gone...."I just burst into tears and hugged my husband, ...

Nasi Belauk

Image
Alahai...dah lama dah tak makan nasi belauk. Inilah kalau dah jadi orang Kelantan tu,orang Kelantan jugak.Mana pergi pun kalau boleh nak makan makanan kampung halaman. Tapi itulah, sejak tinggal jauh di perantauan ni, memang payah nak merasa masakan kampung. Kalau sudah tak tahan juga,kenalah masak sendiri. Namun, bila difikir-fikir balik bagus juga macam ni. Yelah, saya ni dulu kalau bab masak memasak ni memang jahil walaupun emak pandai masak. Tapi sekarang ni dah boleh dah masak sikit-sikit, berkat tinggal jauh dari tempat asal. Kalau tidak rasanya, sampai bila pun tak pandai, sebab asal terasa nak makan aje, order je kat kedai. Inilah, esok rasanya macam nak buat Nasi Belauk sebagai hidangan di waktu pagi. Iya! Untuk sarapan! Tak percaya ke? Orang Kelantan memang suka makan berat-berat untuk sarapan seperti Nasi Belauk (sama ada lauk ayam, daging ataupun ikan), Nasi Dagang dan Nasi Kerabu. Kebiasaannya pada waktu pagi kebanyakan orang cuma bersarapan ala kadar sahaja seperti makan ...

Getting started

Hi,this is my first time using my blog and since I love to write I found it very intersting. I can express my feelings, my thoughts,my opinion and anything that I wish to share with others. This is a suitable way for me to expand my knowledge and interests.